background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Friday, January 6, 2012

Ketabahan menjaga anak istimewa

Ketabahan menjaga anak istimewa

Teks dan gambar Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

“SEBAGAI wanita berkerjaya, terus terang saya katakan perasaan malu dan rendah diri ‘menguasai’ diri apabila dikurniakan anak kurang upaya. Bagaimanapun, perasaan itu saya tepis dan kikis sedikit demi sedikit selepas mendapat nasihat daripada pihak kaunseling, doktor, ahli keluarga dan rakan karib.

“Hampir sebulan kemudian, baru saya berjaya mengatasi semua perasaan itu dan bermula dari detik itu, saya lebih bersedia menayangkan Alif Adam Mohd Asri dan tidak lagi malu untuk bercerita mengenai perkembangannya setiap kali bertemu sanak saudara dan rakan taulan,” ujar Norhayati Yusuf, 47.

Puan Norhayati Yusof
Mengenang kembali saat melahirkan anak bongsu daripada lima beradik itu yang kini berusia enam tahun, Norhayati tidak mengalami sebarang masalah sewaktu hamil dan doktor juga mengesahkan kandungannya selamat.


“Bagaimanapun, selepas melahirkannya, doktor bertemu suami (Mohd Asri ismail, 47) dan menceritakan semua keistimewaan anak kami dan meminta kami mencari sendiri jawapannya,” katanya.

............. Untuk bacaan selanjutnya, korang boleh baca KAT SINI



Korang nak tau tak kenapa ayu kongsi kat sini? sebenarnya ayu kenal orang yang bernama Norhayati ni..anak2 dia, suami dia.. semua ayu kenal. cuma nak cakap rapat sgt tu tak la kan..ayu n puan yati ni pernah satu pejabat, tempat keje, mengajar dalam satu kelas (kongsi subjek)..

nak cerita dari awal la ni..masa ayu mula2 masuk keje Ogos 2003, kebetulan ada meeting jabatan. ayu n kawan2 yang baru posting ni duduk la dua barisan yg paling belakang. kebetulan masa tu pn yati ni duduk belakang kawan ayu..bila ayu pandang dia, dlm hati ni bkata, ada sesuatu yg menarik pd org ni..

masa meeting sedang blangsung, (mungkin masing2 dah boring) puan yati ni melukis mukanya sendiri atas kertas. aku tnampak..wah...memang cantik n pandai sungguh dia melukis.. hati ni teringin nak kenal dia..

dengan izin tuhan, tahun 2004 ayu kena masuk unit senibina n bkongsi subjek dgn dia.. memang gembira la sebabnya dapat kenal dgn puan yati ni, n dpt belajar tentang senibina walaupun sebenarnya ayu ni budak civil. sepanjang hampir 5 tahun ayu kenal puan yati ni, dia memang seorang yang baik n penyabar..

walaupun ada marah2 student tu biasa la kan..untuk masa depan.. tapi puan yati ni jenis tak kedekut ilmu, suka menasihati, baik hati..terus terang la ayu katakan, bila ayu tengok muka puan yati ni, ia membuatkan ayu teringat kat ummi ayu. padahal mukanya xsama pun. xtau la kenapa..

untuk anak bongsunya yg bernama alif ni, walaupun dia budak istimewa, tapi cumil.. ayu suka main dgn dia.. sekarang dah lama tak jumpa sejak ayu sambung belajar n sekarang dah posting tempat baru di kolej komuniti..

masa belajar dulu ada gak ayu risik2 kat member pejabat (poli) pasal kawan2..ada jugak dengar cerita pasal puan yati ni..tapi sekarang ni bila terbaca artikel ni, rasa sayu, sedih bila baca..begitu tabah puan yati n keluarga menghadapi dugaan ni demi anak yg tersayang.

siapa tak sayangkan anak kan?sebagai ibu, sanggup uat apa saja untuk kebahagiaan n kesihatan mereka..walaupun ayu tak mengalami apa yg puan yati rasa, tapi ayu dapat rasa keadaannya macam mana..

Harap puan yati tabah.. moga alif menjadi anak yg soleh, yg akan menjadi seorang anak yg dapat menunggu ibunya di syurga nanti..







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...