background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Showing posts with label Suami dan Isteri Solehah. Show all posts
Showing posts with label Suami dan Isteri Solehah. Show all posts

Monday, April 2, 2012

9 Kekuatan Untuk Cipta Bahagia( MW 2012)


Kebahagiaan rumah tangga bukanlah bergantung pada kekuatan cinta semata-mata. Ada banyak lagi aspek kekuatan yang perlu ada pada pasangan agar rumah tangga yang dibina utuh dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Bagi yang belum berumah tangga maka persiapkan diri dengan kekuatan ini. Buat yang sudah berkahwin tiada salahnya menilai diri sama ada punya semua kekuatan ini dalam melayari rumah tangga.

1. Kekuatan fikiran

Sedarkah bahawa cinta bermula dari fikiran. Pastinya kita terfikir untuk mencari pasangan yang menepati cita rasa dan sudah tentu kriteria cantik, bijak, beragama dan penyayang menjadi pilihan. Secara tidak langsung, berfikir tentang hal-hal sebegini membuatkan anda lebih mengenali pasangan tanpa anda mengetahui siapakah individu yang dicari. Bersandarkan dari pencarian tersebutlah maka anda akhirnya dipertemukan dengan calon yang diinginkan.

2. Kekuatan melalui pemberian

Dalam percintaan dan rumah tangga perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan kesepakatan. Sekiranya ingin mendapatkan cinta maka anda terlebih dahulu perlu memberinya. Lebih banyak cinta yang diberi maka lebih banyaklah cinta yang anda peroleh. Usah kedekut berkongsi kasih sayang kerana lama kelamaan keindahannya pasti dirasai. Sedar tak sedar bercinta juga membuka peluang untuk anda lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai kebaikan.

3. Kekuatan melalui persahabatan

Mendapatkan cinta yang sejati bukanlah semudah memperoleh cinta monyet. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Kerana itulah jalinan persahabatan diperlukan meskipun anda telah mengikat jalinan perkahwinan dengan pasangan. Belajarlah untuk menjadi kekasih dan sahabat yang baik kerana cinta tidak semestinya pandangan mata yang turun ke hati tetapi lebih kepada kebersamaan ke arah satu tujuan.

4. Kekuatan untuk melepaskan

Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Untuk itu belajarlah untuk melepaskan kerana dia bukanlah milikmu yang abadi. Dalam percintaan anda perlu miliki ruang untuk diri sendiri. Ruang untuk mencintai diri sendiri serta ruang untuk belajar memperbaiki diri. Disebabkan itu, sebelum mencintai orang lain cubalah belajar menjadi seorang yang memaafkan dan lupakan kisah silam hitam dalam hidup masing-masing. Dalam erti kata lain cuba melepaskan perasaan takut, curiga, ego, syak wasangka dan segala yang negatif dalam hidup anda dan dirinya.

5. Kekuatan ingin menghormati

Anda bukanlah pencinta yang baik sekiranya tidak mampu menghormati pasangan yang dicintai. Namun perlu diingat, individu pertama yang perlu diberi penghormatan adalah diri sendiri dan selepas itu barulah orang lain. Tanyakan pada diri apakah perkara yang membuatkan anda ingin dihormati. Sudah pasti perkara yang lebih kurang sama juga dirasai oleh pasangan.

6. Kekuatan sentuhan

Salah satu cara menginterpretasikan cinta adalah melalui sentuhan. Dengan sentuhan pasangan dapat merasa sedalam mana cinta anda padanya. Sentuhan yang lembut, hangat atau biasa-biasa sahaja. Dengan sentuhan juga benteng pemisah disebabkan perasaan malu kerana baru mengenali mampu diruntuhkan dengan mudah sekali gus menyatukan dua jiwa untuk hidup bersama. Namun perlu diingat kekuatan sentuhan ini layaknya dipraktikkan untuk yang berumah tangga saja.

7. Kekuatan berkomunikasi

Mencintai insan yang anda sayangi membuka laluan atau tatacara untuk anda berkomunikasi dengannya. Biarkan dia mengetahui dan menghargai sedalam mana kasih serta cinta yang anda himpunkan buatnya. Gunakan kekuatan untuk mengucapkan tiga perkataan keramat (Aku Cinta Padamu) setiap kali pasangan bangkit dari lenanya. Sertakan dengan ciuman hangat penuh makna.

