Saturday, January 23, 2010
Monday, December 21, 2009
Bayi & perkembangan setiap bulan
Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.
Bulan Pertama: |
| Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari. |
|
|
|
Bulan kedua: |
| Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam. |
|
|
|
Bulan ketiga: |
| Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap. |
|
|
|
Bulan keempat: |
| Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang. |
|
|
|
Bulan kelima: |
| Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan. |
|
|
|
Bulan keenam: |
| Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi. |
|
|
|
Bulan ketujuh: |
| Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada". |
|
|
|
Bulan kelapan: |
| Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan. |
|
|
|
Bulan kesembilan: |
| Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah. |
|
|
|
Bulan kesepuluh: |
| Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali. |
|
|
|
Bulan kesebelas: |
| Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya. |
|
|
|
Bulan kedua belas: |
| Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya. |
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir
- Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari?
Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama. - Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan. - Bagaimana pula jika ada kesan darah dalam air kencing?
Tidak mungkin ada darah dalam kandungan air kencing bayi baru lahir. Biasanya warna merah jambu atau kesan merah kelihatan disebabkan oleh garam kimia yang dipanggil urate. Ianya adalah bahan buangan biasa dalam air kencing. Sekiranya kencing bayi mengandungi darah maka ia adalah keadaan luar biasa dan serius. Anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menangani masalah ini. - Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau?
Ada 3 kemungkinan besar yang menyebabkan kencing bayi berbau:
1. Lampin dibiarkan terlalu lama.
2. Air kencing pekat - berlaku disebabkan bayi kekurangan air dalam badan.
3. Jangkitan pada saluran kencing bayi. Perlu rawatan segera. - Berapa kerapkah pula bayi perlu membuang air besar?
Kebiasaanya bayi baru lahir akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Dalam 6 minggu pertama puratanya adalah antara 3 atau 4 kali sehari. Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya agak cair. Namun ini tidak bermakna ianya mengalami masalah cirit birit selagi bayi kelihatan sihat. Namun sesetengah ibu yang mengamalkan jamu perlu lebih prihatin kerana mungkin boleh berlaku masalah cirit birit. Penting diingatkan bahawa ada sesetengah bayi yang tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Jika anda ada membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sejak lahir, biasanya tiada masalah. - Apakah warna yang normal bagi tinja bayi yang baru lahir?
Dalam masa 24 jam pertama hidupnya, bayi anda akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan, yang terdiri daripada hempedu dan mukus. Dalam tempoh 1 ke 2 hari, ia akan bertukar warna kepada coklat kehijauan - mungkin berair. - Apakah bezanya tinja untuk bayi yang meminum susu ibu berbanding susu botol?
Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya berwarna kuning keperangan atau kuning oren serta berbau seperti susu masam atau yogurt basi. Boleh juga didapati berwarna hijau terang. Manakala bayi yang meminum susu botol, biasanya tinjanya banyak. Berwarna coklat muda dan agak berbau. Ini kerana bahan buangan ini mengandungi campuran bakteria. Jika tinja berwarna hijau dan berair, ini menunjukkan bayi mengalami cirit-birit.
Saturday, December 19, 2009
9 okt 2009




