background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Friday, December 23, 2011

Anniversary Day (22 Dec 2011)

Usia Makin Meningkat..itu la ungkapan yang paling sesuai, tp bukan untuk usia diri tapi usia perkahwinan Ayu n Saifful. Alhamdulillah rumahtangga kami berjalan dengan baik walaupun sepanjang 4 tahun ianya berjalan penuh dengan dugaan, cabaran, susah n senang.. tapi kalu nak di kira dari kematangan, ia masih terlalu awal..masih banyak liku2 hidup berumahtangga n pahit maung yang kami lum lalui.. mudah2 semuanya dapat kami tempuhi dengan lancar dan dgn iringan keberkatan Allah SWT.
Sebagai tatapan kenangan sepanjang 4 tahun...

Tanggal 22 Disember 2007 di Kg. Beruas

Alhamdulillah kami selamat di ijabkabulkan..

"Aku terima nikahnya..."

Saifful dan Rahayu dalam ikatan yang sah..

'Honeymoon' kami di Pulau Tioman pada 5 Feb 2008

Alhamdulillah setelah setahun menunggu, aku disahkan mengandung..
tanggal 9 okt 2009 di Hosp Batu Pahat,
aku selamat melahirkan seorang puteri yang di beri nama
Siti Nur Insyirah Binti Saifful.

Puteri kami kena sakit mata yang teruk..kuman telah merebak dan menyebabkan matanya bengkak dan mata kabur. tapi alhamdulillah pelbagai usaha dilakukan ia sembuh dalam masa 3 minggu

Sepanjang tahun ogos 2008 hingga Ogos 2011, aku dan suami bergelar pelajar. berusaha mencari ilmu.. sepanjang 3 tahun ni, pelbagai dugaan dan cabaran yang kami terima.. alhamdulillah Allah SWT sentiasa bersama kami..

Buah hati kami yang disayangi, Siti Nur Insyirah yang kini dah berusia 2 tahun 3 bulan...
'We love u Sweetheart'

Dan kini....
Aku telah kembali berkerja, mencurahkan ilmu pada anak didik..
Aku dan suami kini berjauhan demi mencari rezeki.
Semoga Allah SWT menguatkan CINTA kami dan sentiasa mekarkan CINTA yang kami bina..dan dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah..
Moga cepat2 kami dapat kembali dekat dan hidup bersama hingga ke akhirnya...

2 comments:

zu said...

happy anniversary ayu...walaupun terlambat ucap, hope kebahagiaan sentiasa mengiringi awak n family setiap detik. moga dimurahkan rezeki n dilimpahi rahmat yg melimpah ruah...

zu said...

alhamdulillah...tahniah...happy anniversary yg ke 4...moga kekal berbahagia selama-lamanya...walaupun terlambat wish, hope hubungan suami isteri ini dilimpahi rahmat yg melimpah ruah dan dilindungi Allah senantiasa...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...