background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Showing posts with label Amalan Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Amalan Kehidupan. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Rasa Gugup?

Salam semua, pernah tak rasa gugup? tak pernah? wah...memang bagus la korang ek.. bagi ayu, rasa gugup ni boleh katakan hampir setiap hari. nak tau sebab apa? Saya ni seorang pendidik, setiap hari berkerja perlu berhadapan dengan pelajar yang berumur 17 tahun ke atas yang mempunyai pelbagai macam perangai. walaupun tiap2 hari n korang rasa mungkin dah patut hilang rasa tu, tapi bagi ayu TIDAK! Kenapa? sebab nya setiap hari ayu memikirkan apa pengisian untuk hari2 yang masuk kelas tu..bukan setakat pengisian ilmu pengajaran tetapi motivasi diri jugak..

peribadi diri seorang pengajar juga perlu di jaga sebab kita menjadi contoh kepada pelajar dan jugak masyarakat sekeliling..  Dan satu lagi, ayu paling tak sukan bercakap di depan pentas dengan mikrophone. so, faham2 la..kalau kena memang gugup..sampai tido pun termimpi2. tapi dalam gugup tu alhamdulillah semua berjalan dengan baik..

kebetulan ketika baca mingguan wanita baru2 ni terbaca satu artikel pasal cara nak hilangkan gugup. sebab kebetulan ayu juga ada guna cara ni nak hilangkan gugup ni.. Jom kita tengok kat bawah ni..


4 Cara Hilangkan Rasa Gugup (MW, 2012)
Setiap daripada kita punya perasaan gemuruh, baik ketika berdepan dengan khalayak yang ramai atau pembentangan di hadapan ketua atau sesiapa sahaja. Sebenarnya perasaan gemuruh atau gementar ini adalah perkara biasa, tetapi jika keterlaluan dan di luar kawalan ia mampu menggugat prestasi anda di hadapan di ketua.

Kebiasaannya ia datang ketika kita mahu melakukan perkara yang penting berkaitan kerjaya mahupun apa sahaja. Untuk mengelakkan ia menjadi sesuatu yang buruk, anda perlu bijak mengawal dan mengatasinya. Apa yang anda boleh lakukan ialah :

1. Sentiasa Bersedia

Jika anda mempunyai mesyuarat yang penting seeloknya anda lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika mesyuarat yang akan bermula esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai mesyuarat tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menghadiri mesyuarat adakah disertai dengan pihak atasan yang lain. Ini ada membuatkan ada lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.

2. Bertenang 30 Minit Sebelum Berlangsung

Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan ataupun sebarang mesyuarat dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.

Cara begini boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.

3. Menggambarkan Dengan Cara Yang Positif

Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan perkara negatif berbanding positif. Jadi ubah imaginasi anda mulai sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.

4. Memberi Lebih Tumpuan

Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain yang belum selesai.

Contohnya sedang memikirkan mesyuarat yang akan berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai. Pusatkan pemikiran pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain pula.

Ini dapat menghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam minda anda.

9 Kekuatan Untuk Cipta Bahagia( MW 2012)


Kebahagiaan rumah tangga bukanlah bergantung pada kekuatan cinta semata-mata. Ada banyak lagi aspek kekuatan yang perlu ada pada pasangan agar rumah tangga yang dibina utuh dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Bagi yang belum berumah tangga maka persiapkan diri dengan kekuatan ini. Buat yang sudah berkahwin tiada salahnya menilai diri sama ada punya semua kekuatan ini dalam melayari rumah tangga.

1. Kekuatan fikiran

Sedarkah bahawa cinta bermula dari fikiran. Pastinya kita terfikir untuk mencari pasangan yang menepati cita rasa dan sudah tentu kriteria cantik, bijak, beragama dan penyayang menjadi pilihan. Secara tidak langsung, berfikir tentang hal-hal sebegini membuatkan anda lebih mengenali pasangan tanpa anda mengetahui siapakah individu yang dicari. Bersandarkan dari pencarian tersebutlah maka anda akhirnya dipertemukan dengan calon yang diinginkan.

