Hana Humaira Rezeki tanpa kepayahan/yang berpipi merah
Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. Selalunya anak yang begini orang kata nasibnya untung dan baik. Ada-ada sahaja yang menyebabkan rezekinya sentiasa ada dan berpanjangan. Anak yang begini hidupnya selalu dipenuhi dengan keriangan dan kekayaan.
Hana Khalilah Rezeki tanpa kepayahan/kesayangan
Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada ibu bapa. Didiklah anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Hidup yang penuh dengan kasih sayang akan memudahkan anak membina kehidupan yang lebih bahagia dan cemerlang pada masa depannya.
Hani Mastura Tenang/yang terpelihara
Semoga ketenangan sentiasa terpelihara di dalam sesebuah rumah tangga bila ada anak yang memiliki nama ini. Ketenangan hidup juga bererti kebahagiaan hidup. Fitrah manusia memang suka pada ketenangan.
Huda Khalidah Petunjuk yang benar/yang abadi
Dalam menempuh arus kehidupan yang serba maju ini, ada manusia yang terlalai dan tersasar dalam mencari jalan kebenaran dan kebahagian hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini mendapat petunjuk yang benar untuk membina kehidupannya. Petunjuk yang benar dan kekal abadi hingga ke akhir hayatnya.
Hani Khalilah Yang mengucapkan selamat/kesayangan
Semoga anak yang dianugerahkan sentiasa selamat dan merupakan kesayangan setiap insan.
Hulwah manis
Anak yang wajahnya manis, dia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mudah tersenyum dan seorang yang periang. Anak yang berwatak begini disenangi ramai dan tidak banyak memberi masalah kepada ibu bapanya.
Haibah Wibawa
Biarlah anak dididik menjadi seorang yang berwibawa untuk menjadi pemimpin, di kalangan sesama wanita. Mendidik anak menjadi seorang yang berwibawa dan berpendirian adalah sangat penting, agar tidak mudah dengan pengaruh yang tidak sihat.
Hannah Kasih sayang
Kasih sayang adalah sesuatu anugerah Tuhan yang perlu dijaga dengan baik. Tanpa kasih sayang akan pincanglah hidup seseorang itu. Kasih sayang juga ibarat pokok, ia akan sentiasa segar, subur jika dijaga, dibajai dan selalu disirami air.
Hanan bertimbang rasa
Anak yang bertimbang rasa dan mudah merasai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Dia juga seorang yang rajin dan pandai mengurus dirinya sendiri.
Hayati Kehidupanku
Seorang yang sangat cekal dalam kehidupannya. Mempunyai matlamat yang jelas dalam dirinya. Selalu berjaya dalam kehidupannya.
Haziqah Yang cerdik, pandai
Seorang yang cerdik dan petah berkata-kata. Tingkah lakunya sangat lincah dan ada sahaja idea-idea kreatif yang mampu diciptanya.
Haffafa Kegemilangan, kilauan, damai, angin lembut
Hakeema Bijak, bijaksana
Husna Lebih baik, keramahan




No comments:
Post a Comment