background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Monday, December 5, 2011

Rona kehidupan

Dah lama tak duduk pejabat..arini takde kelas, so pikir2 lepak kat pejabat aje la.. bukan apa tak nak lepas pejabat, sini takde intenet (alas an..), keje apa pun takde nak buat. Tu yang malas nak lepak pejabat..dah beberapa minggu bila bukan watu kelas pun aku lepak kat makmal CAD, sambil jenguk2 budak2 uat keje, aku main intenet, update blog n tanda tugasan budak2.. kat pejabat dah tak masuk..klau masuk pun, pagi je kejap lepas thump print tu..duduk pejabat 5 minit, terus keluar gi kelas. Ni baru dua jam duduk kat pejabat, aku dah menguap2 da..ish..apa la nak buat ni..
Ok la..dua bulan yang lepas insyirah masuk dua tahun..tapi kali ni sambutan di buat kat kampong di Pekan. Masa umur setahun tu pun tak sambut pun. Aku Cuma memasak sket n bagi jiran2 jer.. tapi kali ni sebab family ada, aku buat special sket. Beli kek secret resipi indulgent n buat cheese kek untk insyirah. Pastu goreng mee..asalnya nak buat pagii ahad (9 okt 2011) tp dengan abah insyirah nak balik hari tu, di awalkan sket, buat sabtu malam ahad tu..Cuma tok abah insyirah la yang tak de..keputusan mengejutkan, tp terpaksa la..panggil sedara dua hingga tiga keluarga, pastu uat doa selamat sket n potong kek.. lepas potong, awal2 simpan dulu untuk tok abah insyirah..kesiankan, tok abah nya takde.

insyirah 2 tahun

Bila dah genap insyirah dua tahun ni, macam2 la kerenah yang keluar…tapi yang bagusnyer..insyirah dah tak nak pakai pampers..ni tok ummi la yang ajar. Mana tak nyer, punggungnya asyik naik merah2 mcm ruam bila pakai pampers..tapi nasib baik la lepas dua kali ajar, insyirah dah pandai gtau kalau nak buang air kecil or besar..Cuma masa tido je pakaikan pampers untuk dia..tp dah beberapa minggu ni, bangun tido je, “ummi, nak kencing..”jadi, pampersnya kering..dah dapat jimat untuk duit pempers. Alhamdulillah..
Sekarang ni pulak, dapat satu perangai yang baru..manja lebih..dah hampir dua minggu ni..manjanya macam mana? Haa…kalu pagi sampai petang, kan ummi nya ni gi keje. Masa gi keje pagi2 tu, ins lom bangun so, ok lagi la. Ni masa aku balik keje..ins Nampak aku balik, biasala, melompat2 la dia..aku masuk rumah je, lom letak beg or barang2, ins da merengek2 da..nak ikut la (xtau ikut gi mana..?), nak dukung la..bole katakana dia tak nak bjauhan walaupun seinci dengan aku..anggota badan dia mesti bsentuhan dgn aku..aku nak solat pun sama.so, dia baring la sebelah tempat aku solat tu, asalkan dia Nampak muka aku n sentuh badan ni..ish… kalu duduk, mesti sentiasa atas riba, or klu dia baring, aku mesti baring sama ataupun tangan aku mesti pada badan dia… nak gerak pun tak bole..makin manja budak kecik ni sorang..tp mungkin jugak sebab ins merindui abahnya sebab memang tiap2 malam ins tanyakan abahnya n mintak kol sebelum tido.. hujung minggu baru2 ni (3 n 4 dec) abahnya ada balik..suka bukan main.. macam mana la nak tambah lagi sorang ni..yang sorang ni dah manja sangat ni..