2. Kekuatan melalui pemberian

Dalam percintaan dan rumah tangga perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan kesepakatan. Sekiranya ingin mendapatkan cinta maka anda terlebih dahulu perlu memberinya. Lebih banyak cinta yang diberi maka lebih banyaklah cinta yang anda peroleh. Usah kedekut berkongsi kasih sayang kerana lama kelamaan keindahannya pasti dirasai. Sedar tak sedar bercinta juga membuka peluang untuk anda lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai kebaikan.

3. Kekuatan melalui persahabatan

Mendapatkan cinta yang sejati bukanlah semudah memperoleh cinta monyet. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Kerana itulah jalinan persahabatan diperlukan meskipun anda telah mengikat jalinan perkahwinan dengan pasangan. Belajarlah untuk menjadi kekasih dan sahabat yang baik kerana cinta tidak semestinya pandangan mata yang turun ke hati tetapi lebih kepada kebersamaan ke arah satu tujuan.

4. Kekuatan untuk melepaskan

Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Untuk itu belajarlah untuk melepaskan kerana dia bukanlah milikmu yang abadi. Dalam percintaan anda perlu miliki ruang untuk diri sendiri. Ruang untuk mencintai diri sendiri serta ruang untuk belajar memperbaiki diri. Disebabkan itu, sebelum mencintai orang lain cubalah belajar menjadi seorang yang memaafkan dan lupakan kisah silam hitam dalam hidup masing-masing. Dalam erti kata lain cuba melepaskan perasaan takut, curiga, ego, syak wasangka dan segala yang negatif dalam hidup anda dan dirinya.

5. Kekuatan ingin menghormati

Anda bukanlah pencinta yang baik sekiranya tidak mampu menghormati pasangan yang dicintai. Namun perlu diingat, individu pertama yang perlu diberi penghormatan adalah diri sendiri dan selepas itu barulah orang lain. Tanyakan pada diri apakah perkara yang membuatkan anda ingin dihormati. Sudah pasti perkara yang lebih kurang sama juga dirasai oleh pasangan.

6. Kekuatan sentuhan

Salah satu cara menginterpretasikan cinta adalah melalui sentuhan. Dengan sentuhan pasangan dapat merasa sedalam mana cinta anda padanya. Sentuhan yang lembut, hangat atau biasa-biasa sahaja. Dengan sentuhan juga benteng pemisah disebabkan perasaan malu kerana baru mengenali mampu diruntuhkan dengan mudah sekali gus menyatukan dua jiwa untuk hidup bersama. Namun perlu diingat kekuatan sentuhan ini layaknya dipraktikkan untuk yang berumah tangga saja.

7. Kekuatan berkomunikasi

Mencintai insan yang anda sayangi membuka laluan atau tatacara untuk anda berkomunikasi dengannya. Biarkan dia mengetahui dan menghargai sedalam mana kasih serta cinta yang anda himpunkan buatnya. Gunakan kekuatan untuk mengucapkan tiga perkataan keramat (Aku Cinta Padamu) setiap kali pasangan bangkit dari lenanya. Sertakan dengan ciuman hangat penuh makna.

8. Kekuatan untuk mempercayai

Sukarnya mencipta kepercayaan dalam sebuah rumah tangga yang baru dibina. Bagaimanapun hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Meskipun payah melakukannya tetapi berilah peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana dia adalah sebahagian dari hidup anda sebaik lafaz akad diucapkan. Sebaiknya tinggalkan 30 peratus keraguan anda untuknya kerana ia berfungsi sebagai benteng yang mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

9. Kekuatan memberi komitmen

Mengambil keputusan mendirikan rumah tangga membuktikan bahawa anda sudah bersedia pada satu komitmen yang penting. Disebabkan itulah anda perlu bijak mengendalikan komitmen tersebut agar tidak bercelaru dan menyusahkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah adalah kesetiaan. Anda terikat pada sebuah hubungan perkahwinan dan menjadi prinsip rumah tangga, setiap pasangan perlu jujur dan setia. Itu antara komitmen yang perlu dipikul dan diingati sepanjang masa agar rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia.


