Iffah Huriyyah Suci terpelihara/bidadari
Alangkah bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.
Irdina Ilmuna Kehormatan kami/pengetahuan kami
Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.
Izzah Insyirah Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati
Semoga anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.
Izz Zayani Kekuatan/yang cantik
Kehadiran anak yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan. Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada dunia dan akhiratnya.
Iffah Tahu harga diri
Tiada lain yang diharapkan dari seorang anak perempuan agar dia tahu menjaga kehormatan dirinya. Ini perlulah dipupuk sejak anak masih kecil lagi. Biarlah dia membesar dengan sifat-sifat yang baik ini. Agar dia terhindar daripada menjadi gadis jalanan yang sentiasa berkeliaran di tempat-tempat awam.
Irtiyah Kesenangan
Semoga anak ini menjadi anak yang solehah. Yang dapat memberi kesenangan kepada ibu bapanya bukan sekadar di dunia sahaja, malahan di akhirat nanti.
Is'ad Yang membahagiakan
Memiliki anak memanglah sesuatu yang membahagiakan. Apa lagi jika anak tersebut seorang yang mendengar kata dan patuh terhadap kata-kata orang tua. Sejuk mata memandang dan anak merupakan adalah madu ataupun penawar kehidupan ibu bapa.
Irbah Fikiran tajam
Seorang anak yang memiliki fikiran yang tajam. Dia seorang yang mudah mengingati apa sahaja ilmu-ilmu yang diajarkan kepadanya. Mudah berjaya dan mudah juga untuk membina kejayaan dalam hidupnya.
Imtinan Anugerah tuhan
Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada ibu bapa. Didiklah dia dengan didikan yang sempurna agar menjadi anak yang soleh. Hanya anak yang soleh sahaja yang akan diterima doanya oleh Tuhan.
Inshiraah Gembira, kesenangan, kebahagiaan, keceriaan
Is’aaff Pertolongan
In’aan Pemberian kenikmatan
Inayah Perlindungan
Ismah Terhindar dari dosa
Iffah Tahu harga diri




No comments:
Post a Comment