background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Friday, December 9, 2011

Hargailah mereka...

Ibu n Bapa...
Rasa2 korang siapa diorang ni pada korang?
Kalau dikira2 pengorbanan diorang ni dari masa korang dari dalam perut lagi sampai sekarang dah besar panjang...cukup tak dengan balasan yang korang bg?
tak cukup kan...?
kadang2 korang nampak ibu bapa korang ni sentiasa happy je, xsusah pun..
Tapi ketahuilah..terlalu banyak yang diorang sorokkan perkara demi menjaga hati korang, kerana sayangkan korang..
Boleh di katakan, sebanyak mana pun korang lakukan demi membalas jasa2 diorang ni...memang takkan terbalas...
kerana mereka lah korang dapat hidup bernafas kat dunia ni...
kalau tidak kerana sayang, korang takkan ada di dunia ni..
jangan la korang menghancurkan hati mereka ni..jagalah hatinya selagi mereka bernyawa..

Pagi tadi sambil2 sarapan kat rumah sebelum gi keje, aku tengok program 'Sehiris Peria, Secawan Madu' oleh Ustazah Asni Mansor.. kali ni dibuat kat rumah kenangan di JB, rumah orang tua2. terasa sedih n sayu sangat bila lihat n dengar luahan hati ibu2 n bapa2 yang tinggal kat rumah kenangan ni.. mereka semua terlalu rindukan anak2 mereka yang jarang sekali menjenguk n ada jugak yang langsung tak datang, sepi tanpa berita...


ada yang anak2 sanggup tolak ibu bapa ke tepi, semata2 kerana harta...Terasa nak mengalir air mata ni..



"Ya Allah SWT, jauhkanlah aku dari perkara2 camni..hindarkan aku darinya.. Jadikanlah aku, suamiku, anak2ku, adik2ku anak yang solehah yang sentiasa meletakkan ibu bapa sebagai raja dan permaisuri di hati" amen..



Terus terang ayu katakan yang hati ayu ni mudah sangat tersentuh bila sentuh soal anak2 yang tak hormat ibu bapa...walhal kalau ahli keluarga sendiri pun kalau ada yang menengking or tak hormat orang tua, ayu sendiri akan cakap n marah orang tu..memang kita ni manusia biasa..kadang2 terlanjur bicara, tak sedar tapi jangan melampau.. sejahat mana pun mereka, seteruk mana pun mereka layan kita, n semiskin mana pun mereka, kerana mereka kita ada di dunia ni..


Beberapa tahun yang lepas, ayu sendiri pernah saksikan anak2 yang cakap dengan ibu bapa dengan cara tengking2, marah2...macam tak hormat.. keadaan diri ibu bapa pun tak begitu di pentingkan..ayu pelik, kenapa camtu? bila orang muda yg sakit, risau, cepat2 bawak gi klinik, tapi orang tua sendiri yg sakit? buat tak endah je..bila dah teruk baru kelam kabut nak ke sana, ke sini nak gi hospital.. Tuhan saja yang tahu betapa hati ni melonjak2 kesedihan n rasa nak marah pada insan yg bergelar 'anak' tu..tak boleh ke cakap elok2? tapi apa kuasa ayu nak menegur sebab ayu bukan siapa2 dalam keluarga tu..orang luar..tapi kalau diri ni kuat...mungkin bole..



tapi sekarang si ibu telah tiada. Pergi menyambut panggilan Ilahi.. Moga Arwah di letakkan di kalangan orang2 beriman. Kini, hanya tinggal si Ayah yang meneruskan sisa2 hidup yang masih berbaki.. Mudah2an si Ayah mendapat kebahagiaan yang sepatutnya.. Amen..



"Ya allah SWT, jadikanlah aku anak yang sentiasa di dambakan oleh ibu bapa, yang dapat berbakti sehingga ke hujung dunia." amen

Wednesday, December 7, 2011

Testing VCO + Collagen

Salam untuk semua..

