background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Monday, June 2, 2008






Friday, May 23, 2008

FUNGSI ZIKIR

Zikir mempunyai beberapa pengertian, antaranya ia bererti “ingat”. Ketika kita berdiri, duduk, berbaring, makan, minum, berehat, bekerja dan seumpamanya mengingati sedetik kepada Allah, itu adalah zikrullah. Perbuatan itu adalah paling terpuji di sisi Allah, kenapa? Kerana Allah menciptakan manusia dan melengkapkannya dengan akal dan ingatan yang tujuan utamanya adalah untuk mengingatinya. Orang sebegini mempunyai kesedaran yang amat tinggi punya akal dan pemikiran yang sihat dan segar. Sebaliknya amatlah keji di sisi Allah manusia yang dilengkapkan alat peringatan tetapi tidak ingat akan Allah. Rahmat serta nikmatnya tetapi yang diingati adalah anak isteri, harta, rumahtangga, kerja, makan minum serta perkara yang dapat memenuhi selera nafsu dan keinginan semata.
Selain dari zikir juga bererti "sebut”. Bila seseorang ingat akan Allah lalu dari mulutnya keluar suara atau perkataan yang membesar, memuji atau mensucikan Allah. Maka suara, perkataan penyebutan itu juga dinamakan zikrullah. Lima kalimah yang amat ringan tetapi amat disenangi oleh Allah dan disukai olehNya ialah Subhanallah, Alhamdulillah. La Ilaha IIIallah. Allahu Akhbar. La Haula Wala Quwwata Iilah Billah. Menyebut kalimah-kalimah tersebut dengan penuh kesedaran keinsafan dan penghayatan merupakan amalan zikrullah yang akbar.
Seterusnya zikir bererti “merenungi dan mempelajari secara mendalam”. Bila kita membaca dan merenungi ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat Allah yang berupa alam yamg luas terbentang serta isi-isinya sampai kita merasakan kehebatan kebesaran keagungan Allah Rabbul Jalil apa lagi sampai ke tahap mengeluarkan airmata kesedaran, maka itu juga adalah zikrullah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari api neraka”.

BERSYUKUR TANDA KEHAMBAAN

Keimanan dan kesyukuran adalah lambang darjat ketakwaan yang tinggi di sisi Allah SWT. Insan yang bersyukur di atas segala limpahan nikmat telah dijanjikan oleh Allah SWT keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya hamba yang bersyukur terhadap nikmat Allah ialah hamba yang mengiktiraf dengan penuh keikhlasan dan keyakinan bahawa nikmat itu datangnya dari Allah SWT.
Seterusnya untuk membuktikan kesyukuran itu dijelmakan dalam kehidupannya dengan menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memaklumkan: Demi sesungguhnya jika bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azabku amatlah pedih".

Kenapa manusia megah dan sombong dengan kehebatan, kekayaan dan kemewahannya sehingga tidak pedulikan perintah Allah SWT. Lupa bahawa nikmat yang dimiliki kepunyaan Allah yang diberi pinjam buat sementara sahaja.
Kita melihat di dunia, Allah menimpakan berbagai-bagai malapetaka dan bala bencana, gempa bumi, ribut taufan, Thunami, penyakit dan berbagai-bagai lagi penderitaan adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri, ingkar untuk patuh, tidak tunduk dan taat terhadap perintah Allah SWT.

Dengan penuh keinsafan, marilah kita berazam memperbaiki kehidupan dengan menjadi seorang hamba yang memenuhi tuntutan Allah. Sentiasalah mencari kerdhaanNya dan keampunanNya.

DUGAAN HIDUP

erm...penat dah tulis panjang2 tadi tiba2 terhilang lak..

Dugaan..dugaan..dugaan..ni pun salah satu dugaan gak ni bila dah tulis panjang2 tiba2 hilang semua nya..

Dugaan yang DIA bagi tak kenal sama ada orang tu miskin ker, kaya ker, kecil ker, besar ker, cerdik ker, kurang cerdik ker, dato ker datin ker, tua ker, muda ker...apa2 pun dugaan dan cabaran yang datang tu adalah sebenarnya tanda kasih sayang dan ingatan Allah SWT pada kita.. saya bersyukur dengan dugaan yang DIA bagi pada saya walaupun kadang-kadang dugaan tu datang saya rasa berat..tapi sebenarnya dugaan dan cabaran yang hadir tu adalah bersesuaian dengan kudrat dan kekuatan diri kita..DIA takkan bagi dugaan yang melampaui kekuatan diri kita.

Dugaan..dugaan..dugaan.. sebenarnya dugaan tu adalah untuk menguji kekuatan diri kita, keimanan diri kita, kesabaran yang ada pada diri kita..ia datang bukan untuk melemahkan kita, bukan untuk menyusahkan kita...kebaikan, kelebihan sebenarnya menanti kita di kemudian hari..cuma datangnya kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat..tu yang menguji kesabaran tu..cuma bagi orang yang tak sabar jer yang akan rasa dugaan tu datang begitu membebankan dan menyusahkan diri..tak baik macam tu..

saya tak terlepas dengan semua tu..mujur saya ada seseorang yang menyayangi dan memahami diri ni..ummi dan keluarga sudah semestinya..tapi ni seseorang yang istimewa dalam hidup saya selain ummi dan keluarga..ia adalah suami saya sendiri..dia seorang yang sentiasa mengingatkan saya pada Tuhan yang Satu..yang sentiasa menegur jika ada kesalahan yang saya buat kerana lalai, leka..saya begitu bersyukur sekali kerana mendapat suami seperti dia.. terima kasih Allah SWT kerana Engkau menganugerahinya kepadaku..semoga Engkau tidak melalaikan dan melekakanku dalam menjalani kehidupan di dunia ini..

Abang...i luv u so much kerana Dia..moga kita bahagia bersama hingga hujung dunia yang fana ini.bersama-sama dengan keberkatan, keimanan pada Tuhan yang Satu..

Wednesday, May 14, 2008

NO TITLE

TRUE LOVE IS OUT THERE..TREASURE IT..

honeymoon

pandainya renangg




hehehe
abanggg
peace
start to swim
swiming

jeti tekek 1
welcome
selamat datang
suasana taman laut Pulau Tioman
di taman laut


haii
my lovely husband
my husband
hello
i luv u




Bilik tidur
102
tepi pantai tekek
peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...