Jauza Kamilia Nama bintang/pokok yang menghijau
Semoga kehidupan anak dipenuhi dengan kejayaan, seumpama cahaya bintang yang berkelipan di malam hari. Kejayaannya itu pula mampu memberi sinar dan manfaat kepada orang lain, terutama ibu bapa dan masyarakat.
Julia Malihah Berambut panjang/cantik
Anak yang cantik pasti menjadi pilihan kepada ibu bapa. Bukan sahaja cantik pada tubuh badannya malahan pada budi pekertinya juga. Anak perempuan elok kalau berambut panjang, sesuai identitinya sebagai seorang wanita.
Jamilah Cantik
Nama yang ringkas, tetapi mempunyai pengertian yang luas. Seorang anak perempuan yang comel dan cantik. Semoga dia membesar dengan kecantikan akhlak dan budi bahasa yang tinggi. Juga mempunyai kecerdikan akal yang tinggi dan mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan sebagai kemahiran diri.
Juni Damia Kemerah-merahan / kebijakan, keberkatan
Satu gabungan nama yang cukup baik untuk diberikan kepada anak perempuan yang baru lahir. Nama yang sangat baik dan terkini, mengikuti perkembangan dunia. Namun masih tidak lari dari batas-batas nama dan makna yang baik. Wajah dan kulitnya cantik kemerah-merahan dan seorang yang bijak dan berkat.
Juni Kemerah-merahan
Nama yang mudah untuk digabungkan dengan nama yang lain. Mungkin anak yang memiliki nama ini kulitnya cantik, putih kemerah-merahan. Jarang manusia yang tidak suka kepada anak yang cantik. Malahan akan bertambah-tambah tersohor kecantikan jika mempunyai akhlak yang baik.




No comments:
Post a Comment