Dari Ibnu Umar, katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda “ Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci, maka malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun, nescaya malaikat itu akan berucap ‘ Allahummagfir li’abdika fulani fainnahu bata thahiran .
SOLAT MALAM
Dari Abdillah bin Amr bin Ash, katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Dari Abdillah bin Amr bin Ash, katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Dawud; dan puasa yang paling dicintai oleh Allah adalah puasa Dawud, iaitu ia biasa tidur sampai tengah malam, lalu ia bangun selama sepertiga malam dan tidur lagi selama seperenam malam;dan ia puasa sehari, kemudian berbuka sehari.”(Bukhari & Muslim)
Dari Jabir, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya pada malaikat itu ada suatu saat, bila seseorang muslim bertepatan dengan waktu itu, lalu ia memohon kepada Allah Taala kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat pasti Allah akan berikan kepadanya dan waktu itu adalah setiap malam .” ( HR Muslim )
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Mudah-mudahan Allah merahmati seseorang yang bangun di malam hari, lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan, ia percikkan mukanya dengan air. Dan mudah-mudahan Allah merahmati seseorang perempuan yang bangun di malam hari. Lalu dia bersolat dan membangunkan suaminya. Apabila ia enggan, ia percikkan air ke mukanya .” ( HR Abu Dawud dan lafaz ini ada pada sisinya )
Juga diriwayatkan Nasa’i, Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim juga diriwayatkan oleh Thabrani dari Abi Malik Al Asy’ari dengan isi yang semakna .
Dari Abdullah katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Kelebihan solat sunat malam disbanding dengan solat sunat siang seperti kelebihan sedekah sembunyi-sembunyi dengan sedekah terang-terangan .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )
Dari Sahal bin Sa’id , ia berkata : Jibril dating kepada rasulullah s.a.w lalu dia berkata “ Wahai Muhammad ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah ada pada solat malamnya dan keperkasaannya ada pada sifat menahan diri dari meminta-minta kepada orang lain .”
( HR Thabrani dari kitab Ausath dengan sanad hasan )
Dari Abdullah bin Qais, ia berkata : Aisyah berkata : “ Janganlah engkau tinggalkan solat malam, kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkannya dan bilamana baginda sakit atau dalam keadaan payah, baginda solat malam dengan duduk .”
( HR Abu Dawud dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )
MEMBACA AL-QURAN DI MALAM HARI
Dari Iyas bin Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Haruslah dikerjakan solat, walaupun lamanya seperti orang yang memerah susu kambing dan solat yang dilakukan setelah solat Isyak itulah yang dinamakan solat Lail .” ( HR Thabrani )
Dari Abdullah bin Umar bin Ash, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa membaca sepuluh ayat Al-Quran, maka dia tidak akan dicatat menjadi golongan orang-orang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat maka ia akan dicatat menjadi golongan orang-orang patuh, dan barangsiapa membaca 1000 ayat maka ia akan dicatat menjadi golongan orang-orang yang mendapat rahmat yang banyak sekali .” ( HR Abu Dawud dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )
Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hiban tetapi pada sisi beliau dikatakan : “ Barangsiapa yang membaca 200 ayat maka dia akan dicatat menjadi orang-orang yang mendapatkan rahmat yang banyak sekali .”
Dari Umar bin Khatthab, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa tertidur dari membaca Al-Quran atau dari sesuatu, lalu ia membacanya di waktu antara soalt Fajar dan Zuhur, maka dituliskan untuk dirinya seolah-olah ia membaca seluruh Al-Quran itu di malam harinya .” ( HR Muslim dan Ashhabi Sunan )
SOLAT DUHA
Dari Abu Hurairah, ia berkata : “ Sahabat karibku berpesan kepadaku untuk puasa sehari pada setiap bulan; dan solat 2 rakaat pada waktu Duha; serta melakukan solat Witir sebelum aku tidur .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dan dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dikatakan : “ Aku tidak pernah meninggalkan perbuatan-perbuatan tersebut, dan pada lafaz itu juga ia disebutkan ‘ dan aku tidak pernah meninggalkan solat Duha, kerana solat Duha ini adalah solat orang-orang bertaubat .”
( HR Muslim dari Abi Darda’ seperti hadith yang pertama tersebut )
Dari Abbas, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Wahai bapa saudara, mahukah engkau aku beri, mahukah engkau aku beri, mahukah engkau aku beri ? Mahukah aku ajarkan kepadamu 10 hal yang apabila engkau lakukan hal itu, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang dahulu mahupun yang kemudian, yang awal mahupun yang akhir, baik kerana kekeliruan mahupun kerana kesengajaan, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun terang-terangan. Sepuluh macam sifat itu ialah engkau solat 4 rakaat, pada tiap rakaat engkau membaca Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membaca pada awal rakaat, maka pada rakaat awal ketika engkau masih berdiri, maka bacalah “ Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar “ ( Maha Suci Allah, segala puji hanyalah milik Allah, tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar ) 15 kali, kemudian engkau rukuk, dan dalam keadaan rukuk engkau membaca, 10 kali, kemudian engkau bangkit, mengangkat kepalamu dari rukuk dan engkau mengucapkan doa itu 10 kali, kemudian engkau menunduk sujud, lalu mengucapkan bacaan itu 10 kali di waktu sujud, kemudian engkau mengangkat kepala dari sujud dan mengucapkannya, 10 kali kemudian engkau sujud dan mengucapkannya lagi 10 kali, kemudian engkau bangkit mengangkat kepalamu dari sujud dan engkau mengucapkannya 10 kali , dengan demikian berjumlah 75 kali setiap rakaat. Engkau lakukan.
SOLAT TAUBAT
Dari Abi Bakar Siddiq, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak seseorangpun telah melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mahu bersuci, lalu ia solat, melainkan pasti Allah akan memberikan ampun kepadanya.” Kemudian baginda membaca ayat ini “ Walazina iza fa’alu fahisyatan wa zalamu anfusahum zakarullah ” ( mereka itu apabila melakukan perbuatan zalim atau menzalimi diri mereka, lalu mereka mengingati Allah ) .
( HR Ashhabi Sunan dan dihasankan oleh Tirmidzi, disahihkan oleh Ibnu Hiban )
Dan pada ibnu Hiban disebutkan : “ Kemudian ia solat 2 rakaat .” begitu juga Ibnu Khuzaimah, telah mensahkan hadith ini




No comments:
Post a Comment