background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Wednesday, September 7, 2011

Kehidupan Baru

Salam pada semua kawan2 n followers..

Sekarang ni baru masuk 5 minggu lebih aku berada di dunia baru ni..terlalu banyak perbezaan dengn tempat aku kerja dulu..tapi kat sini orang2nya semua baik..ramah2 n yang penting setakat ni aku tak nampak lagi ada yang suka berpuak2 n sombong meninggi diri.. terlalu banyak yang aku kena belajar kat sini..terasa macam ni la first time aku kerja sebagai pendidik..cara mendidiknya lain dari dulu..cara mendidik anak2 kat sini terlalu tenang n 'penyabarrrrr'..

kat sini selama seminggu kelas aku hanya ada tiga hari jer..selasa, rabu n jumaat..tu pun bukan dari pagi sampai petang..duduk dalam kelas pun pantau budak2 buat kerja je..mengajar pun hanya sikit2 (setakat ni aku lom start ngajar lagik..). nak mengajar pun rasa macam dah tak pandai..mungkin sebab bidang lain dari yang aku belajar dulu..mungkin yang ada persamaan pun hanya dalam 20%-30%jer..tapi apa yang aku nampak, DIA nak tunjukkan sesuatu kat aku..sesuatu yang amat bernilai di masa akan datang. tu yang aku rasa bertuah sangat dapat posting di sini..

ni aku sebenarnya baru sejam lebih habis kelas n pastu pergi rumah termuka oleh salah seorang staf SPS kat sini (Puan Syaizurahani). namanya cantik n sedap di sebut seperti orangnya yang baik n peramah..sentiasa tersenyum..uuu i like!! ni nak cerita sket pasal rumah akak ni..akak ni orang senibina..jadi kalu ikutkan memang tak pelik la kalu di fikirkan keadaan rumahnya..aku masuk2 je dalam rumah akak ni..wah...very simple decoration but nice n beautiful n feel comfortable...rumahnya teres dua tingkat tapi pandai akak ni menghiasnya..aku tengok pun jeles.. aku lom ada rumah lagi..tahap kesabaran dah kurang ni..tak sabar2 nak beli rumah sendiri. nak2 bila tengok keadaan rumah rakan sepejabat yang cantik2..pandai diorang menghias..tadi pun ingat nak snap pic rumah akak ni tapi segan lak ramai orang..kalu masa snap tu kameranya tak berbunyi xpe..ni tak..nak snap jew, berbunyi..habis semua orang tau nanti..jadi, tak dapat la nak tunjuk kat korang semua keadaan rumahnya..kalu nak jugak, kena mintak izin dengan tuan empunya..

ermm..ni baru permulaan aku dalam kehidupan baru ni..moga2 permulaan yang baik ni akan berterusan n berakhir dengan keindahan..now, i need to b patient to buy my own house..until next year..becoz now my pay slip still in half payment for until next two month.. ok la..nnt sambung lagi eh..harap2 korang semua enjoy dengan kehidupan korang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...