muka manja lepas pekena ciuman syg dr ummi

14 nov 2011 2.16pm

Masa hanya tinggal 24 minit je lagi..meeting unit sps…ni first time aku masuk meeting unit ni. Hurm…dah masuk bulan keempat aku berkhidmat kat kk ni..tp belum sampai empat bulan lagi… semuanya ok kat sini..majoriti diorang kat sini semua macam kawan2..xkisah la org tu orang atasan ke, orang bawahan ker..semuanya sama. Yang membezakan hanya tugas n keje diorang jew..bagus la..seronok gak aku tengok. Tp aku masih macam malu2 n segan lagi kat sini walaupun aku perasan sangat2 aku tak perlu rasa camtu..orang2 kat sini tak macam aku kat tempat lama duli..diorang sini semua ‘berdikari’ dan tak suka sangat masuk campur hal orang lain..
Sekarang aku kena belajar macam2 kat sini..sebagai penambahan ilmu n untuk masa depan aku jugak..banyak benda yang aku bole bljr kat sini..tu hikmah aku dapat kk kuantan ni..Terima Kasih Ya Allah SWT.
Untuk satu permulaan yang baru, aku suruh adik aku ina, belajar berniaga.. kecil2n je secara online..mudah2an ada rezeki.. ni baru permulaan.. dengan modal yang sikit..sekarang ni masih tengah buat promosi… bila barang dah banyak nnt, baru buat promosi besar2n..moga Tuhan merahmati n mempermudahkan perjalanan urusan kami..amen..ok la..Jom gi Meeting..
………
Dah balik meeting. N nak tau pasal apa td? Meeting pasal jadual waktu n kelas2 untuk sem depan ni..aku n kak akmal pilih n dapat SMK2. Ajar budak2 pasal autocad. N mungkin aku akan jadi penasihat akademik budak2 SMK2 ni.. hurm…rasa macam aku ni masih banyak benda lagi yang tak tau lagi ni… keadaan n situasi kerja2 yang di lakukan di KK ni.. Ayu..rajin k…kena banyak tanya n rajin bkeje k..

Sunday, December 4, 2011

Aktiviti Petang

Salam untuk semua..nak tanya la, apa aktiviti korang petang2 di waktu lapang? aku sendiri lebih suka duduk rumah..rehat2 kan.. terpaksa la insyirah ikut kalu xde sesapa bawak dia jalan2..tp ada satu petang haritu, ins merengek2 nak gi taman..jadi sebagai ummi yg baik (cewahhh..)aku bawak la ins gi taman...dia nak main buai, gelongsor, n macam2 la..seronok bukan main dia..kami gi jalan kaki je.. dekat kan. sampai je taman, seronok bukan main..hehe.. nak tgu umminya bawak tiap2 petang susah kan.. ni la antara pic yang di 'snap' bersama2 dengan cik ina nya.. umminya tak masuk dlm pic xpe..janji anaknya ada..ok la..kita jenguk2 dulu k..

bersantai dalam gelongsor..hehe
seronok bukan main...
cik ina pun nak posing gaks..
ins pun dah pandai tunjuk2 harta benda awam yg di conteng..
main ni pulak...
buai laju2...sampai pokok sena..
cik ina pun nak join...jeles
Antara penyebab kerosakan harta awam...ish...

Tuesday, November 29, 2011

Year End Sale..

Year End Sale...Kebetulan pulak aku baru dapat gaji penuh (alhamdulillah..).. apa lagi, cuti 3 hari, en abg lak ada lawatan kerja ke sabah (nak ikut tak dapat).. aku ajak la ummi n adik (Raihana) gi shopping kat Kuantan. memang shopping sakan.. tak pernah aku shopping sesakan n sepenat camni..sampai sakit2 seluruh badan ni.. bukan sebab membawa barang yg dah di 'shopping'kan tp mendukung n melayan kerenah si kecik cilik ni di shopping mall kat MegaMall... aduh.. meletihkan!!
mana taknya, aku bkejaran dengan ins dalam shopping mall.. aku blari2 anak, si kecik ni makin laju..tp nasib baik la dia tnampak kedai kek yg ada paparkan kek 'Angry Bird' kat kedai.. ins bhenti tu la baru aku dapat tangkap si kecik ni.. lelah gak aku di buatnya.. orang keliling senyum je tengok aku blari. hehe..tak dapat aku bayangkan betapa tak lawanya aku lari..tp sebab tpaksa..
ada satu part tu, aku bhenti kedai kasut.. wah..ins ni blagak macam orang dewasa memilih kasut.. ambik satu, belek2 pastu letak, amik satu, belek2 letak..dengan sebelah ketiaknya kepit mainan masak2 yg beli kat parkson.. hurm..bercerita camni, rindu lak ummi kat insyirah..



Ni la antara aktiviti insyirah kat shopping mall..menjaga kesihatan..

Keletah si Manja

Salam to All..