8. Kekuatan untuk mempercayai

Sukarnya mencipta kepercayaan dalam sebuah rumah tangga yang baru dibina. Bagaimanapun hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Meskipun payah melakukannya tetapi berilah peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana dia adalah sebahagian dari hidup anda sebaik lafaz akad diucapkan. Sebaiknya tinggalkan 30 peratus keraguan anda untuknya kerana ia berfungsi sebagai benteng yang mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

9. Kekuatan memberi komitmen

Mengambil keputusan mendirikan rumah tangga membuktikan bahawa anda sudah bersedia pada satu komitmen yang penting. Disebabkan itulah anda perlu bijak mengendalikan komitmen tersebut agar tidak bercelaru dan menyusahkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah adalah kesetiaan. Anda terikat pada sebuah hubungan perkahwinan dan menjadi prinsip rumah tangga, setiap pasangan perlu jujur dan setia. Itu antara komitmen yang perlu dipikul dan diingati sepanjang masa agar rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia.


Wednesday, January 4, 2012

Mendidik anak soleh/solehah 1

Ni sambungan ye..

Nak tanya la..anak2 korang dah berapa tahun? rasanya korang semua dah sedia maklumkan, dari dalam perut lagi kita dah didik anak2 kita dengan macam perkara. kebiasaannya kita dengarkan baby kita dengan ayat2 al quran dan macam2 la..

tapi...
ada gak sebahagian ibu bapa yang bila anak tu dah lahir je, diorang kurang dedahkan diorang dengan ayat2 alquran tapi banyak kepada lagu2 cinta, rock, balada la, pop la.. jadi mereka membesar dengan lagu2 ni.. macam mana mereka besar nanti?

kita sendiri boleh tengok realiti kanak-kanak sekarang, bila dengar lagu, cepat je kusyuk..kalau tanya diorang pun, 'besar esok nak jadi apa?' mereka jawab, 'artis', 'nak jadi penyanyi'. seolah2 memang dah jadi badi kan..mana taknya, kalau bukan kerana kita pun, faktor di sekeliling pun diorang boleh dengar macam2 lagu. ni la yang mempengaruhi diorang..

renungkan la n selamat beramal..

Mendidik anak soleh/solehah

Salam untuk semua..

sebenarnya dah lama nak kongsi sesuatu ni dengan korang.. bukan la nak kata yang ayu ni perfect, pandai sangat n banyak pengalaman.. tapi apa

yang nak di kongsi ni ada jugak dari pengalaman sendiri (walaupun tak seberapa...), dari pemerhatian tengok orang sekarang n dulu2 mendidik anak2 mereka n hasil dari pencarian dari internet dalam menambah ilmu ni.. mudah2n ilmu ni ayu jugak dapat guna n korang pun sama..
pendidikan yang nak dikongsi ni sesuatu yang simple je. tapi kekadang kita ni susah nak ajar anak2.. sebab di peringkat mereka masih seronok nak belajar ni la kita patut tunjuk n serapkan mereka dengan perkara yang baik2..


Ada tak korang rasa susah, or senang or terlupa or tak ingat or apa2 je la untuk ajar anak2 tentang perkataan maaf, terima kasih, sayang, assalamualaikum, wa'alaikumussalam, kesian, bismillahirahmanirrahim atau perkataan2 pendek tapi besar makna? kalau ada alhamdulillah..
Tentu korang rasa sangat kagum kepada anak-anak kecil yang sentiasa mengucapkan ucapan “tolong” dan “terima kasih” pada setiap masa. Tetapi sekiranya anda lupa pada ucapan yang indah ini, anda mungkin akan tertanya – tanya apa yang boleh digunakan untuk menggalakkan si kecil untuk menggunakan perkataan yang indah yang telah lama korang idamkan tanpa membiarkan hidup korang seperti seorang burung kakak tua yang kerap berleter.

Sebenarnya ia bermula dari kita sendiri..apa saja perbuatan kita, perkataan yang kita keluarkan, anak2 kita akan ikut..sebab kita adalah yang paling rapat. tapi jangn lupa orang2 di sekeliling anak2 kita..ini jugak bole mempengaruhi.

Ada juga para pakar menasihatkan agar mencuba dengan kaedah lain. dengan bahasa yang ringkas dan mudah, “Sekarang, apa yang perlu diucapkan?” yang kerap kali digunakan dan menjadi kegemaran oleh kebanyakkan ibu bapa.

