background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Showing posts with label My Baby. Show all posts
Showing posts with label My Baby. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Kembali lagi setelah menyepi..

Assalamualaikum wbt...
Dah lebih 4 bulan tak menulis kat entry ni..lama jugak tu..sekarang ni bulan Ramadhan n dah nak raya dah pun.. busy sangat la tu.. sibuk dengan handle kelas budak2 SMK, edit entry dalam blog satu lagi www.consturhome.blogspot.com (blog ni untuk maklumat2 berkaitan tambahan ilmu pengajaran n pembelajaran budak2 kolej komuniti). Baru sem ni la relax sket..n ni pun baru ada sikit mood nak menulis..

Ni blog satu lagi..

Di tambah dengan kehadiran insan baru dalam perut si ummi ayu ni.. alhamdulillah dah masuk 22 minggu.. Insyirah pun tak sabar nak tunggu adiknya keluar.. hehehe.. Insyirah pun dah makin besar sekarang.. mana taknya, ni kan dah tinggal kurang 2 minggu nak raya, masa bawak dia pergi jalan2 carik baju raya, mengalahkan budak dah besar mencarinya.. dengan excitednya...seronok gak kadang2 tengok..

Anak sulung kesayangan..

Hurm..sekarang ni dah tinggal 10 hari terakhir dah berpuasa.. sedar tak sedar, sekejap je masa berlalu. kita pun semakin berusia, anak-anak semakin membesar.. korang semua apa persiapan raya untuk tahun ni? ayu setelah hampir 4 tahun ber'cuti' memberi duit raya, jadi tahun ni nak menyediakan duit raya untuk anak, anak sedara..supaya bagi semangat kat diorang untuk berpuasa lagi tahun depan.. Mudah2an masih ada peluang untuk kita sama2 menemui dan merasai Ramadhan tahun depan.

Apa-apa pun, Selamat Berpuasa dan SELAMAT BERHARI RAYA untuk semua kenalan n rakan.. Berhati2 dalam perjalanan nanti ok..

Jumpa Lagi..

Thursday, January 26, 2012

Penyejuk Hatiku..

Melihat betul2 ke dalam matanya, sejuk jer rasa..hati rasa tenang..segala masalah, keresahan hati hilang terus.. ni la buah hati aku n suami, Siti Nur Insyirah namanya...

Walaupun bermacam2 perangai yang kadang2 tak terfikir kanak2 dua tahun bole fikir untuk buat tapi si kecik ni buat.. tapi ni la yang buat aku sentiasa rindu pada si kecik ni..walaupun kadang2 geram, lebih2 manjanya... ummi love u sayang

ni lagi satu..mintak amik gambar..nak posing katanya.. aksi2 menggoda pun ada. tapi tak le nak upload sebab bahaya.. hahaha






Monday, December 5, 2011

Rona kehidupan

Dah lama tak duduk pejabat..arini takde kelas, so pikir2 lepak kat pejabat aje la.. bukan apa tak nak lepas pejabat, sini takde intenet (alas an..), keje apa pun takde nak buat. Tu yang malas nak lepak pejabat..dah beberapa minggu bila bukan watu kelas pun aku lepak kat makmal CAD, sambil jenguk2 budak2 uat keje, aku main intenet, update blog n tanda tugasan budak2.. kat pejabat dah tak masuk..klau masuk pun, pagi je kejap lepas thump print tu..duduk pejabat 5 minit, terus keluar gi kelas. Ni baru dua jam duduk kat pejabat, aku dah menguap2 da..ish..apa la nak buat ni..
Ok la..dua bulan yang lepas insyirah masuk dua tahun..tapi kali ni sambutan di buat kat kampong di Pekan. Masa umur setahun tu pun tak sambut pun. Aku Cuma memasak sket n bagi jiran2 jer.. tapi kali ni sebab family ada, aku buat special sket. Beli kek secret resipi indulgent n buat cheese kek untk insyirah. Pastu goreng mee..asalnya nak buat pagii ahad (9 okt 2011) tp dengan abah insyirah nak balik hari tu, di awalkan sket, buat sabtu malam ahad tu..Cuma tok abah insyirah la yang tak de..keputusan mengejutkan, tp terpaksa la..panggil sedara dua hingga tiga keluarga, pastu uat doa selamat sket n potong kek.. lepas potong, awal2 simpan dulu untuk tok abah insyirah..kesiankan, tok abah nya takde.