Dah lama sangat tak update blog ni..ye ke..kalau tengok baru seminggu lebih je kot. hehehe.. sebenarnya banyak cerita yg nak masukkan tp kebetulan masa idea n isi2 ni penuh dalam kepala, lapop lak xde depan mata. so, tpaksa tunda la hajatnya tu.. bila dah tunda, jawabnya hilanglah segala2nya..
Sementara menunggu watu kelas kul 10 ni, aku tulis la kejap mana2 yang patut.. nak cerita pasal apa yer?.. hurm..kalau pasal si kecik cilik tu, macam2 cerita ada..sampai xtau nak cerita pasal apa..ok la..pasal malam tadi ni. sekarang dalam 2 minggu ni insyirah makin manja..kalau ummi nya ada kat rumah, berkepit, mengekor je kejenya.. umminya xboleh bgerak ke mana2..nak mandi, solat, semua dia tak bagi. macam mana tu..? malam tadi, disebabkan keletihan yang teramat dahsyat, aku nak ajak la si kecik ni masuk tido awal..penat 3 hari berjalan shopping. bila ajak, ins tak nak ikut, nak tengok tv katanya..so, 'ins tak nak tido, ummi tido dulu la..' aku terus masuk bilik. lepas tu, aku dengar dari dalam bilik, tok ummi nya bertanya kat ins, 'tok ummi nak tido dah, ins nak tido dgn tok ummi tak?' ins jawab tak nak.. ' ins nak tido dengan tok abah?' ins jawab tak nak..' habis tu, ins nak tido depan tv?' ins angguk.. ' sorang2?' ins angguk.. pastu tetiba ins nangis.. tok ummi bawak la ins ni masuk bilik n baringkan sebelah aku.. aku peluk la pujuk.. nak tau ins buat apa? dalam nagis2 tu, dia terus bangun n tarik tangan tok ummi n ajak tok ummi kuar.. merajuk kononnya sebab aku tak pujuk dia masuk bilik tadi..
pastu aku kuar la dr dalam bilik n baring sblh ins depan tv..mula2 dia tak layan..pastu aku cium pipi n pujuk la..baru la dia senyum n peluk aku... alahai..kuatnya merajuk...ikut sapa la... aku ker? ye la..aku merajuk pun xde sapa yg pujuk.. en abg xsuka pujuk.. :-( ops...
hehe..sambung balik cerita tadi..lepas aku dah pujuk tadi, aku ajak la si kecik yg manja ni masuk bilik, mula2 dia tak nak gak, lepas tu bila aku cakap 'ummi dukung ye masuk bilik..sygggg syirah' baru la lembik seluruh badannya mbiarkan ummi nya angkat masuk bilik utk tido.. dah masuk bilik, x terus tido. bgurau2 dulu mlayan bmacam2 ptanyaan dia.. mana abah la, mana tok ummi la, mana tok abah la, mana cik ina la.. n jawapan aku senang jew..semua dah tido.. baru dia senyap.. pastu nak cakap dengan abah.. kol la kejap sblm tido..dah kol n bcakap dgn abah, baru nak tido..dah ngantuk.. ish..macam2 keletah si kecik ni.. tp itu la.. kletah ni la yg mbuatkan ummi n abahnya rindu walaupun bpisah kejap, wpun sejam..

Monday, November 21, 2011

Kerja Sampingan


Salam semua.. dalam kehidupan ni makin lama taraf hidup kan makin tinggi. semua orang xkira muda or tua, masing2 berusaha nak tambah pendapatan hidup.. ye la, kerja yang ada dengan pendapatan yang tak seberapa menjadikan semua orang berlumba-lumba nak uat bisnes sendiri or kerja sampingan lain...tak kecuali jugak dengan aku..tp bukan aku yang jalankan bisnes ni..adik aku, ina yang usahakan perniagaan online ni.. aku hanya tolong melalui belakang jer..kongsi modal.. kalau korang semua ada masa, jenguk2 la blog ni yer..kalau2 la ada yang korang berminat..


untuk permulaan ni hanya ada beberapa jenis je koleksi baju kanak2..insyaAllah bulan 12 ni akan bertambah lagi koleksinya.. setakat ni alhamdulillah jualan memberangsangkan.. apa kata korang tengok sendiri apa yang ada, baru puas hatikan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...