background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Friday, May 23, 2008

BERSYUKUR TANDA KEHAMBAAN

Keimanan dan kesyukuran adalah lambang darjat ketakwaan yang tinggi di sisi Allah SWT. Insan yang bersyukur di atas segala limpahan nikmat telah dijanjikan oleh Allah SWT keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya hamba yang bersyukur terhadap nikmat Allah ialah hamba yang mengiktiraf dengan penuh keikhlasan dan keyakinan bahawa nikmat itu datangnya dari Allah SWT.
Seterusnya untuk membuktikan kesyukuran itu dijelmakan dalam kehidupannya dengan menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memaklumkan: Demi sesungguhnya jika bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azabku amatlah pedih".

Kenapa manusia megah dan sombong dengan kehebatan, kekayaan dan kemewahannya sehingga tidak pedulikan perintah Allah SWT. Lupa bahawa nikmat yang dimiliki kepunyaan Allah yang diberi pinjam buat sementara sahaja.
Kita melihat di dunia, Allah menimpakan berbagai-bagai malapetaka dan bala bencana, gempa bumi, ribut taufan, Thunami, penyakit dan berbagai-bagai lagi penderitaan adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri, ingkar untuk patuh, tidak tunduk dan taat terhadap perintah Allah SWT.

Dengan penuh keinsafan, marilah kita berazam memperbaiki kehidupan dengan menjadi seorang hamba yang memenuhi tuntutan Allah. Sentiasalah mencari kerdhaanNya dan keampunanNya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...