background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Monday, April 2, 2012

Risiko Memendam Rasa Adalah Gila

Risiko Memendam Rasa Adalah Gila (Mingguan Wanita, Motivasi 2012)



Dalam banyak aduan yang saya terima awal 2012, ada satu aduan datangnya daripada seorang wanita yang dihimpit serba salah kerana dikelentong oleh abang sendiri. Katanya, dia serba salah untuk bertindak memandangkan yang menipu adalah abang sendiri.

Kalau diberitahu kepada ibu tentu hidupnya akan lebih susah sebab ibu pasti akan memarahinya, tetapi kalau tidak diberitahu dia terpaksa menanggung beban berkenaan sendirian sepanjang usia.

Maka, sayalah yang ditujunya, menjadi galang ganti pada sang ibu yang sepatutnya mendengar segala keluhan. Tidak mengapa, asalkan sanggup sahaja menerima saranan-saranan saya nanti.

Yang saya kesal selalunya, apabila seseorang mendatangi saya menceritakan masalah-masalahnya, dia hanya sekadar mahu bercerita untuk melepaskan beban, kemudian apabila dinasihati asyik membantah.

Sesetengahnya belum sempat dinasihati sudah sebut, “Terima kasih Dr., kerana sudi mendengar,” kemudian matikan telefon.

Tahukah anda wanita Melayu adalah penghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) paling ramai di Malaysia dan penyakit itu pembunuh senyap nombor satu negara serta menjadi penyebab utama penyakit kardiovaskular.

Wanita Melayu Perahsia

Kenapa wanita dan kenapa Melayu? Pada hemat saya, wanita Melayu lebih perahsia dan mereka juga lebih pendendam sifatnya. Bukanlah dendam untuk membalas, tetapi dendam kerana sukar melupakan. Dari situlah datangnya tekanan perasaan, akhirnya membuatkan tekanan darah naik.

Kenapa wanita Melayu begitu? Disebabkan sosio budaya serta latar kehidupan orang Melayu yang selalunya amat ‘seronok’ dengan kisah-kisah berkaitan. Lihat sahaja akhbar Melayu terutama jenis tabloid, biasanya berita muka hadapan adalah kisah-kisah remeh manusia tetapi mempunyai nilai jualan tinggi apabila dimanipulasi.

Kalau muka hadapannya ada kisah ustazah ditangkap sedang berasmara dengan pengawal keselamatan di pondok mengawal sekolah agama, tidak usah cakap lagi. Kadang-kadang tak payah sedahsyat itu, kisah menantu dengan mentua yang tidak sehaluan pun boleh menjadi berita utama, sedangkan mentua dengan menantu itu bukanlah orang terkenal pun.

Sebab itulah kebanyakan wanita Melayu takut. Mereka takut hal demikian terjadi kepada mereka. Perbuatan memendam rasa ini hujungnya akan berkaitan dengan jiwa dan mental.

Didapati 5.8 juta orang di negara ini mempunyai hipertensi tetapi malangnya, hanya 2.2 juta pesakit mengambil inisiatif mendapatkan rawatan dan ubat bagi mengawalnya.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), yang dipaparkan dalam akhbar tempatan, sebanyak 48.4% wanita Melayu menghidap penyakit ini disebabkan gaya hidup, pemakanan serta kurang bersenam.

Luahkan Pada Yang Layak

Salah satu kaedah rawatan yang mudah ialah meluahkan. Tetapi tidak ramai sanggup meluahkan apa yang selamanya terpendam dalam hati. Selalu saya mendapat e-mel dengan kata-kata, “Saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun selama ini. Yang pertama mendengarnya ialah Dr.”

Itu bermakna mereka hidup dengan membawa sebeban masalah dalam kepala. Kepala menjadi berat oleh persoalan yang berperang di dalam. Ia boleh dikeluarkan dan letakkanlah pada orang yang layak mendengar, kemudian lupakan saja. Dengan itu kehidupan akan menjadi lebih ringan kerana beban menanggung persoalan sudah tiada lagi.

Sebagaimana orang hilang ingatan boleh dipulihkan apabila sejarah hidupnya dibacakan di hadapannya berulang kali, demikianlah keserabutan boleh dihilangkan dengan mencurahkan pula masalah-masalah itu kepada pihak lain.

Anehnya, semakin ramai kaunselor dan ustaz dilahirkan semakin ramai orang mengalami masalah jiwa dan mental. Terkadang bukan salah kaunselor atau ustaz berkenaan, orang yang bermasalah itu sendiri tidak membenarkan masalahnya dikongsi.

Apa pun yang terbaik, mengadulah kepada Allah S.W.T sebelum mendatangi manusia kerana Allah itu Maha Mendengar dan Dia lebih berkuasa meletakkan rasa bahagia pada sesiapa sahaja berbanding manusia.

