background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Wednesday, May 27, 2009

Tip-tip persediaan menyambut cahayamata

Bagi menyambut kelahiran cahayamata, pelbagai persediaan perlu dibuat. Biasanya bakal ibu dan bapa lebih menumpukan kepada persediaan barangan keperluan bayi manakala persediaan ibu dan bapa sering diabaikan. Dan kadang-kala hanya selepas bersalin baru membeli barang si ibu. Namun sebenarnya yang paling penting ialah persediaan fizikal, mental serta keperluan ibu itu sendiri selain keperluan bayi anda. Kehadiran cahayamata amat dinanti tetapi jika tidak bersedia tentu menjadi pengalaman yang sukar bagi anda.


Tentu anda tertanya apakah yang diperlukan?

Dapatkan tip ringkas di bawah ini

Tip-tip persediaan menyambut cahayamata


1. Beli barangan keperluan ibu dan bayi

Barangan boleh mula dibeli ketika mengandung 6 bulan ke atas dan sebaiknya sebelum 9 bulan. Kelahiran biasanya boleh terjadi 2 minggu awal dari tarikh jangkaan.
Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli agar tidak tertinggal (sila dapatkan disini).
2. Persediaan mental dan fizikal

Banyak bertanya dengan doktor, ibu bapa atau beli buku panduan.
Hadiri kelas ante-natal yang disediakan oleh sesetengah hospital.
3. Senarai nama hospital untuk bersalin (sila dapatkan di sini)

Pastikan anda telah mula membuat pemeriksaan pada bulan ke 8 di hospital pilihan anda. Biasanya pihak hospital swasta menetapkan syarat 2 atau 3 pemeriksaan terakhir mesti dibuat di hospital berkenaan.
Bagi hospital kerajaan pemeriksaan perlu dibuat dari bulan ke 4.
4. Beg ke hospital
Sediakan beg ke hospital (boleh juga letakkan di dalam kereta) bermula bulan ke 8 mengandung atau lebih awal.
5. Jika anda mempunyai anak, pastikan anda mempunyai tempat tinggal/penjaga untuk menjaga anak anda ketika ke hospital.

Anda mungkin bersalin pada waktu malam dan pasti anda tidak mahu bawa anak bersama anda.
6. Simpan duit dari awal jika anda ingin bersalin di hospital swasta(bagi mereka yang tiada tanggungan dari pihak majikan) atau untuk kecemasan.

7. Cari orang untuk menjaga anda ketika pantang samada ibu atau pembantu.

8. Bagi Ibu bekerja perlu dapatkan tempat penjagaan bayi anda


Memahami kehendak sebagai ibu bapa baru, kami menyediakan pelbagai barang keperluan untuk anda dan si penyeri. Anda boleh mendapatkannya barangan bayi, barangan ibu atau barangan tradisional di kedai kami.

Belian boleh dibuat secara online atau datang ke kedai kami.

Selamat membuat persediaan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...