background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Tuesday, June 2, 2009

Adakah cinta memerlukan sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.

Ini dialog merekaIsteri :

Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!

"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... iaboleh dirasai dalam hati."

Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat", iaitu :

1) Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

2) Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

3) Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

4) Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

5) Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

6) Orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

Renungan: Dosa meninggalkan solat
*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.

*Meninggalkan fardhu Zohor:
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

*Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali k.w. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.

Rahsia memotong kuku..
RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Bot



ni pic masa kat muar gak..masa naik bot nak pusing-pusing bandar muar.. kalu tak silap tambangnya sorang 10 ringgit..

Raja buah



erm..ni masa gi jalan-jalan kat muar.. bila asyik duduk rumah je kan bosan..ni sempat amik pic dengan raja buah..

Alhamdulillah


Ni pic sebenar ifrina batrisyia masa umur kira2 dalam 10 hari dalam bilik baby

sekarang ifrina dah keluar dari bilik kuarantin.. ibunya dah boleh bagi susu sendiri.tp org lain masih tak dapat tengok lagi dan baby masih tak boleh bawa balik..kena tunggu baby cecah berat 1.8 kg. sekarang baru 1.55kg..naik beratnya tiap-tiap hari lebih kurang 0.025 kg jer. sikit sangat..

saya tengok ifrina ni buat saya rasa tak sabar lak nak baby..tapi kena sabar..lagi beberapa bulan jer..tak lama dah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...