Menghormati Ibu Bapa Kita


Menghormati ibu bapa..satu isu yang saya rasa tak pernah akan hilang dan habis. Alhamdulillah kalau antara kita yang sentiasa sedar akan amalan ni. dan sedih sekali pada mereka yang masih tak sedar dan tak nampak amalan ni.. kadang2 mereka rasa dah cukup, tapi sebenarnya tak..apa yang saya cakap ni pun untuk diri saya jugak..saya berdoa akan saya tak tergolong dalam kalangan yang masih tak sedar ni..kerana saya ada ibu bapa (kandung n mertua)..amen

Setiap hari ibu bapa kita mengharapkan anak2nya pulang menemui mereka..menemani mereka walaupun mereka tak sakit. Bila ada kalangan keluarga yang tanya, "bila nak balik kampung jenguk mak?" - "kenapa? mak sakit ker?" nak tunggu mak sakit baru nak balik? atau alasan lain, tak ada cuti.. hujung minggu (sabtu n ahad) tu bukan cuti ker? Ingatlah semua, tentang sabda Rasulullah SAW:

 “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit. Jadi, semasa kita masih sihat, boleh berjalan, selalulah kita menjenguk ibu bapa kita. Jangan nanti bila kita dah terlantar sakit, baru terfikir dah lama tak jumpa mak ayah.

KAYA SEBELUM MISKIN

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada ibu bapa, anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat. semasa kita berduit dan mampu, kita berbaktilah kepada ibu bapa. bukan hanya dengan menghantar duit setiap bulan, tapi menjenguk mereka. kehadiran anak di depan mata adalah yang paling berharga jika di bandingkan dengan wang ringgit. Wang tidak boleh membeli kasih sayang..


LAPANG SEBELUM SEMPIT

Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Tumpuan kita terhadap Allah SWT termasuklah berbakti (menjenguk, bertanya kabar) dan menjaga ibu bapa (hati, perasaan dsb).

MUDA SEBELUM TUA

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.

Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya. Jadi selagi kita boleh melangkah dan mampu berdiri teguh, gunakanlah ia sebaik mungkin..




HIDUP SEBELUM MATI

Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.

Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.

Islam juga telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:

►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka.

Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:

►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita.


Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:

► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka


Wednesday, January 4, 2012

Mendidik anak soleh/solehah 1

Ni sambungan ye..

Nak tanya la..anak2 korang dah berapa tahun? rasanya korang semua dah sedia maklumkan, dari dalam perut lagi kita dah didik anak2 kita dengan macam perkara. kebiasaannya kita dengarkan baby kita dengan ayat2 al quran dan macam2 la..

tapi...
ada gak sebahagian ibu bapa yang bila anak tu dah lahir je, diorang kurang dedahkan diorang dengan ayat2 alquran tapi banyak kepada lagu2 cinta, rock, balada la, pop la.. jadi mereka membesar dengan lagu2 ni.. macam mana mereka besar nanti?

kita sendiri boleh tengok realiti kanak-kanak sekarang, bila dengar lagu, cepat je kusyuk..kalau tanya diorang pun, 'besar esok nak jadi apa?' mereka jawab, 'artis', 'nak jadi penyanyi'. seolah2 memang dah jadi badi kan..mana taknya, kalau bukan kerana kita pun, faktor di sekeliling pun diorang boleh dengar macam2 lagu. ni la yang mempengaruhi diorang..

renungkan la n selamat beramal..

Mendidik anak soleh/solehah

Salam untuk semua..

sebenarnya dah lama nak kongsi sesuatu ni dengan korang.. bukan la nak kata yang ayu ni perfect, pandai sangat n banyak pengalaman.. tapi apa

yang nak di kongsi ni ada jugak dari pengalaman sendiri (walaupun tak seberapa...), dari pemerhatian tengok orang sekarang n dulu2 mendidik anak2 mereka n hasil dari pencarian dari internet dalam menambah ilmu ni.. mudah2n ilmu ni ayu jugak dapat guna n korang pun sama..
pendidikan yang nak dikongsi ni sesuatu yang simple je. tapi kekadang kita ni susah nak ajar anak2.. sebab di peringkat mereka masih seronok nak belajar ni la kita patut tunjuk n serapkan mereka dengan perkara yang baik2..