“Tolong” dan “Terima kasih” adalah perkataan yang paling digemari oleh ibu bapa. Bila korang minta anak2 untuk makan malam, tambah perkataan yang penuh hormat yang anda ingin mereka gunakan seperti:
“Auni, tolong datang ke meja makan.”
Apabila si kecil hadir ke meja makan dengan gembiranya, beritahu kepada si kecil
“Terima kasih sebab datang ke meja makan dengan cepatnya.”
Cara tindakan korang ni akan membantu si kecil untuk belajar mengenai tabiat ni. Apabila korang terdengar si kecil menggunakan perkataan ini seperti “Tolong” anda boleh menunjukkan tanda sokongan dengan memujinya.

Apabila korang ajar anak2 korang perkataan2 ni, korang jangan beranggapan mereka akan cepat ingat dan ikut..korang kena kerap terapkan nilai2 tu n bersabar..

Perkataan berguna seperti ‘maaf’ adalah yang paling penting kepada kita semua. Namun, kebanyakkan ibu bapa kerap kali mengunakan perkataan ini hingga berlebih-lebihan. Oleh kerana malu dengan tingkah-laku kanak-kanak , terdapat ibu-bapa yang memaksa si kecil untuk memohon maaf pada masa itu.

"Adalah lebih penting untuk mengajar mereka memahami daripada memaksa mereka
mengucapkan perkataan tersebut,” kata Brown Braun. “Jangan memaksa kanak-kanak untuk memohon maaf. Terangkan kepada mereka mengenai kesalahan yang telah mereka lakukan. “Lihat betapa sedihnya budak lelaki itu apabila kamu mencuri keretanya.” Kemudian, didik mereka untuk memperbaiki keadaan: ‘Bukankah kita sepatutnya memulangkan keretanya dan memberikannya tisu?”.

Di usia 4 tahun, Kebanyakkan kanak-kanak boleh:

• Mengingati untuk mengucapkan “Salam” atau “Selamat Tinggal” kepada ibubapa
• Kadangkala mengucapkan “Tolong” dan “Terima Kasih”
• Anak yang tak pernah belajar bersopan santun, akan tumbuh jadi remaja yang bermasalah.
• Jangan pernah lelah menasihati dan mengingatkan anak agar berlaku sopan, misalnya selalu berkata, "Tolong", Terima kasih", "Maaf". Terus lakukan hingga kata-kata ini menempel di ingatannya dan secara otomatik akan diucapkannya.
• Beri Pujian mereka akan senang serta bangga jika anda mengetahui dan menghargai kegiatannya. Tapi tak perlu berlebihan memuji kerana akan menghancurkan anak.

Wednesday, September 7, 2011

Penceraian dalam Islam..

Assalamualaikum pada semua..

kat sini ada beberapa isu yang ayu cukup tak seronok sebenarnya nak berbicara..tak tahu nak salahkan siapa tapi..semua dah ketentuan DIA.. kita sebagai manusia kena kuatkan semangat n perlu sentiasa berfikiran positif. tapi pada yang mengalaminya, di saat ini, kadang2 mereka tak dapat nak berfikir secara positif dan kat sinilah orang2 di sekeliling perlu memainkan peranan yang sepatutnya. dengan memberi semangat dan nasihat..

apa2 pun, kita terus pada masalah ni k..

boleh klik je kat web bawah ni untuk tau apa kes nya..
http://truefren-u.blogspot.com/2011/09/perceraian-di-dalam-islam.html

Monday, January 10, 2011

Salahkah wanita tak tahu memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Wednesday, November 10, 2010

Long time

salam to all..
lama betul x log in blog ni..maklum la busy dgn keje-keje sebagai pelajar..anyway..arini ada sedikit ruang uktuk menulis walaupun idea xnak kuar ni.. sekarang ni manunggu waktu untuk final exam bulan dec ni..skrag ni dah cuti sem (4weeks = cuti sem+raya+study week), lama betul.. jadi, masa seminggu dua ni rehat kat rumah dulu, pastu baru pulun2 study utk final..kira dua minggu ni jadi isteri n ibu yg berjaya la..ni nak hadap depan kom pun anaknya dah merengek, nak kita main dgn dia jew..xnak bg dia kacau, carik la benda2 yg bole dia main..hehe..jahat tul ummi ni.. "kejap ye syg..ummi nak ber'blogger' jup.."..