insyirah 2 tahun

Bila dah genap insyirah dua tahun ni, macam2 la kerenah yang keluar…tapi yang bagusnyer..insyirah dah tak nak pakai pampers..ni tok ummi la yang ajar. Mana tak nyer, punggungnya asyik naik merah2 mcm ruam bila pakai pampers..tapi nasib baik la lepas dua kali ajar, insyirah dah pandai gtau kalau nak buang air kecil or besar..Cuma masa tido je pakaikan pampers untuk dia..tp dah beberapa minggu ni, bangun tido je, “ummi, nak kencing..”jadi, pampersnya kering..dah dapat jimat untuk duit pempers. Alhamdulillah..
Sekarang ni pulak, dapat satu perangai yang baru..manja lebih..dah hampir dua minggu ni..manjanya macam mana? Haa…kalu pagi sampai petang, kan ummi nya ni gi keje. Masa gi keje pagi2 tu, ins lom bangun so, ok lagi la. Ni masa aku balik keje..ins Nampak aku balik, biasala, melompat2 la dia..aku masuk rumah je, lom letak beg or barang2, ins da merengek2 da..nak ikut la (xtau ikut gi mana..?), nak dukung la..bole katakana dia tak nak bjauhan walaupun seinci dengan aku..anggota badan dia mesti bsentuhan dgn aku..aku nak solat pun sama.so, dia baring la sebelah tempat aku solat tu, asalkan dia Nampak muka aku n sentuh badan ni..ish… kalu duduk, mesti sentiasa atas riba, or klu dia baring, aku mesti baring sama ataupun tangan aku mesti pada badan dia… nak gerak pun tak bole..makin manja budak kecik ni sorang..tp mungkin jugak sebab ins merindui abahnya sebab memang tiap2 malam ins tanyakan abahnya n mintak kol sebelum tido.. hujung minggu baru2 ni (3 n 4 dec) abahnya ada balik..suka bukan main.. macam mana la nak tambah lagi sorang ni..yang sorang ni dah manja sangat ni..


muka manja lepas pekena ciuman syg dr ummi

Sunday, December 4, 2011

Aktiviti Petang

Salam untuk semua..nak tanya la, apa aktiviti korang petang2 di waktu lapang? aku sendiri lebih suka duduk rumah..rehat2 kan.. terpaksa la insyirah ikut kalu xde sesapa bawak dia jalan2..tp ada satu petang haritu, ins merengek2 nak gi taman..jadi sebagai ummi yg baik (cewahhh..)aku bawak la ins gi taman...dia nak main buai, gelongsor, n macam2 la..seronok bukan main dia..kami gi jalan kaki je.. dekat kan. sampai je taman, seronok bukan main..hehe.. nak tgu umminya bawak tiap2 petang susah kan.. ni la antara pic yang di 'snap' bersama2 dengan cik ina nya.. umminya tak masuk dlm pic xpe..janji anaknya ada..ok la..kita jenguk2 dulu k..

bersantai dalam gelongsor..hehe
seronok bukan main...
cik ina pun nak posing gaks..
ins pun dah pandai tunjuk2 harta benda awam yg di conteng..
main ni pulak...
buai laju2...sampai pokok sena..
cik ina pun nak join...jeles
Antara penyebab kerosakan harta awam...ish...

Tuesday, November 29, 2011

Year End Sale..

