background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Monday, December 21, 2009

Bayi & perkembangan setiap bulan

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.

Bulan

Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan

kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan

ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan

keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan

kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan

keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan

ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan

kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan

kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir

  1. Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari?
    Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.

  2. Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
    Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan.

  3. Bagaimana pula jika ada kesan darah dalam air kencing?
    Tidak mungkin ada darah dalam kandungan air kencing bayi baru lahir. Biasanya warna merah jambu atau kesan merah kelihatan disebabkan oleh garam kimia yang dipanggil urate. Ianya adalah bahan buangan biasa dalam air kencing. Sekiranya kencing bayi mengandungi darah maka ia adalah keadaan luar biasa dan serius. Anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menangani masalah ini.

  4. Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau?
    Ada 3 kemungkinan besar yang menyebabkan kencing bayi berbau:
    1. Lampin dibiarkan terlalu lama.
    2. Air kencing pekat - berlaku disebabkan bayi kekurangan air dalam badan.
    3. Jangkitan pada saluran kencing bayi. Perlu rawatan segera.

  5. Berapa kerapkah pula bayi perlu membuang air besar?
    Kebiasaanya bayi baru lahir akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Dalam 6 minggu pertama puratanya adalah antara 3 atau 4 kali sehari. Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya agak cair. Namun ini tidak bermakna ianya mengalami masalah cirit birit selagi bayi kelihatan sihat. Namun sesetengah ibu yang mengamalkan jamu perlu lebih prihatin kerana mungkin boleh berlaku masalah cirit birit. Penting diingatkan bahawa ada sesetengah bayi yang tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Jika anda ada membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sejak lahir, biasanya tiada masalah.

  6. Apakah warna yang normal bagi tinja bayi yang baru lahir?
    Dalam masa 24 jam pertama hidupnya, bayi anda akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan, yang terdiri daripada hempedu dan mukus. Dalam tempoh 1 ke 2 hari, ia akan bertukar warna kepada coklat kehijauan - mungkin berair.

  7. Apakah bezanya tinja untuk bayi yang meminum susu ibu berbanding susu botol?
    Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya berwarna kuning keperangan atau kuning oren serta berbau seperti susu masam atau yogurt basi. Boleh juga didapati berwarna hijau terang. Manakala bayi yang meminum susu botol, biasanya tinjanya banyak. Berwarna coklat muda dan agak berbau. Ini kerana bahan buangan ini mengandungi campuran bakteria. Jika tinja berwarna hijau dan berair, ini menunjukkan bayi mengalami cirit-birit.

Saturday, December 19, 2009

9 okt 2009

Salam..ni la pic baby ayu..yang berusia dari satu hari sampai sekarang, dua bulan..pic yang usia satu hari tu di ambil curi2 dari wad bayi kat hospital..sebab insyirah kena tahan wad selama lima hari.dua hari yang pertama sebab doktor nak tengok penafasan insyirah,sebab masa lahir ada masalah sikit. bila dah ok, hari ketiga lak kena kuning. tapi sehari jer..hari keempat dan kelima doktor tak bagi pulang lagi sebab nak pantau keadaannya..petang hari kelima kira-kira jam 6petang baru boleh bawak balik umah..sampai je kat rumah masa tu hanya ada ummi dan ina (adik), bila ina nampak jer, menjerit2 dia..terkejut tengok insyirah yang ina dah tunggu2 lima hari nak tengok..esoknya apa lagi..terus bawak balik kampung. berpantang kat kampung dalam dua minggu..

my baby



my baby



'pecah mulut' 2


sedapnyer insyirah tido..

gambar ni bersama adik dan sepupu..namanya hampir sama, ina dan aina..masa ni ayu masih dalam pantang lagi..muka pun tak bermaya lagi..nak duduk lama2 pun masih tak selesa


apalah yang di bincangkan tu..serius je nampak..

Friday, December 18, 2009

"pecah mulut"

'pecah mulut' di lakukan oleh nenek..memandangkan ini adalah cicit sulung..
'pecah mulut' ni kalau kat tempat lain tak tau la panggil apa..aktiviti yang di lakukan ialah bagi bayi rasa kurma@ madu, garam dan asam..



ni tok2 dan atuk2 yang ada masa aktiviti 'pecah mulut'

Thursday, December 17, 2009

Insyirah

masih dalam hari..
ternganga mulut..baru usia 6 hari nih..dlm perjalanan balik kampung. berpantang kat kampung

Saturday, October 31, 2009

masa ni dalam kereta dalam jam 7 pagi..nak balik kampung di pahang..ni adalah hari keenam selepas melahirkan..hari kelima (semalam) insyirah baru dapat keluar dari wad hospital batu pahat. lima hari kena tahan..sedih jugak la bila tengok baby dalam wad..bila dah dapat bawak keluar ni, satu kelegaan rasa..macam tak percaya dah ada baby..



matanya masih kecik, tertutup lagi..masih dalam hari lagi..SITI NUR INSYIRAH BINTI SAIFFUL..ummi bersyukur kerana telah melahirkanmu dengan cukup sifat dan anggota..moga menjadi anak yang baik, beriman dan bertaqwa..