9 Kekuatan Untuk Cipta Bahagia( MW 2012)


Kebahagiaan rumah tangga bukanlah bergantung pada kekuatan cinta semata-mata. Ada banyak lagi aspek kekuatan yang perlu ada pada pasangan agar rumah tangga yang dibina utuh dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Bagi yang belum berumah tangga maka persiapkan diri dengan kekuatan ini. Buat yang sudah berkahwin tiada salahnya menilai diri sama ada punya semua kekuatan ini dalam melayari rumah tangga.

1. Kekuatan fikiran

Sedarkah bahawa cinta bermula dari fikiran. Pastinya kita terfikir untuk mencari pasangan yang menepati cita rasa dan sudah tentu kriteria cantik, bijak, beragama dan penyayang menjadi pilihan. Secara tidak langsung, berfikir tentang hal-hal sebegini membuatkan anda lebih mengenali pasangan tanpa anda mengetahui siapakah individu yang dicari. Bersandarkan dari pencarian tersebutlah maka anda akhirnya dipertemukan dengan calon yang diinginkan.

2. Kekuatan melalui pemberian

Dalam percintaan dan rumah tangga perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan kesepakatan. Sekiranya ingin mendapatkan cinta maka anda terlebih dahulu perlu memberinya. Lebih banyak cinta yang diberi maka lebih banyaklah cinta yang anda peroleh. Usah kedekut berkongsi kasih sayang kerana lama kelamaan keindahannya pasti dirasai. Sedar tak sedar bercinta juga membuka peluang untuk anda lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai kebaikan.

3. Kekuatan melalui persahabatan

Mendapatkan cinta yang sejati bukanlah semudah memperoleh cinta monyet. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Kerana itulah jalinan persahabatan diperlukan meskipun anda telah mengikat jalinan perkahwinan dengan pasangan. Belajarlah untuk menjadi kekasih dan sahabat yang baik kerana cinta tidak semestinya pandangan mata yang turun ke hati tetapi lebih kepada kebersamaan ke arah satu tujuan.

4. Kekuatan untuk melepaskan

Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Untuk itu belajarlah untuk melepaskan kerana dia bukanlah milikmu yang abadi. Dalam percintaan anda perlu miliki ruang untuk diri sendiri. Ruang untuk mencintai diri sendiri serta ruang untuk belajar memperbaiki diri. Disebabkan itu, sebelum mencintai orang lain cubalah belajar menjadi seorang yang memaafkan dan lupakan kisah silam hitam dalam hidup masing-masing. Dalam erti kata lain cuba melepaskan perasaan takut, curiga, ego, syak wasangka dan segala yang negatif dalam hidup anda dan dirinya.

5. Kekuatan ingin menghormati

Anda bukanlah pencinta yang baik sekiranya tidak mampu menghormati pasangan yang dicintai. Namun perlu diingat, individu pertama yang perlu diberi penghormatan adalah diri sendiri dan selepas itu barulah orang lain. Tanyakan pada diri apakah perkara yang membuatkan anda ingin dihormati. Sudah pasti perkara yang lebih kurang sama juga dirasai oleh pasangan.

6. Kekuatan sentuhan

Salah satu cara menginterpretasikan cinta adalah melalui sentuhan. Dengan sentuhan pasangan dapat merasa sedalam mana cinta anda padanya. Sentuhan yang lembut, hangat atau biasa-biasa sahaja. Dengan sentuhan juga benteng pemisah disebabkan perasaan malu kerana baru mengenali mampu diruntuhkan dengan mudah sekali gus menyatukan dua jiwa untuk hidup bersama. Namun perlu diingat kekuatan sentuhan ini layaknya dipraktikkan untuk yang berumah tangga saja.

7. Kekuatan berkomunikasi

Mencintai insan yang anda sayangi membuka laluan atau tatacara untuk anda berkomunikasi dengannya. Biarkan dia mengetahui dan menghargai sedalam mana kasih serta cinta yang anda himpunkan buatnya. Gunakan kekuatan untuk mengucapkan tiga perkataan keramat (Aku Cinta Padamu) setiap kali pasangan bangkit dari lenanya. Sertakan dengan ciuman hangat penuh makna.

8. Kekuatan untuk mempercayai

Sukarnya mencipta kepercayaan dalam sebuah rumah tangga yang baru dibina. Bagaimanapun hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Meskipun payah melakukannya tetapi berilah peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana dia adalah sebahagian dari hidup anda sebaik lafaz akad diucapkan. Sebaiknya tinggalkan 30 peratus keraguan anda untuknya kerana ia berfungsi sebagai benteng yang mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

9. Kekuatan memberi komitmen

Mengambil keputusan mendirikan rumah tangga membuktikan bahawa anda sudah bersedia pada satu komitmen yang penting. Disebabkan itulah anda perlu bijak mengendalikan komitmen tersebut agar tidak bercelaru dan menyusahkan diri sendiri.
Contoh yang paling mudah adalah kesetiaan. Anda terikat pada sebuah hubungan perkahwinan dan menjadi prinsip rumah tangga, setiap pasangan perlu jujur dan setia. Itu antara komitmen yang perlu dipikul dan diingati sepanjang masa agar rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia.