Ada tak korang rasa susah, or senang or terlupa or tak ingat or apa2 je la untuk ajar anak2 tentang perkataan maaf, terima kasih, sayang, assalamualaikum, wa'alaikumussalam, kesian, bismillahirahmanirrahim atau perkataan2 pendek tapi besar makna? kalau ada alhamdulillah..
Tentu korang rasa sangat kagum kepada anak-anak kecil yang sentiasa mengucapkan ucapan “tolong” dan “terima kasih” pada setiap masa. Tetapi sekiranya anda lupa pada ucapan yang indah ini, anda mungkin akan tertanya – tanya apa yang boleh digunakan untuk menggalakkan si kecil untuk menggunakan perkataan yang indah yang telah lama korang idamkan tanpa membiarkan hidup korang seperti seorang burung kakak tua yang kerap berleter.

Sebenarnya ia bermula dari kita sendiri..apa saja perbuatan kita, perkataan yang kita keluarkan, anak2 kita akan ikut..sebab kita adalah yang paling rapat. tapi jangn lupa orang2 di sekeliling anak2 kita..ini jugak bole mempengaruhi.

Ada juga para pakar menasihatkan agar mencuba dengan kaedah lain. dengan bahasa yang ringkas dan mudah, “Sekarang, apa yang perlu diucapkan?” yang kerap kali digunakan dan menjadi kegemaran oleh kebanyakkan ibu bapa.

“Tolong” dan “Terima kasih” adalah perkataan yang paling digemari oleh ibu bapa. Bila korang minta anak2 untuk makan malam, tambah perkataan yang penuh hormat yang anda ingin mereka gunakan seperti:
“Auni, tolong datang ke meja makan.”
Apabila si kecil hadir ke meja makan dengan gembiranya, beritahu kepada si kecil
“Terima kasih sebab datang ke meja makan dengan cepatnya.”
Cara tindakan korang ni akan membantu si kecil untuk belajar mengenai tabiat ni. Apabila korang terdengar si kecil menggunakan perkataan ini seperti “Tolong” anda boleh menunjukkan tanda sokongan dengan memujinya.

Apabila korang ajar anak2 korang perkataan2 ni, korang jangan beranggapan mereka akan cepat ingat dan ikut..korang kena kerap terapkan nilai2 tu n bersabar..

Perkataan berguna seperti ‘maaf’ adalah yang paling penting kepada kita semua. Namun, kebanyakkan ibu bapa kerap kali mengunakan perkataan ini hingga berlebih-lebihan. Oleh kerana malu dengan tingkah-laku kanak-kanak , terdapat ibu-bapa yang memaksa si kecil untuk memohon maaf pada masa itu.

"Adalah lebih penting untuk mengajar mereka memahami daripada memaksa mereka
mengucapkan perkataan tersebut,” kata Brown Braun. “Jangan memaksa kanak-kanak untuk memohon maaf. Terangkan kepada mereka mengenai kesalahan yang telah mereka lakukan. “Lihat betapa sedihnya budak lelaki itu apabila kamu mencuri keretanya.” Kemudian, didik mereka untuk memperbaiki keadaan: ‘Bukankah kita sepatutnya memulangkan keretanya dan memberikannya tisu?”.

Di usia 4 tahun, Kebanyakkan kanak-kanak boleh:

• Mengingati untuk mengucapkan “Salam” atau “Selamat Tinggal” kepada ibubapa
• Kadangkala mengucapkan “Tolong” dan “Terima Kasih”
• Anak yang tak pernah belajar bersopan santun, akan tumbuh jadi remaja yang bermasalah.
• Jangan pernah lelah menasihati dan mengingatkan anak agar berlaku sopan, misalnya selalu berkata, "Tolong", Terima kasih", "Maaf". Terus lakukan hingga kata-kata ini menempel di ingatannya dan secara otomatik akan diucapkannya.
• Beri Pujian mereka akan senang serta bangga jika anda mengetahui dan menghargai kegiatannya. Tapi tak perlu berlebihan memuji kerana akan menghancurkan anak.

Wednesday, December 14, 2011

Tension (Tekanan)

Salam untuk semua..