Year End Sale...Kebetulan pulak aku baru dapat gaji penuh (alhamdulillah..).. apa lagi, cuti 3 hari, en abg lak ada lawatan kerja ke sabah (nak ikut tak dapat).. aku ajak la ummi n adik (Raihana) gi shopping kat Kuantan. memang shopping sakan.. tak pernah aku shopping sesakan n sepenat camni..sampai sakit2 seluruh badan ni.. bukan sebab membawa barang yg dah di 'shopping'kan tp mendukung n melayan kerenah si kecik cilik ni di shopping mall kat MegaMall... aduh.. meletihkan!!
mana taknya, aku bkejaran dengan ins dalam shopping mall.. aku blari2 anak, si kecik ni makin laju..tp nasib baik la dia tnampak kedai kek yg ada paparkan kek 'Angry Bird' kat kedai.. ins bhenti tu la baru aku dapat tangkap si kecik ni.. lelah gak aku di buatnya.. orang keliling senyum je tengok aku blari. hehe..tak dapat aku bayangkan betapa tak lawanya aku lari..tp sebab tpaksa..
ada satu part tu, aku bhenti kedai kasut.. wah..ins ni blagak macam orang dewasa memilih kasut.. ambik satu, belek2 pastu letak, amik satu, belek2 letak..dengan sebelah ketiaknya kepit mainan masak2 yg beli kat parkson.. hurm..bercerita camni, rindu lak ummi kat insyirah..



Ni la antara aktiviti insyirah kat shopping mall..menjaga kesihatan..

Keletah si Manja

Salam to All..

Dah lama sangat tak update blog ni..ye ke..kalau tengok baru seminggu lebih je kot. hehehe.. sebenarnya banyak cerita yg nak masukkan tp kebetulan masa idea n isi2 ni penuh dalam kepala, lapop lak xde depan mata. so, tpaksa tunda la hajatnya tu.. bila dah tunda, jawabnya hilanglah segala2nya..
Sementara menunggu watu kelas kul 10 ni, aku tulis la kejap mana2 yang patut.. nak cerita pasal apa yer?.. hurm..kalau pasal si kecik cilik tu, macam2 cerita ada..sampai xtau nak cerita pasal apa..ok la..pasal malam tadi ni. sekarang dalam 2 minggu ni insyirah makin manja..kalau ummi nya ada kat rumah, berkepit, mengekor je kejenya.. umminya xboleh bgerak ke mana2..nak mandi, solat, semua dia tak bagi. macam mana tu..? malam tadi, disebabkan keletihan yang teramat dahsyat, aku nak ajak la si kecik ni masuk tido awal..penat 3 hari berjalan shopping. bila ajak, ins tak nak ikut, nak tengok tv katanya..so, 'ins tak nak tido, ummi tido dulu la..' aku terus masuk bilik. lepas tu, aku dengar dari dalam bilik, tok ummi nya bertanya kat ins, 'tok ummi nak tido dah, ins nak tido dgn tok ummi tak?' ins jawab tak nak.. ' ins nak tido dengan tok abah?' ins jawab tak nak..' habis tu, ins nak tido depan tv?' ins angguk.. ' sorang2?' ins angguk.. pastu tetiba ins nangis.. tok ummi bawak la ins ni masuk bilik n baringkan sebelah aku.. aku peluk la pujuk.. nak tau ins buat apa? dalam nagis2 tu, dia terus bangun n tarik tangan tok ummi n ajak tok ummi kuar.. merajuk kononnya sebab aku tak pujuk dia masuk bilik tadi..
pastu aku kuar la dr dalam bilik n baring sblh ins depan tv..mula2 dia tak layan..pastu aku cium pipi n pujuk la..baru la dia senyum n peluk aku... alahai..kuatnya merajuk...ikut sapa la... aku ker? ye la..aku merajuk pun xde sapa yg pujuk.. en abg xsuka pujuk.. :-( ops...
hehe..sambung balik cerita tadi..lepas aku dah pujuk tadi, aku ajak la si kecik yg manja ni masuk bilik, mula2 dia tak nak gak, lepas tu bila aku cakap 'ummi dukung ye masuk bilik..sygggg syirah' baru la lembik seluruh badannya mbiarkan ummi nya angkat masuk bilik utk tido.. dah masuk bilik, x terus tido. bgurau2 dulu mlayan bmacam2 ptanyaan dia.. mana abah la, mana tok ummi la, mana tok abah la, mana cik ina la.. n jawapan aku senang jew..semua dah tido.. baru dia senyap.. pastu nak cakap dengan abah.. kol la kejap sblm tido..dah kol n bcakap dgn abah, baru nak tido..dah ngantuk.. ish..macam2 keletah si kecik ni.. tp itu la.. kletah ni la yg mbuatkan ummi n abahnya rindu walaupun bpisah kejap, wpun sejam..

