background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Tuesday, June 2, 2009

Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat", iaitu :

1) Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

2) Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

3) Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

4) Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

5) Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

6) Orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

Renungan: Dosa meninggalkan solat
*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.

*Meninggalkan fardhu Zohor:
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

*Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...