Ni nak berkongsi cerita sket pasal sesuatu yang ayu makan sekarang ni. pasal minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil). sebenarnya kalau ikutkan hati, segan nak bercerita pasal ni. bukan apa, selain memang ayu ni seorang penyegan, takut bila cerita2 ni, tetiba negatif lak keputusannya.. hurm..maaf ek..bukan pasal ada bertambah ahli keluarga sorang lagi tapi hasil bila makan VCO ni.


Virgin coconut Oil, VCO


Minyak kelapa dara ni sebenarnya dah lama ayu jumpa, awal2 keluaran minyak ni yang baru nak menginjak naik dulu. dah banyak orang yang promote2 ayu supaya cuba makan..lepas lebih kurang 2 tahun baru rasa keinginan nak cuba makan minyak kelapa dara ni. ayu cuba cari n nak beli dari produk HPA tapi bila pergi stokis nya, dah habis..(nampak sangat memang bagus produk ni).. so, berbulan2 gak ayu mencari2 minyak kelapa dara ni untuk di makan. puas mencari, lastly terbaca n nampak testimonal dari facebook wife seorang sahabat ni..bila baca, banyak sangat feedback yang positif pasal produk catalyst (vco + collagen) ni. kebetulan lak masa tu baru nak dapat gaji penuh, apa lagi. ayu try la beli n makan produk ni.. Nak tahu hasilnya..?


Ni set yang ayu makan.. mudah2n.. amen

Ni just untuk berkongsi je..hasil sepenuhnya belom lagi. tapi sikit2 perubahan tu dah nampak. tapi tak tau la orang lain perasan ke tak kan..sekarang ni baru nak masuk 2 minggu ayu makan n gunakan product catalyst ni.memang sedap rasa nya... 3-4 hari makan, dah rasa perubahan. kulit muka dah kurang berminyak yang melampau dan tak kering..liang-liang roma dah semakin mengecil..muka pun rasa makin berseri..(betul kew?) wah....mudah2n ianya berpanjangan..sebelum ni ayu memang jenis susah nak bertahan lama makan benda2 camni..kawan2 ayu pun tahu. hehehe. tapi lepas n ada perubahan positif ni..rasa semangat la nak teruskan...

sekarang ni badan rasa ringan sket n kurang letih. walaupun berat badan lum turun2 lagi tp apa yang ayu pegangkan dalam diri, ayu kena teruskan jugak makan sebab mungkin kesan untuk turun berat badan ni amik masa yang lama memandangkan ayu ni jenis gemuk isi (bukan gemuk air yang senang nak turun).. setiap orang jangka masa perubahan kan bergantung pada tahap metabolisma diri masing2..mudah2n pasni ada lagi perubahan yang positif..

Monday, December 5, 2011

Ragam manusia

Ragam manusia..macam2 adakan..yang suka ambil tahu hal orang, yang xsuka amik tau, yang seolah2 mcm xde perasaan pun ada, yang prihatin, yang low profile, yang suka paksa, yang xkisah, yang baik, yang jahat…banyak kalau nak di senaraikan..kalau di kira sepanjang aku kerja ni, start dari di politeknik dulu sampai la sekarang ni di kk..lagi banyak orang yang aku jumpa yang ragamnya memang lain..mungkin jugak disebabkan factor tempat keje, suasana, n macam2 la..kat sini semuanya kalau di lihat majority semua macam buat hal sendiri je..macam tak de feel sangat. Kalau ada pun, diorang tak tunjukkan sangat..tapi kalau korek2 n selidik betul2, tak semua macam tu..keramahan diorang semua ni lain..
Aku pun tak tahu macam mana kehidupan aku di masa akan datang di sini nanti..terlalu banyak perkara yang aku kena belajar, kena biasakan diri, kena ubah n macam2 la..memang seronok bila nak belajar perkara baru tapi, keadaan di sini berbeza..mungkin jugak sekarang ni otak aku ni dah lembab sket kot..entah la..kadang2 terasa diri ni perlukan sokongan orang sekeliling.. keseronokan nak mengajar pun kurang..macam mana tu..?bahaya kan..dah la aku ni bukan orang terror or kreatif, sebelum nak sambung keje, aku semangat bukan main..macam2 idea yang aku nak curahkan n ajar murid2 aku nanti tapi tup..tup datang sini, semangat makin lama makin kurang.. aku tak dapat nak curahkan ilmu ni..yang dapat aku curahkan hanya sedikit.. tp walaupun camtu, aku tetap cuba cari kaedah lain. Aku buat blog, untuk semua xkira usia or untuk apa..tp rasa gak macam tak mencapai sangat tujuan aku sebenar..
Ok la..sebenarnya banyak benda yang aku nak curahkan kat sini tapi tak dapat nak keluarkan semua..moga2 semangat aku akan pulih lepas ni..