Thursday, September 8, 2011

Mandi Laut II










Mandi Laut

Salam..pening betul kepala ni..dua tiga hari ni asyik pening jew..kat mata ni senak..migrain kew? dah lama aku tak kena migrain ni..ok la..aku try slow2 k..bukan pe, nak cite pasal baru2 ni la..keseronokan si kecik ni bermain air.sekarang ni dah sebulan lebih aku menetap n berulang dari Pekan ke Kuantan (tempat keje). letih jugak la..

ni nak cerita satu situasi yang amat seronok ni..hujung minggu yang lepas baru2 ni Pak ngah ajak kami semua (ummi, aku, suami, ina, imal n insyirah) pergi mandi manda kat pantai kg. serandu..


Pic sebelah ni, gambar sebelum kami nak bertolak..

sesampai kat sana, mula2 dalam kereta insyirah cakap takut (bila dia nampak air). aku buat tak tahu je la..bila dah siap2 angkat barang nak berpiknik ni, ina
(adik aku) bawak ins main air kat kawasan mata air berdekatan situ. punyalah seronok si kecik ni..tadi dalam kete cakap takut..lepas tu si kecik ni nampak abahnya turun nak main air laut..sibuk je si kecik ni nak ikut..mel
ompat2 n berlari2 tengok ombak..makin seronok lak dia..pastu ina ambik alih jaga ins main air. abahnya pergi mandi bersama2 dengan imal n pak ngah..bila ins nampak je diorang ni mandi kat kawasan yang lebih dalam..menjerit2 dia.. "abah..abah..nak gi kat abah..". aii..berani sungguh dia nak gi ni..dah xde takut dah..
erm..camne aku nak cerita keseronokan insyirah bermain air..pe kata kita tengok pic jew k..


gambar ins dengan pak ngah..tengok la senyumannya tu.. ==>>









Pic atas kete (atas storm)
muka tak sabar


Thursday, August 11, 2011

Pengasuh

Sekarang ni insyirah dah ada orang yang menjaganya di rumah sepanjang aku berkerja..Harini kira2 dah 12 hari insyirah di asuh n dijaga oleh ummi...kesian ummi kena menjaga cucunya yang aktif tu..sepanjang puasa ni ummi asik tak larat jer..dah la seharian melayan insyirah..kadang2 nak masak pun tak sempat..insyirah lak semakin manja..sikit nak merajuk...nak suruh orang dukung la..ish..ish..anak ummi ni..

bila petang aku balik dari keje, sesampai je di rumah, terus "nak dukung"...belom sempat tanggal tudung, letak2 barang ke..kalu tak amik, baring meniarap (macam nak berenang) merajuk.. ishhh...sejak duduk kampung ni kuat betul merajuknya..makin manja..dengan pak su nya lagi la..suka usik ins..last2 dia yang kena. kejap2 kena pukul, kena cubit la macam2..

hujung minggu baru2 ni abah ins ada balik rumah pekan. masuk je kereta dalam parking rumah, ins punya la menjerit2 sambil senyum lebar n bertepuk tangan memanggil 'abah...abah..'. betapa rindunya ins kat abahnya..baru seminggu tak jumpa.. mungkin dia tahu pasni susah n lama tak jumpa. al maklumlah..ummi dah duduk kat Pahang. kesian ins..sabar ye syg..nnt abah mintak tukar sini..ins doakan yer...ummi pun doakan sama..