Sunday, October 4, 2009

Penantian..

salam semuanya..sekarang ayu masih menunggu lagi..baby masih dalam perut walaupun sudah lewat.."baby sayang..bila baby nak kuar nih?ummi dah tak sabar tunggu"..baru2 ni ayu dah gi hospital sebab sakit nak beranak, tapi doc suruh balik dulu sebab bukaan baru sikit..aduh..susah nak beranak..macam ni la dulu2 ibu kita nak melahirkan kita. bukan senang..doa-doakan moga ayu cepat bersalin tanpa mengambil tempoh sakit yang terlalu panjang..


sambungan...

Selepas seminggu menunggu dan menahan sakit, alhamdulillah tepat jam 3pm ayu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.0kg..syukur.akhirnya ayu telah menjadi seorang ibu..rasa macam tak percaya pun ada..selama seminggu ayu menahan sakit, sakit yang aktif terutama pada waktu malam..ni membuatkan selama seminggu tu la ayu tak dapat tido malam sedangkan orang lain nyenyak..selama dua minggu ummi ayu tunggu ayu kat rumah parit raja ni kalau2 ayu bersalin, last2 minggu yang terakhir (dah niat nak balik kalu ayu tak bersalin lagik) ayu bersalin jugak. mak mertua ayu lak seminggu meneman ayu kat sini..selama seminggu tu ayu keluar darah, walaupun tak banyak..tapi bila malam..Tuhan saja yang tahu sakitnya perut masa tu..orang kata "kembar darah" tu sebab sakit.

30 sept 2009 tu ada keluar darah macam darah period..ayu bagitau kat abang..tu adalah tanda2 nak bersalin. berdebar jugak..pada jumaat malam (2 okt 2009) terasa sakit amat kat bahagian bawah perut..rasa tak tahan jadik dalam jam 3 pagi (3 okt 2009) suami ayu bawak gi hospital..bila doktor periksa, baru bukak 1 cm. doktor suruh balik dulu..risau jugakkan..tapi doc dah suruh balik, balik je la..sakit jugak bila doc cek bukaan.. hari esoknya perut masih sakit lagi, sampai tak boleh tidur, ummi dan mak mertua serta suami nak ajak gi hosp lagi, tapi ayu tak nak sebab nanti bila periksa, bukaan sikit, doc suruh balik.jadi ayu bagitau biar sakit betul2 rasa baby nak keluar baru pegi hosp.jadi, menahan sakitlah selama beberapa hari. tiba 7 okt 2009 rasa sakit teramat perut ni..memang dah tak tahan, suami pujuk gi hospital, sebab memang dah tak tahan rasa sakit ayu ikut jer sambil dalam hati berdoa moga bukaan dah besar dan ayu dapat melahirkan dengan selamat. bukan apa, dah beberapa hari menanggung sakit tapi baby nya tak keluar2 lagi..bila pergi kira2 jam 12 tengah malam dan doc periksa, tau apa katanya? "bukaan baru 2 cm jadi awak boleh balik.." balik lagi..sakitnya macam dah nak beranak..Ya Allah SWT, dugaan2..denga perasaan bercampur baur, kami balik..malam esoknya sakit makin kuat dari sebelumnya..hanya duduk je boleh..nak baring dah tak boleh..suami pujuk ajak pergi hospital lagi tapi ayu menolak..asyik periksa bukaan jer..tapi lepas tu suruh balik..jadi, malam tu terpaksalah ayu menahan sedangkan orang lain tidur dengan nyenyak..tiba 9 okt 2009, tarikah bersejarah, malam tu bukan setakat baring, nak duduk, berdiri, berjalan pun dah tak boleh tahan sakit..family ajak pergi hospital sebab dah kesian sangat tengok..mulanya ayu tak nak tapi memang dah tak tahan teramat, ayu pergi jugak ke hospitalkira..tiba di hospital doc periksa bukaan dah 4 cm..jadi dah kena tahan wad kira2 jam 3 pagi. doc pecahkan air ketuban dan lepas tu masuk bilik bersalin..selama 7 jam menunggu doc periksa bukaan lagi tapi tetap 4 cm.. pelik jugak..last2 doc masukkan ubat supaya bukaan cepat, takut bayi lemas..akhirnya tepat jam 3 ptg ayu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.0 kg..alhamdulillah.. bermula ayu masuk bilik bersalin tu, selama 12 jam baru selamat melahirkan. TERIMA KASIH KEPADA JURURAWAT DAN DOKTOR DI HOSPITAL BATU PAHAT..