Menghormati Ibu Bapa Kita


Menghormati ibu bapa..satu isu yang saya rasa tak pernah akan hilang dan habis. Alhamdulillah kalau antara kita yang sentiasa sedar akan amalan ni. dan sedih sekali pada mereka yang masih tak sedar dan tak nampak amalan ni.. kadang2 mereka rasa dah cukup, tapi sebenarnya tak..apa yang saya cakap ni pun untuk diri saya jugak..saya berdoa akan saya tak tergolong dalam kalangan yang masih tak sedar ni..kerana saya ada ibu bapa (kandung n mertua)..amen

Setiap hari ibu bapa kita mengharapkan anak2nya pulang menemui mereka..menemani mereka walaupun mereka tak sakit. Bila ada kalangan keluarga yang tanya, "bila nak balik kampung jenguk mak?" - "kenapa? mak sakit ker?" nak tunggu mak sakit baru nak balik? atau alasan lain, tak ada cuti.. hujung minggu (sabtu n ahad) tu bukan cuti ker? Ingatlah semua, tentang sabda Rasulullah SAW:

 “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit. Jadi, semasa kita masih sihat, boleh berjalan, selalulah kita menjenguk ibu bapa kita. Jangan nanti bila kita dah terlantar sakit, baru terfikir dah lama tak jumpa mak ayah.

KAYA SEBELUM MISKIN

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada ibu bapa, anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat. semasa kita berduit dan mampu, kita berbaktilah kepada ibu bapa. bukan hanya dengan menghantar duit setiap bulan, tapi menjenguk mereka. kehadiran anak di depan mata adalah yang paling berharga jika di bandingkan dengan wang ringgit. Wang tidak boleh membeli kasih sayang..


LAPANG SEBELUM SEMPIT

Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.

Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Tumpuan kita terhadap Allah SWT termasuklah berbakti (menjenguk, bertanya kabar) dan menjaga ibu bapa (hati, perasaan dsb).

MUDA SEBELUM TUA

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.

Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya. Jadi selagi kita boleh melangkah dan mampu berdiri teguh, gunakanlah ia sebaik mungkin..




HIDUP SEBELUM MATI

Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.

Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.

Islam juga telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:

►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka.

Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:

►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita.


Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:

► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka


Friday, March 30, 2012

Help me...

Salam pada semua.. hurm..dah lama sangat tak berblog ni..maklumlah sibuk dengan kelas.. satu minggu 24jam masa untuk kelas. kira2 sehari ada 7 jam kelas yang nak kena masuk untuk mengajar n kawal.. nak2 sekarang ni sorang2 lak jaga kelas. letih jugak, tapi nak buat camne kan..

ni pun tak sempat nak berblog lama2..ada kerja. sekarang ni tengah pening memikir untuk buat kursus pendek.. apa la kursus yang nak dibuat. itu la..dulu2 tak nak belajar buat kursus..

Sesapa yang boleh tolong bagi idea.. please help me..give me some ideas..



Tuesday, February 28, 2012

Kesilapan aku

Salam..



hurm..aku silap n aku salah..ni la hasilnya kerja yg tak terlalu bersungguh2..skrang dah mendatangkan keburukan di mata manusia..n aku bersalah pada Tuhan yang Esa.

Apa yang patut aku lakukan? nak mintak maaf memang dah minta maaf tapi itu masih tak berbaloi dengan apa yang aku buat..


Ampuni aku Ya Allah SWT..bantulah aku untuk mendapatkan jalan penyelesaian..


Thursday, February 16, 2012

Seorang insan yang tabah...Muha

Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama tak menjenguk blog ni..arini ayu paksakan juga sebab terselit kegembiraan dalam hati ni.. nak tahu sebab apa?

Setelah sekian lama mencari dan mencari, akhirnya ayu berjumpa dengan seorang insan istimewa, yang kuat, tabah, seorang insan yang di landa bermacam-macam dugaan dan cabaran hebat dari DIA.. dia bukan orang lain, di kalangan sedara ayu jugak.. Nor Muha bin Aziz..

Di lahirkan dengan cukup sempurna sehinggalah lepas SPM (kalau tak salah), dia dilanda bermacam2 dugaan hebat.. sakit, mata menjadi buta, kaki lumpuh, tetapi hatinya tetap kuat.. Dia seorang yang begitu menghormati orang tua..boleh katakan, orang2 tua kat kg tu semua sayangkan dia kerana sikapnya tu..

Ya Allah SWT..sungguh hebat dugaanMU.. kalau tengok secara luaran, orang takkan tahu apa yang di tanggungnya.. Kuatkan semangatnya Ya Allah SWT....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...