Friday, May 6, 2011

Friday, April 15, 2011

Curik masa jup!!


Aduh..sungguh meletihkan.. perkara yg xleh nak gambarkan camne..bulan april 2011 adalah bulan yg penuh dgn dugaan..adakah ni sebab keje last minit? rasa macam x sebab start uat keje2 psm awal jugak..entah la..ni rhat kejap sementara tunggu supervisor checking poster sebelum print yg betul2 kompom nak di print nnt.. ni nak rehat, baring xbole..jadi ni la keje..curik masa ni tulis blog. hahaha..

erm..kesian kat ins...nak tau kenapa? mungkin sebab umminya pun sibuk n berada dalam tekanan, seminggu dua ni macam2 perangai dia buat..sikit2 nangis, menjerit2, nak manja2 la..campak barang sana sini..nak memanjat la..aduh..umminya dah la byk keje..rumah pun tunggang langgang nih. ha..ni la akibatnyer..asyik merengek2 xtau nak apa..abahnya letak dalam ni.. baru diam..(bukan kes penderaan ek..). si kecik ni nak umminya melayan sebenaq nya..tp... "ummi banyak keje la syg"..

Nasib baik sempat snap pic nih.

"ins..nanti ummi ganti semula ye masa kita bsama..maaf sbb ummi byk marah2..ins budak yg baikkan.."
mudah2kan nanti masa present PSM aku boleh buat..nak dapat yg tbaik adalah yg xmungkin..semoga semua bjalan lancar n tiada yg salah..amen..


Wednesday, March 2, 2011

Nukilan Asli


Inilah apa yang anak kesayangan ummi n abah buat...bila ummi ajak tido xnak..pasti bole gi conteng dinding...xde lak ummi ajar mconteng kat dinding..kat buku ada la..ummi dah bagi buku kosong yang cantik, bersih n tebal..kejap je contengnyer..dinding gak di cari..













HAAA....ni pulak ntah masa bila mconteng pun tak tau..masa tengah nak amik pic conteng2 kat dinding tadi, ternampak yang ni...habis kerusi abahnya..satu keje nak mencuci lak..alahai ins..






nak tau kat mana ni?ni kat lantai lak..nasib baik la bumbung tu tinggi..klu x..., masuk senarai gak!
ni keadaan selepas di padam dgn mop lantai..tgl kat celah2 antara marmar tu je xhilang..nukilan2 ni dibuat bergilir2 dengan dinding tadi.. conteng dinding, conteng lantai, conteng dinding, conteng lantai...camtulah seterusnya sampai la si ummi ni perasan akan kelainan ins ni yang tetiba nak exercise malam2..rupa2nyer ni la keje dia..


Wednesday, February 16, 2011

Insyirah berkata2

Inilah antara perkataan yang dah pandai ins sebut sejak berumur setahun ni..lebih ketara sejak masuk setahun 3 bln..

nak=nak
anak=taknak
ami=ummi
abah=abah
katak=katak
tatak=kakak
tak=letak

erm..ada beberapa perkataan lagi..tapi lupa.. moga ins jadi anak yg solehah n beriman n bertaqwa yer..i love u darling

Monday, January 10, 2011

Tuesday, December 28, 2010

atas katil NY

atas katil..
katil sapa bsepah ni?
pupu-pupu nya..
baru bangun tido ker?

jusco

ramainya anak..
kupu-kupu bkumpul
peace!!

NY hotel

knp dgn ins ni?
menangis ke apa ni?
at level 22
nak pukul ummi ek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...