Thursday, September 17, 2009

my pic




Wednesday, September 16, 2009

salam aidilfitri buat semua

salam...selamat nak menyambut raya buat semua..ayu masih menanti saat2 melahirkan..tunggu hari jer ni..kawan-kawan ya sama due pun dah ramai yg dah bersalin. jadik makin tak sabar lak rasa..semakin hari makin cepat letih..bila la baby ni nak keluar..kalu dapat berpantang masa cuti raya seminggu ni alhamdulillah..tak dapat beraya pun tak per asalkan semuanya ok..dapat la cuti lama sikit.. Kat sini nak ucapkan tahiah pada Haszila (satu sek teknik dulu) dan pada kak bad(satu tempat keje sblm further study) atas kelahiran bayi sulungnya baru2 ni..moga semuanya selamat hendaknya..bila lak tiba giliran ayu agaknya..baby ni nak kuar kat batu pahat ker, keratong ker atau pekan..payah nak decided ni..

Saturday, September 5, 2009

My Kad Raya











Kad raya ni design sendiri..untuk semua umat Islam

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
-sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
-kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
-sakit perut, memulas
-kerap buang air besar
-kerap terkentut
Anda mungkin sudah tiba masa untuk bersalin. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan kepastian. Apabila anda sudah pecah ketuban dan air yang keluar berwarna sedkit kehijauan, jangan tunggu, cepatlah berjumpa dengan doktor anda. Warna kehijauan mungkin petanda anak sudah "passed meconium" dan merupakan salah satu tanda bayi lemas.

Debaran..dan sabtu yang xseronok

salam ramadhan buat semua..arini tensen la rasa..bukan arini je, tapi dua minggu ni..penuh dengan exam yang semuanya jarak yang dekat-dekat..pagi, petang..pastu arini, esok..tak sempat nak study..harini lak ada test highway engineering..apa yang ayu study semua tak keluar dari kepala ni. seolah2 macam tak study apa2..tak tahulah kenapa..tak tahulah apa yang ayu jawab tadi..sedih jugak dengan apa yang ayu buat dengan test tadi..banyak yang xleh jawab.. dugaan-dugaan..
kita tinggallah dulu pasal tu..makin tensen rasa..erm...sekarang ni ayu dah masuk sembilan bulan..kira2 dah 36 minggu..rasa tak sabar nak tunggu babay kuar pun ada jugak..rasa takut pun ada bila membayangkan camnelah nanti rasa bersalin..camne lah ayu hadapi semua tu nanti..banyaklah jugak yang ayu search dari internet pasal bersalin, tanya kawan2, tanya kat ummi ayu..dari segi persediaan dan tanda-tanda nak bersalin..maklumlahkan..baby first.. minggu lepas ayu dan suami pergi survey hospital batu pahat..nak tengok lokasi. nanti senang kalu jadi apa2..
ni pun debaran semakin cepat..nak menanti hari-hari yang paling meng'happy'kan..sebagai seorang wanita, ni lah saat yang paling manis selain perkahwinan dengan yang tersayang..
oklah..ni ada beberapa maklumat yang ayu dapat untuk di kongsi pada semua..sebagai panduan..

Tuesday, August 11, 2009

salam

salam pada semua..erm...malas tul duduk umah sekarang ni..keje still banyak yang nak buat..petang semalam ayu dan group highway pegi parit karjo uat projek..letih tul walaupun hanya duduk jer, kira kenderaan..balik je rumah, malam tu terus baring tak bangun2..sampai la arini masih terasa letihnya..masuk kelas pun masih mengantuk dan penat..mungkin satu sebab ayu mengandung..masa nak buat projek highway tu,dari kawan2 yang pantas mendapat berita semasa menyatakan bahawa...
"UTHM menumumkan bahawa bermula 12 ogos sampai 23 ogos semua pelajarnya cuti sempena h1n1 dan di sambung dengan cuti semester.." semua budak2 kelas seronok giler, semua pakat2 pegi tukar tiket semalam.punye la semangat nak balik kg. mana taknya, sekarang ni pun di UTHM ramai yang tak sihat, demam2, batuk, slesema.. ada gak adik2 sekelas yang kena kuarantin sebab suhu badan melebihi 38 darjah celcius.. sekarang ni pun ramai yang pakai 'mask' sebab takut berjangkit, termasuk la saya..lagi pun saya termasuk orang2 yang berisiko sebab mengandung. jadi kena pakai la 'mask'..walaupun sesak nafas dibuatnya..
tapi arini dah last kelas, petang tadi lak kelas batal, jadi selamat sikit la duduk rumah pasni..hampir dua minggu cuti..kerja, tugasan pun banyak yang kena siapkan..
nak dekat dengan waktu bersalin ni, ayu kena pantas dan rajin siapkan kerja seawal mungkin. mana la tahukan..kalau tiba2 awal ke bersalinnya..takut jugak..study pun kena awal2..setakat ni dan dapat kelonggaran dari beberapa pensyarah untuk cuti lebih sikit nanti..ada yang belum dapat jumpa2 lagi..mintak2 la diorang semua ok..
sebenarnya banyak nak cerita ni..tapi, tak pandai la nak berkongsi.. erm..xpe..ada masa lagi nanti sambung..