Nak tanya la, korang pernah tak rasa tertekan?.. masa korang dalam keadaan tekanan tu, ada sesapa tahu x? kiranya yg prihatin la, yang memang perasan n nampak yang masa tu korang tengan mengalami tekanan.. atau memang korang pandai sorok? apa ye perasaan korang bila masa korang tengah mengalami tekanan tu, korang xde tempat nak cerita, nak kongsi...?nak terus terang tak boleh tp korang main kias2..tak pun korang jadi pendiam?.. tak pun korang cuba bercerita tapi seolah2 ia tak ambil peduli..tak amik port la orang kata..



Pic from internet..





copy n paste from internet







nak tau satu cerita x? kadang bila fikir, tak logik pun ada..rasanya korang semua sedia maklum yang kita ni sebagai manusia biasa, sedikit sebanyak mesti ada mengalami tekanan or apa2 yg berkaitan la..yang selebihnya bergantung pada camne kita mengawal stress tu.. camni..dalam beberapa tahun yang lepas, si A ni ada gi kursus kaunseling, cara menangani stress.. so, bila mula kursus tu (petang), fasilitator ni bagi la satu kuiz soal jawab atas kertas tentang stress bg mengetahui tahap tekanan n pengawalan emosi peserta2 kursus.. nak tahu tak apa keputusan si A ni dapat? Tahap Stress yang 100% xde stress n Pengawalan stress yg betul2 baik.. padahal beberapa minggu sebelum tu si A ni baru mengalami tekanan dalam diri dia..ini kisah benar tau..memang tak tipu..


sekarang ni ayu ada sedikit stress la..kadang memikir pun jadi tak betul dah..kestabilan badan pun kurang..biasalah tu kan hidup ni..kadang2 stress dengan keje, diri sendiri, dgn keluarga, kawan2..orang sekeliling.. nak kongsi n mengadu, xtau dgn sapa..jadi, cari la kat internet tentang stress n cara nak kawal.. jadi bawah ni ayu kongsi sket eh dengan korang..





korang boleh KLIK SINI untuk mengetahui maklumat pasal stress ni..

Wednesday, December 7, 2011

Testing VCO + Collagen

Salam untuk semua..

Ni nak berkongsi cerita sket pasal sesuatu yang ayu makan sekarang ni. pasal minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil). sebenarnya kalau ikutkan hati, segan nak bercerita pasal ni. bukan apa, selain memang ayu ni seorang penyegan, takut bila cerita2 ni, tetiba negatif lak keputusannya.. hurm..maaf ek..bukan pasal ada bertambah ahli keluarga sorang lagi tapi hasil bila makan VCO ni.


Virgin coconut Oil, VCO


Minyak kelapa dara ni sebenarnya dah lama ayu jumpa, awal2 keluaran minyak ni yang baru nak menginjak naik dulu. dah banyak orang yang promote2 ayu supaya cuba makan..lepas lebih kurang 2 tahun baru rasa keinginan nak cuba makan minyak kelapa dara ni. ayu cuba cari n nak beli dari produk HPA tapi bila pergi stokis nya, dah habis..(nampak sangat memang bagus produk ni).. so, berbulan2 gak ayu mencari2 minyak kelapa dara ni untuk di makan. puas mencari, lastly terbaca n nampak testimonal dari facebook wife seorang sahabat ni..bila baca, banyak sangat feedback yang positif pasal produk catalyst (vco + collagen) ni. kebetulan lak masa tu baru nak dapat gaji penuh, apa lagi. ayu try la beli n makan produk ni.. Nak tahu hasilnya..?


