Fathiah Kemenangan
Nama ini umumnya nampak ringkas sahaja. Namun, ia mempunyai pengertian yang sangat luas. Sesuai dengan ertinya yang membawa maksud kemenangan. Semoga anak sentiasa mencapai kemenangan di dalam setiap cabaran dan persaingan yang dihadapinya.
Fathinah Uzma Bijaksana/terbaik
Anak yang memiliki nama ini, mempunyai motivasi diri, tangkas berfikir dan cepat memahami sesuatu perkara. Petah dan bijak berkata-kata.
Fatin Sahira Menarik/mempesonakan/memikat hati
Seorang anak yang lincah dan mempesonakan mata yang memandang. Apa lagi jika ibu bapa dapat mendidiknya menjadi anak yang baik. Lebih dapat memikat hati dengan akhlak baiknya. Itulah penghibur dan permata hati ibu bapa.
Faiqah Faqihah
Paling baik/pintar
Seorang anak yang diharapkan kebaikan daripada dirinya. Kebaikan yang ada pada dirinya menyebabkan ia disukai oleh kawan-kawan dan dapat memberikan contoh teladan yang baik pada masyarakat sekeliling. Pintar dan pandai berdikari dalam mengurus dan mengatur program kehidupan diri.
Fakhirah Shakila
Kebanggaan/cantik
Kecantikan yang ada pada anak bukanlah untuk dijadikan bahan kebanggaan. Malahan kecantikan itu lebih bererti sekiranya disertai dengan cantiknya budi pekerti yang dididik oleh kedua-dua ibu bapa. Biarlah anak memiliki kecantikan zahir dan juga pada batinnya. Berwajah cantik menjadikan anak lebih patuh dan tunduk terhadap Tuhan yang menciptakannya. Bersyukur selalu sebab Allah melebihkan wajahnya.
Farzana
Bijaksana
Nama ini selain semangnya amat bersesuaian dengan seorang anak perempuan. Anak bukan sahaja bijak, tetapi memiliki budi bahasa yang menjadi daya tarikan kepada orang lain.
Fasihah
Pandai bercakap
Anak yang diberikan dengan nama ini akan menjadi seorang yang bijak dan pandai dalam berkata-kata. Terutamanya fasih dalam membaca al-Quran dan mahir berpidato.
Fatimah
Nama yang cukup terkenal kerana dia seorang anak nabi. Tetapi tidak pernah mengambil kesempatan dengan kemasyhuran yang dimiliki oleh ayahnya. Tetapi menjadi seorang yang merendah diri dan menguruskan kehidupan tanpa mendapat apa-apa keistimewaan kerana itulah didikan ayahandanya.
Fathiyah
Kelapangan
Anak yang sangat pandai menjaga kekemasan diri. Seorang yang baik dan mudah diterima di dalam pergaulan bersama dengan rakan-rakannya. Juga sangat berahsia orangnya.
Firuz
Yang indah
Nama yang mudah terkenal suatu masa nanti. Terkenal juga dengan budi pekertinya yang bersopan santun. Hatinya mudah ditarik untuk melakukan perkara-perkara yang baik.
Fazila
Ulung, jujur, cemerlang
Fariha
Bahagia, kesenangan
Faiqa
Ulung, masyhur, terkenal, unggul




No comments:
Post a Comment