Saturday, August 8, 2009

To All my fren

jika anda nak edit pic untuk jadi lebih cantik dan menarik memang debom.. anda boleh link terus ke web di bawah ni.. seronok jadik tau..
http://en.picjoke.com/
http://www.fotline.ws/
http://www.funphotobox.com/
http://www.photofunia.com/

Again

nice painting
old book

cute sketch

my lovely hubby

memory in Tioman
nice couple

great dinner

meniti hari

Dah lama ayu tak menaip disini..sekarang ni kandungan dah mencecah 32 minggu. itu kalau ikut tarikh period dan 'due date' nya 1 okt 2009. tapi hari rabu baru2 ni ayu ada temujanji dngn doc, jadi doc scan la..kalu ikutkan saiz baby, 'due date' 13 okt..jauh berbeza tu..lebih kurang dua minggu..masa usia kandungan mencecah 20 lebih ayu scan kat luar pun doc cakap baby kecil kalu ikut saiz dan date sebenar.. risau jugak la..tapi yang penting semua ok, baby sihat dan selamat.
tapi bila mencecah usia 30 lebih ni, kira-kira dah lapan bulan cepat jugak rasa letih..nak dekat2 sembilan bulan nnt lagi la..seronok ada pengalaman mengandung ni.. sekarang ni pun ayu kerap jugak kejang kaki masa tidur,walaupun dah pakai stokin. nasib baik la suami ada..yang rajin tolong letakkan minyak panas..erm..ok la..nnt sambung lagi..

Thursday, July 16, 2009

Janin


Thursday, July 2, 2009

Raja Buah


Bergambar bersama raja buah..nak makan xdpt..bergambar je la..

Muar


Ni pic masa dalam bot nak pusing2 muar..

Wednesday, July 1, 2009

Menarik dalam perut

salam..nak tonton video yang menarik tak? apa yang terjadi dalam perut kita semasa kita mengandung.. pada kawan2 yang berminat nak tahu, ni ayu kongsi dengan kawan yer:

klik je link ni http://www.babycenter.com/2_inside-pregnancy-weeks-28-to-37_3658874.bc

Tuesday, June 30, 2009

Beg ke hospital

Bayi
pakaian bayi
sarung tangan dan kaki
selimut bayi
botol susu
lampin/lampin pakai buang
topi

Ibu
kad pengenalan
surat pemeriksaan doktor
baju ibu
kain batik
baju untuk pulang
pad bersalin
stokin
bra menyusu
pad payudara
seluar dalam
sabun, berus gigi & ubat gigi
sikat rambut
tuala mandi
selipar
sapu tangan
minyak urut
biskut, makanan ringan & air
kamera dan pastikan ada filem dan bateri !!!
Jangan lupa sediakan beg !

Keperluan Ibu

Pakaian
baju
kain batik
makanan/jamu ketika berpantang
pad bersalin
stokin
sapu tangan
selipar
bengkung

Makanan/Jamu
susu
pil tambahan kesihatan
jamu bersalin

Penyusuan badan
bra menyusu
bantal menyusu
pad payudara
pam perah susu(ibu bekerja)
poncho menyusu

Lain-lain
bidan/tukang urut
batu tungku
buku panduan kelahiran

Keperluan Bayi

Pakaian
baju lengan pendek/panjang
seluar pendek/panjang
sarung tangan & kaki
topi
lampin/lampin pakai buang
selimut
barut bayi
kain
tuala mandi bayi
almari/bakul pakaian
sapu tangan
tikar getah bayi
beg bayi

Mandian
sabun bayi
bedak bayi
losyen bayi
syampu bayi
besen mandi bayi
putik kapas
bakul alatan mandian
pengalas mandian tidak licin
termometer mandian
sikat/berus rambut