Ni set yang ayu makan.. mudah2n.. amen

Ni just untuk berkongsi je..hasil sepenuhnya belom lagi. tapi sikit2 perubahan tu dah nampak. tapi tak tau la orang lain perasan ke tak kan..sekarang ni baru nak masuk 2 minggu ayu makan n gunakan product catalyst ni.memang sedap rasa nya... 3-4 hari makan, dah rasa perubahan. kulit muka dah kurang berminyak yang melampau dan tak kering..liang-liang roma dah semakin mengecil..muka pun rasa makin berseri..(betul kew?) wah....mudah2n ianya berpanjangan..sebelum ni ayu memang jenis susah nak bertahan lama makan benda2 camni..kawan2 ayu pun tahu. hehehe. tapi lepas n ada perubahan positif ni..rasa semangat la nak teruskan...

sekarang ni badan rasa ringan sket n kurang letih. walaupun berat badan lum turun2 lagi tp apa yang ayu pegangkan dalam diri, ayu kena teruskan jugak makan sebab mungkin kesan untuk turun berat badan ni amik masa yang lama memandangkan ayu ni jenis gemuk isi (bukan gemuk air yang senang nak turun).. setiap orang jangka masa perubahan kan bergantung pada tahap metabolisma diri masing2..mudah2n pasni ada lagi perubahan yang positif..

Wednesday, September 7, 2011

Penceraian dalam Islam..

Assalamualaikum pada semua..

kat sini ada beberapa isu yang ayu cukup tak seronok sebenarnya nak berbicara..tak tahu nak salahkan siapa tapi..semua dah ketentuan DIA.. kita sebagai manusia kena kuatkan semangat n perlu sentiasa berfikiran positif. tapi pada yang mengalaminya, di saat ini, kadang2 mereka tak dapat nak berfikir secara positif dan kat sinilah orang2 di sekeliling perlu memainkan peranan yang sepatutnya. dengan memberi semangat dan nasihat..

apa2 pun, kita terus pada masalah ni k..

boleh klik je kat web bawah ni untuk tau apa kes nya..
http://truefren-u.blogspot.com/2011/09/perceraian-di-dalam-islam.html

Monday, January 10, 2011

Salahkah wanita tak tahu memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Saturday, December 19, 2009

9 okt 2009

Salam..ni la pic baby ayu..yang berusia dari satu hari sampai sekarang, dua bulan..pic yang usia satu hari tu di ambil curi2 dari wad bayi kat hospital..sebab insyirah kena tahan wad selama lima hari.dua hari yang pertama sebab doktor nak tengok penafasan insyirah,sebab masa lahir ada masalah sikit. bila dah ok, hari ketiga lak kena kuning. tapi sehari jer..hari keempat dan kelima doktor tak bagi pulang lagi sebab nak pantau keadaannya..petang hari kelima kira-kira jam 6petang baru boleh bawak balik umah..sampai je kat rumah masa tu hanya ada ummi dan ina (adik), bila ina nampak jer, menjerit2 dia..terkejut tengok insyirah yang ina dah tunggu2 lima hari nak tengok..esoknya apa lagi..terus bawak balik kampung. berpantang kat kampung dalam dua minggu..

Saturday, August 8, 2009

To All my fren

jika anda nak edit pic untuk jadi lebih cantik dan menarik memang debom.. anda boleh link terus ke web di bawah ni.. seronok jadik tau..
http://en.picjoke.com/
http://www.fotline.ws/
http://www.funphotobox.com/
http://www.photofunia.com/

Tuesday, June 2, 2009

Pengorbanan Seorang Isteri

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnyamalam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkanisterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas".Jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbatkesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpankembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecilhatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem danmakan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi seleramakannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panassedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminyatelah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpakucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang padaNura", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatanyang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allahberikan kekuatan untuk menempuh segala badai.
Selesai menjalankanamanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapurmenyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dansayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk kepejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura",kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nurapada abang....... ."
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau,kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian binikau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?".
Zikri cuba bertanya sahabatyang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universitimalah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenungplan bangunan yang sedang direkanya. ------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- -------- Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu,kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nuramenangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaanitu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,"janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nuralagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmimeyakinkan Nura. Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.
Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yangtidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..."ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah,aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia,aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan", Jelas Hilmi. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup",Ujar Hilmi.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- -----
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yangdikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye,abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasarindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?"Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?"Ujar Nura. "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau,telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik,sebab sudah tidak tahan lagi.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau,last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Piluhati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri. Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak,dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata.Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala,sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hatibang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan,doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau,setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat,encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya."jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknyadidapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Abang yang Nura rindui, Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan,dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia,cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa,dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang,dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu Nura Ain Bt. Abdullah Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...