dalam masa sebulan, kira2 bulan okt la..macam2 dugaan di terima..dgn keje yg melambak2..anak yg xsihat..tekanan dlm diri lagi akibat keadaan ni..sampai diri sendiri xterurus, rumah..kesian gak kat suami..tp harap suami memahami..dalam masa kesibukan tu, beberapa kali nak pitam sbb makan minum sendiri xmenentu..tp nak buat macam mana..kena lalui jugak untuk settlekan semua keje..sekarang ni alhamdulillah..semua dah settle..tunggu untuk final exam lak..tp semua beban yg dalam kepala lum keluar sepenuhnya lagik ni..camne nak study final nnt ni..pikir..pikir..

erm..dah la..banyak la ngomel..its time to play with my daughter..cian dia..dari tadi asyik merengek je ajak main sama2..umminya asik ber'intenet' jew..haha
ok la..assalamualaikum..
ada kesempatan..nnt sambung lagik

Friday, May 29, 2009

Tips Rumahtangga - KHASIAT PELUK ISTERI

Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah

KHASIAT PELUK ISTERI


(UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk
sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang
umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar
di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap
kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk
isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan
boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan
tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus
lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya
ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel
Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi
yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan
keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif
dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan
dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan
sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)
juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap
kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan
berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,''
katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta
persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih
sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda
dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan
bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,''
kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin... :-))

Sentuhan peribadi rumahtangga moden

Kesan sentuhan tangan isteri dan ibu ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:

1. Penyediaan makan minum sekeluarga

Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak "dengan hati dan perasaan", suami dan anak-anak dapat mencicip rasa kasih sayang yang ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan. Di samping ada keberkatan pada makanan itu, ada kesan psikologi di sebaliknya. Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.

Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan, sambil basuh beras atau menanak nasi, lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat. Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah, hidang makanan yang halal untuk keluarga, membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni. Pastilah bertambah keberkatannya.

Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil yang disuapkan makanannya oleh ibu. Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak. Saya tidak pasti apakah ada bukti saintifik mengenai hubungkait air liur dengan jalinan kasih sayang ini tapi bukti pengalaman memang ada. Haiwan pun, misalnya kucing, jika diberi makan bekas kunyahan seseorang ia akan jatuh kasih pada orang itu.

2. Hidang minuman untuk suami

Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca di rumah atau baru selesai membersihkan halaman, siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami? Perkara ini mungkin kecil tapi memberi kesan yang besar pada hubungan suami isteri. Tangan yang sering membawa hidangan minuman itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami. Jadi biarlah tangan itu milik isteri, bukan milik pembantu rumah.

3. Raikan suami dan anak-anak di muka pintu

Jika ini dilakukan, tidak timbul soal mengharapkan pembantu rumah untuk menutup pintu rumah atau pintu pagar selepas suami keluar bekerja atau anak-anak keluar ke sekolah. Isteri sendiri patut meraikan suami yang hendak keluar bekerja (jika isteri tidak bekerja). Anak-anak yang hendak melangkah keluar ke sekolah juga perlu diraikan di muka pintu oleh ibu mereka. Begitu juga sewaktu suami dan anak-anak balik. Cara ini akan memberi kesan psikologi yang amat mendalam di hati suami dan anak-anak.

Waktu Rasulullah s.a.w. balik dari Gua Hira’selepas menerima wahyu pertama, Sayidatina Khadijah r.ha menyambutnya di muka pintu. Dengan tangannya sendiri beliau menyelimutkan tubuh baginda dan menenangkan baginda. Dan pada paginya beliau keluar menemui sepupunya Warakah bin Naufal untuk menceritakan keadaan Rasulullah. Beliau tidak menghantar ‘posmen’ untuk menjemput Warakah datang walaupun beliau ada pembantu yang boleh disuruh untuk berbuat demikian. Sentuhan peribadi Khadijah ini sering mengusik kenangan Nabi s.a.w. lama selepas ketiadaannya.

4. Mandikan anak

Sentuhan lembut tangan ibu pada tubuh anak waktu dimandikan juga dapat mentautkan emosi ibu dan anak. Ada petua orang tua-tua yang menggalakkan ibu atau bapa membiarkan air mandiannya jatuh ke tubuh anak ketika mereka sama-sama mandi. Supaya anak jadi rapat dan mudah dengar kata.