Penyusuan
botol susu
puting
berus botol susu
bekas simpan botol susu (warmer)
sterilizer

Tidur
bantal, bantal peluk dan tilam
sarung bantal dan tilam
katil bayi

Lain-lain
minyak kembung perut
tisu lembab
pemotong kuku
pembersih hidung

Usia 28 Minggu


Bermakna kita hanya tinggal 3 bulan lagi sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. kita mungkin akan sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu juga mungkin akan menglami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahgian betis.
Jangan terkejut jika kita kan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontraksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan, kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan TV yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita

Usia 27 Minggu


Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam, dan pahit. Kalenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Usia 25 Minggu


Badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin, basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahgian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33cm

Usia 24 Minggu


Kita akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan kita. Berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahgian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya kita dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan

Usia 23 Minggu


Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik.Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik.Perubahan yang berlaku ialah rambut, tekstur kulit, kuku, dan warna kulit.Rambut menjadi lebat dan berkilauan. kulit menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Usia 22 Minggu


Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi semakin aktif. Sebaik-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan, atau bunyi dalam uterus tersebut. Kita sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejka dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dengan perut kita.Insyaallah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh.Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang

Usia 21 Minggu


Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan.Jadi penjagaan kesihatan agar sentiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berta yang boleh membebankan bahgian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Usia 20 Minggu


Pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340g.
( Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu )
( Kita akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain )

Usia 19 Minggu


Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan.Sesetengah ibu akan berlaku stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Usia 18 Minggu


Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim.Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
( Pengaliran estrogen dan progestron semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan masuk minggu ke 18. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah )

Usia 17 Minggu


Rambut, kening, bulu mata, bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari mula terbentuk. Antara keajaiban Allah S.W.T pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Thursday, June 18, 2009

Penat

<= pic di ambil dari web
Salam..salam..semalam sedih, arini penat lak..sebenarnya dah beberapa hari penat..sebab tidur tak lena..tidur malam asyik terjaga jer..dengan rimas dan panas..dugaan dugaan..bila terjaga susah nak tidur, berjam-jam nak suruh lena balik..awal pagi dah nak kena bangun. Pagi tadi lepas suami pegi keje, aku lena kejap depan tv, dalam kul 8 tu baby gerak dengan aktif sekali..dia kejutkan aku agaknya..memang terasa kuat betul gerakannya.. "sayang baby ummi"..
Ni pun masih gerak-gerak lagi..seronok betul rasa bila dapat merasai gerakkannya yang makin aktif ni..lagi satu mungkin sebab pagi tadi aku lupa nak bagi salam kat baby..hehe..
Tengahari semalam, adik ipar aku selamat melahirkan baby keduanya. dapat baby girl dengan seberat 3.5 kg kat melaka.. bertambah lagi orang-orang terdekat aku yang dapat baby..aku lak yang jadik makin tak sabar..sekarang aku dah masuk 25 minggu..tinggal lagi 15 minggu jer.. seminggu raya ni la..
6 julai ni aku dah masuk belajar semula untuk tahun ketiga..selepas bercuti selama kira-kira dua bulan..mintak-mintak la aku lagi tabah melalui saat-saat bergelar pelajar ni dengan baby dalam perut lagi..semoga aku dapt buat yang terbaik.

Tuesday, June 2, 2009

Pengorbanan Seorang Isteri

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnyamalam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkanisterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas".Jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbatkesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpankembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecilhatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem danmakan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi seleramakannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panassedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminyatelah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpakucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang padaNura", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatanyang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allahberikan kekuatan untuk menempuh segala badai.
Selesai menjalankanamanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapurmenyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dansayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk kepejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura",kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nurapada abang....... ."
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau,kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian binikau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?".
Zikri cuba bertanya sahabatyang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universitimalah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenungplan bangunan yang sedang direkanya. ------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- -------- Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu,kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nuramenangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaanitu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,"janji Hilmi. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nuralagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmimeyakinkan Nura. Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.
Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yangtidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..."ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah,aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia,aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan", Jelas Hilmi. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup",Ujar Hilmi.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- -----
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yangdikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye,abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasarindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?"Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?"Ujar Nura. "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau,telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik,sebab sudah tidak tahan lagi.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ --------- --------
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau,last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Piluhati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri. Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak,dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata.Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala,sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hatibang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan,doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau,setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat,encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya."jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknyadidapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------------------ ------
Abang yang Nura rindui, Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan,dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia,cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa,dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang,dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu Nura Ain Bt. Abdullah Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...