Damia Lutfiah Kebijakan, kelembutan
Anak bukan sekadar bijak tetapi memiliki kelembutan yang menawan hati sesiapa yang memandangnya. Bijak dalam mengatur hidup, lembut dalam ketegasan. Tidak mudah diperdayakan oleh sesiapa yang ingin mempermainkan dirinya.
Dayana Batrisya Gagah perkasa/cerdik/pintar
Seorang yang memiliki nama ini akan menjadi terkenal, berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. Hatinya cekal dan gagah dalam membina dan mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Sifat-sifat baik yang dimilikinya, memudahkan ia membina karisma diri.
Dalili Fahimah Pemimpin/yang bijak
Ibu bapa memang mengharapkan anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.
Dhia Syarafana Cahaya/kemuliaan
Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.
Diyanah agama
Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.
Dalili Pemimpin
Seorang anak yang sangat tabah dalam mengharungi kehidupan.
Dahimah Kuat, tangkas
Anak yang tangkas dan kuat dalam membina kehidupannya. Dia memiliki hati yang cekal.
Dahiyah Pintar
Seorang anak yang cerdas dan pintar. Jika diasuh dengan betul memudahkan dirinya untuk mencapai kejayaan gemilang.
Dafinah Kekayaan tersembunyi
Kekayaan yang tersembunyi ialah bila ibu bapa mempunyai anak-anak yang boleh diharapkan.
Dayana Yang gagah perkasa
Kehebatan yang dimiliki, menjadikannya hamba Allah yang lebih banyak bersyukur dan tawadhuk.




No comments:
Post a Comment