5. Kejut anak bangun tidur

Mengejutkan anak untuk bangun Subuh adalah sebahagian dari agenda dalam pengurusan rumah tangga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal remaja. Waktu itu seorang ibu dapat memindahkan rasa sayangnya pada anak dengan memegang lembut sambil memicit-micit hujung kaki anak waktu mengejutkan mereka. Sentuhan tangan ibu yang dirasai oleh anak di permulaan hari pasti ada keberkatannya dan berbekas di hati anak. Terutama apabila dibisikkan sekali doa, zikir atau selawat di telinganya.

6. Penyediaan tempat tidur

Tempat tidur suami isteri sebaik-baiknya disediakan dan dikemas oleh isteri. Begitu juga tugas-tugas lain di bilik tidur suami isteri. Seboleh mungkin jangan diserahkan kepada pembantu rumah. Ia memerlukan sentuhan peribadi isteri kerana bilik tidur lazimnya menyimpan rahsia suami isteri. Di situ juga seharusnya tempat paling tenang, selesa dan ber‘privacy’ bagi suami isteri di dalam rumah selain dari ruang ibadah.

7. Menyelia kerja anak-anak

Anak-anak perlu dilibatkan dalam kerja pengurusan rumah tangga. Paling tidak kerja yang melibatkan keperluan mereka sendiri dan memenuhi keperluan ibu bapa sebagai khidmat bakti mereka. Ini memerlukan sentuhan peribadi seorang ibu dalam menyelia kerja anak-anak. Kadang-kadang ibu hanya perlu menunjuk ajar dan memantau dari dekat sambil anak-anak buat kerja seperti memasak, mencuci pakaian dan menyapu sampah. Dalam masa menunjuk ajar itu terjalin hubungan intim ibu-anak sambil anak dilatih berdikari dan berbakti. Sabda Nabi s.a.w.: "Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (Riwayat Abu Asy-Syeikh)

Sering dikatakan bahawa "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia" dan "Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya". Oleh itu jangan pandang kecil pada seorang suri rumah yang kerjanya setiap hari hanya mengurus rumah tangga.

Namanya mungkin tidak pernah disebut-sebut orang. Tetapi kejayaannya membereskan urusan-urusan rumah tangga melalui sentuhan peribadinya harus diberi penilaian yang tinggi. Kerana bermula dari suasana rumah tangga yang beres itu, dia mampu membentuk jiwa anak-anak yang cemerlang dan menjadi pendorong utama di belakang kejayaan suami di luar rumah.

(Koleksi Anis / Oleh Zakaria Sungib)

sentuhan suami

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri:

1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

2. Memberi pujian terhadap isteri Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4. Menghindari kritikan terhadap isteri Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

•Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
•Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin
•Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama
•Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
•Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak
•Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita... Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amatbernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8. Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9. Membina kerjasama yang baik Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mewujudkan keluarga bahagia.

10. Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

sifat isteri solehah

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah di bawah jika seseorang isteri ataupun wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki solehah itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya.

1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t

2. Bersikap malu terhadap suami

3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami

4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata

5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan pergi

6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan

7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)

8. Menghiaskan diri untuk suami

9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami

10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami

11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya

12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami

13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami

14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya

15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami

16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami

Saturday, January 17, 2009

Sifat- Sifat Isteri Solehah



Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah di bawah jika seseorang isteri ataupun wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki solehah itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya.
1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t
2. Bersikap malu terhadap suami
3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami
4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata
5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan pergi
6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan
7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)
8. Menghiaskan diri untuk suami
9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami
10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami
11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya
12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami
13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami
14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya
15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami
16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami

Sunday, December 14, 2008

10 sifat calon suami yang baik

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:

Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.

Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Isteri Solehah

Dah hampir setahun berlalunya honeymoon... sekarang tinggal beberapa hari lagi cukuplah setahun usia perkahwinan ayu dan ip.. Alam perkahwinan ni, satu kehidupan yang indah..terutama jika kita pandai mengindahkannya.. Ni ingin saya kongsikan beberapa tips yang berguna dalam menjadi ISTERI SOLEHAH..InsyaAllah..kita lakukan dengan ikhlas, Allah SWT akan bantu.

Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .

1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :).

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...