Rona kehidupan

Dah lama tak duduk pejabat..arini takde kelas, so pikir2 lepak kat pejabat aje la.. bukan apa tak nak lepas pejabat, sini takde intenet (alas an..), keje apa pun takde nak buat. Tu yang malas nak lepak pejabat..dah beberapa minggu bila bukan watu kelas pun aku lepak kat makmal CAD, sambil jenguk2 budak2 uat keje, aku main intenet, update blog n tanda tugasan budak2.. kat pejabat dah tak masuk..klau masuk pun, pagi je kejap lepas thump print tu..duduk pejabat 5 minit, terus keluar gi kelas. Ni baru dua jam duduk kat pejabat, aku dah menguap2 da..ish..apa la nak buat ni..
Ok la..dua bulan yang lepas insyirah masuk dua tahun..tapi kali ni sambutan di buat kat kampong di Pekan. Masa umur setahun tu pun tak sambut pun. Aku Cuma memasak sket n bagi jiran2 jer.. tapi kali ni sebab family ada, aku buat special sket. Beli kek secret resipi indulgent n buat cheese kek untk insyirah. Pastu goreng mee..asalnya nak buat pagii ahad (9 okt 2011) tp dengan abah insyirah nak balik hari tu, di awalkan sket, buat sabtu malam ahad tu..Cuma tok abah insyirah la yang tak de..keputusan mengejutkan, tp terpaksa la..panggil sedara dua hingga tiga keluarga, pastu uat doa selamat sket n potong kek.. lepas potong, awal2 simpan dulu untuk tok abah insyirah..kesiankan, tok abah nya takde.

insyirah 2 tahun

Bila dah genap insyirah dua tahun ni, macam2 la kerenah yang keluar…tapi yang bagusnyer..insyirah dah tak nak pakai pampers..ni tok ummi la yang ajar. Mana tak nyer, punggungnya asyik naik merah2 mcm ruam bila pakai pampers..tapi nasib baik la lepas dua kali ajar, insyirah dah pandai gtau kalau nak buang air kecil or besar..Cuma masa tido je pakaikan pampers untuk dia..tp dah beberapa minggu ni, bangun tido je, “ummi, nak kencing..”jadi, pampersnya kering..dah dapat jimat untuk duit pempers. Alhamdulillah..
Sekarang ni pulak, dapat satu perangai yang baru..manja lebih..dah hampir dua minggu ni..manjanya macam mana? Haa…kalu pagi sampai petang, kan ummi nya ni gi keje. Masa gi keje pagi2 tu, ins lom bangun so, ok lagi la. Ni masa aku balik keje..ins Nampak aku balik, biasala, melompat2 la dia..aku masuk rumah je, lom letak beg or barang2, ins da merengek2 da..nak ikut la (xtau ikut gi mana..?), nak dukung la..bole katakana dia tak nak bjauhan walaupun seinci dengan aku..anggota badan dia mesti bsentuhan dgn aku..aku nak solat pun sama.so, dia baring la sebelah tempat aku solat tu, asalkan dia Nampak muka aku n sentuh badan ni..ish… kalu duduk, mesti sentiasa atas riba, or klu dia baring, aku mesti baring sama ataupun tangan aku mesti pada badan dia… nak gerak pun tak bole..makin manja budak kecik ni sorang..tp mungkin jugak sebab ins merindui abahnya sebab memang tiap2 malam ins tanyakan abahnya n mintak kol sebelum tido.. hujung minggu baru2 ni (3 n 4 dec) abahnya ada balik..suka bukan main.. macam mana la nak tambah lagi sorang ni..yang sorang ni dah manja sangat ni..


