background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Friday, September 21, 2012

Making 'Biji Gajus'
















Family at Keratong in Aidilfitri

Original picture 

Edited


Cowboy Town at A'farmosa resort

Ni semua pic masa gi kursus PPK Lukisan Pembinaan Senibina kat A'Farmosa Resort Melaka.. Tiket masuk dalam Cowboy Town ni adalah sponsor dari pihak urusetia..kalu tak, memang tak merasa la masuknya.. cuma A'farmosa Water World je tak sempat masuk.. Mana taknya, sepanjang 10 hari berkampung kat sana, badan tak sihat, dengan demamnya, kepala sakitnya, macam-macam.. tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. banyak benda baru yang ayu belajar.. Apa lagi, jom tengok pic yang sempat snap..













Monday, August 13, 2012

Salam Aidilfitri

UCAPAN UNTUK SEMUA YANG MENGENALI DAN SELURUH UMAT ISLAM




Friday, August 10, 2012

Kembali lagi setelah menyepi..

Assalamualaikum wbt...
Dah lebih 4 bulan tak menulis kat entry ni..lama jugak tu..sekarang ni bulan Ramadhan n dah nak raya dah pun.. busy sangat la tu.. sibuk dengan handle kelas budak2 SMK, edit entry dalam blog satu lagi www.consturhome.blogspot.com (blog ni untuk maklumat2 berkaitan tambahan ilmu pengajaran n pembelajaran budak2 kolej komuniti). Baru sem ni la relax sket..n ni pun baru ada sikit mood nak menulis..

Ni blog satu lagi..

Di tambah dengan kehadiran insan baru dalam perut si ummi ayu ni.. alhamdulillah dah masuk 22 minggu.. Insyirah pun tak sabar nak tunggu adiknya keluar.. hehehe.. Insyirah pun dah makin besar sekarang.. mana taknya, ni kan dah tinggal kurang 2 minggu nak raya, masa bawak dia pergi jalan2 carik baju raya, mengalahkan budak dah besar mencarinya.. dengan excitednya...seronok gak kadang2 tengok..

Anak sulung kesayangan..

Hurm..sekarang ni dah tinggal 10 hari terakhir dah berpuasa.. sedar tak sedar, sekejap je masa berlalu. kita pun semakin berusia, anak-anak semakin membesar.. korang semua apa persiapan raya untuk tahun ni? ayu setelah hampir 4 tahun ber'cuti' memberi duit raya, jadi tahun ni nak menyediakan duit raya untuk anak, anak sedara..supaya bagi semangat kat diorang untuk berpuasa lagi tahun depan.. Mudah2an masih ada peluang untuk kita sama2 menemui dan merasai Ramadhan tahun depan.

Apa-apa pun, Selamat Berpuasa dan SELAMAT BERHARI RAYA untuk semua kenalan n rakan.. Berhati2 dalam perjalanan nanti ok..

Jumpa Lagi..

Monday, April 2, 2012

Rasa Gugup?

Salam semua, pernah tak rasa gugup? tak pernah? wah...memang bagus la korang ek.. bagi ayu, rasa gugup ni boleh katakan hampir setiap hari. nak tau sebab apa? Saya ni seorang pendidik, setiap hari berkerja perlu berhadapan dengan pelajar yang berumur 17 tahun ke atas yang mempunyai pelbagai macam perangai. walaupun tiap2 hari n korang rasa mungkin dah patut hilang rasa tu, tapi bagi ayu TIDAK! Kenapa? sebab nya setiap hari ayu memikirkan apa pengisian untuk hari2 yang masuk kelas tu..bukan setakat pengisian ilmu pengajaran tetapi motivasi diri jugak..

peribadi diri seorang pengajar juga perlu di jaga sebab kita menjadi contoh kepada pelajar dan jugak masyarakat sekeliling..  Dan satu lagi, ayu paling tak sukan bercakap di depan pentas dengan mikrophone. so, faham2 la..kalau kena memang gugup..sampai tido pun termimpi2. tapi dalam gugup tu alhamdulillah semua berjalan dengan baik..

kebetulan ketika baca mingguan wanita baru2 ni terbaca satu artikel pasal cara nak hilangkan gugup. sebab kebetulan ayu juga ada guna cara ni nak hilangkan gugup ni.. Jom kita tengok kat bawah ni..


4 Cara Hilangkan Rasa Gugup (MW, 2012)
Setiap daripada kita punya perasaan gemuruh, baik ketika berdepan dengan khalayak yang ramai atau pembentangan di hadapan ketua atau sesiapa sahaja. Sebenarnya perasaan gemuruh atau gementar ini adalah perkara biasa, tetapi jika keterlaluan dan di luar kawalan ia mampu menggugat prestasi anda di hadapan di ketua.

Kebiasaannya ia datang ketika kita mahu melakukan perkara yang penting berkaitan kerjaya mahupun apa sahaja. Untuk mengelakkan ia menjadi sesuatu yang buruk, anda perlu bijak mengawal dan mengatasinya. Apa yang anda boleh lakukan ialah :

1. Sentiasa Bersedia

Jika anda mempunyai mesyuarat yang penting seeloknya anda lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika mesyuarat yang akan bermula esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai mesyuarat tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menghadiri mesyuarat adakah disertai dengan pihak atasan yang lain. Ini ada membuatkan ada lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.

2. Bertenang 30 Minit Sebelum Berlangsung

Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan ataupun sebarang mesyuarat dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.

Cara begini boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.

3. Menggambarkan Dengan Cara Yang Positif

Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan perkara negatif berbanding positif. Jadi ubah imaginasi anda mulai sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.

4. Memberi Lebih Tumpuan

Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain yang belum selesai.

Contohnya sedang memikirkan mesyuarat yang akan berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai. Pusatkan pemikiran pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain pula.

Ini dapat menghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam minda anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...