background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Friday, December 9, 2011

Hargailah mereka...

Ibu n Bapa...
Rasa2 korang siapa diorang ni pada korang?
Kalau dikira2 pengorbanan diorang ni dari masa korang dari dalam perut lagi sampai sekarang dah besar panjang...cukup tak dengan balasan yang korang bg?
tak cukup kan...?
kadang2 korang nampak ibu bapa korang ni sentiasa happy je, xsusah pun..
Tapi ketahuilah..terlalu banyak yang diorang sorokkan perkara demi menjaga hati korang, kerana sayangkan korang..
Boleh di katakan, sebanyak mana pun korang lakukan demi membalas jasa2 diorang ni...memang takkan terbalas...
kerana mereka lah korang dapat hidup bernafas kat dunia ni...
kalau tidak kerana sayang, korang takkan ada di dunia ni..
jangan la korang menghancurkan hati mereka ni..jagalah hatinya selagi mereka bernyawa..

Pagi tadi sambil2 sarapan kat rumah sebelum gi keje, aku tengok program 'Sehiris Peria, Secawan Madu' oleh Ustazah Asni Mansor.. kali ni dibuat kat rumah kenangan di JB, rumah orang tua2. terasa sedih n sayu sangat bila lihat n dengar luahan hati ibu2 n bapa2 yang tinggal kat rumah kenangan ni.. mereka semua terlalu rindukan anak2 mereka yang jarang sekali menjenguk n ada jugak yang langsung tak datang, sepi tanpa berita...


ada yang anak2 sanggup tolak ibu bapa ke tepi, semata2 kerana harta...Terasa nak mengalir air mata ni..



"Ya Allah SWT, jauhkanlah aku dari perkara2 camni..hindarkan aku darinya.. Jadikanlah aku, suamiku, anak2ku, adik2ku anak yang solehah yang sentiasa meletakkan ibu bapa sebagai raja dan permaisuri di hati" amen..



Terus terang ayu katakan yang hati ayu ni mudah sangat tersentuh bila sentuh soal anak2 yang tak hormat ibu bapa...walhal kalau ahli keluarga sendiri pun kalau ada yang menengking or tak hormat orang tua, ayu sendiri akan cakap n marah orang tu..memang kita ni manusia biasa..kadang2 terlanjur bicara, tak sedar tapi jangan melampau.. sejahat mana pun mereka, seteruk mana pun mereka layan kita, n semiskin mana pun mereka, kerana mereka kita ada di dunia ni..


Beberapa tahun yang lepas, ayu sendiri pernah saksikan anak2 yang cakap dengan ibu bapa dengan cara tengking2, marah2...macam tak hormat.. keadaan diri ibu bapa pun tak begitu di pentingkan..ayu pelik, kenapa camtu? bila orang muda yg sakit, risau, cepat2 bawak gi klinik, tapi orang tua sendiri yg sakit? buat tak endah je..bila dah teruk baru kelam kabut nak ke sana, ke sini nak gi hospital.. Tuhan saja yang tahu betapa hati ni melonjak2 kesedihan n rasa nak marah pada insan yg bergelar 'anak' tu..tak boleh ke cakap elok2? tapi apa kuasa ayu nak menegur sebab ayu bukan siapa2 dalam keluarga tu..orang luar..tapi kalau diri ni kuat...mungkin bole..



tapi sekarang si ibu telah tiada. Pergi menyambut panggilan Ilahi.. Moga Arwah di letakkan di kalangan orang2 beriman. Kini, hanya tinggal si Ayah yang meneruskan sisa2 hidup yang masih berbaki.. Mudah2an si Ayah mendapat kebahagiaan yang sepatutnya.. Amen..



"Ya allah SWT, jadikanlah aku anak yang sentiasa di dambakan oleh ibu bapa, yang dapat berbakti sehingga ke hujung dunia." amen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...