muka manja lepas pekena ciuman syg dr ummi

14 nov 2011 2.16pm

Masa hanya tinggal 24 minit je lagi..meeting unit sps…ni first time aku masuk meeting unit ni. Hurm…dah masuk bulan keempat aku berkhidmat kat kk ni..tp belum sampai empat bulan lagi… semuanya ok kat sini..majoriti diorang kat sini semua macam kawan2..xkisah la org tu orang atasan ke, orang bawahan ker..semuanya sama. Yang membezakan hanya tugas n keje diorang jew..bagus la..seronok gak aku tengok. Tp aku masih macam malu2 n segan lagi kat sini walaupun aku perasan sangat2 aku tak perlu rasa camtu..orang2 kat sini tak macam aku kat tempat lama duli..diorang sini semua ‘berdikari’ dan tak suka sangat masuk campur hal orang lain..
Sekarang aku kena belajar macam2 kat sini..sebagai penambahan ilmu n untuk masa depan aku jugak..banyak benda yang aku bole bljr kat sini..tu hikmah aku dapat kk kuantan ni..Terima Kasih Ya Allah SWT.
Untuk satu permulaan yang baru, aku suruh adik aku ina, belajar berniaga.. kecil2n je secara online..mudah2an ada rezeki.. ni baru permulaan.. dengan modal yang sikit..sekarang ni masih tengah buat promosi… bila barang dah banyak nnt, baru buat promosi besar2n..moga Tuhan merahmati n mempermudahkan perjalanan urusan kami..amen..ok la..Jom gi Meeting..
………
Dah balik meeting. N nak tau pasal apa td? Meeting pasal jadual waktu n kelas2 untuk sem depan ni..aku n kak akmal pilih n dapat SMK2. Ajar budak2 pasal autocad. N mungkin aku akan jadi penasihat akademik budak2 SMK2 ni.. hurm…rasa macam aku ni masih banyak benda lagi yang tak tau lagi ni… keadaan n situasi kerja2 yang di lakukan di KK ni.. Ayu..rajin k…kena banyak tanya n rajin bkeje k..

Sunday, December 4, 2011

Aktiviti Petang

Salam untuk semua..nak tanya la, apa aktiviti korang petang2 di waktu lapang? aku sendiri lebih suka duduk rumah..rehat2 kan.. terpaksa la insyirah ikut kalu xde sesapa bawak dia jalan2..tp ada satu petang haritu, ins merengek2 nak gi taman..jadi sebagai ummi yg baik (cewahhh..)aku bawak la ins gi taman...dia nak main buai, gelongsor, n macam2 la..seronok bukan main dia..kami gi jalan kaki je.. dekat kan. sampai je taman, seronok bukan main..hehe.. nak tgu umminya bawak tiap2 petang susah kan.. ni la antara pic yang di 'snap' bersama2 dengan cik ina nya.. umminya tak masuk dlm pic xpe..janji anaknya ada..ok la..kita jenguk2 dulu k..

bersantai dalam gelongsor..hehe
seronok bukan main...
cik ina pun nak posing gaks..
ins pun dah pandai tunjuk2 harta benda awam yg di conteng..
main ni pulak...
buai laju2...sampai pokok sena..
cik ina pun nak join...jeles
Antara penyebab kerosakan harta awam...ish...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...