background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Sunday, December 4, 2011

Aktiviti Petang

Salam untuk semua..nak tanya la, apa aktiviti korang petang2 di waktu lapang? aku sendiri lebih suka duduk rumah..rehat2 kan.. terpaksa la insyirah ikut kalu xde sesapa bawak dia jalan2..tp ada satu petang haritu, ins merengek2 nak gi taman..jadi sebagai ummi yg baik (cewahhh..)aku bawak la ins gi taman...dia nak main buai, gelongsor, n macam2 la..seronok bukan main dia..kami gi jalan kaki je.. dekat kan. sampai je taman, seronok bukan main..hehe.. nak tgu umminya bawak tiap2 petang susah kan.. ni la antara pic yang di 'snap' bersama2 dengan cik ina nya.. umminya tak masuk dlm pic xpe..janji anaknya ada..ok la..kita jenguk2 dulu k..

bersantai dalam gelongsor..hehe
seronok bukan main...
cik ina pun nak posing gaks..
ins pun dah pandai tunjuk2 harta benda awam yg di conteng..
main ni pulak...
buai laju2...sampai pokok sena..
cik ina pun nak join...jeles
Antara penyebab kerosakan harta awam...ish...

Tuesday, November 29, 2011

Year End Sale..

Year End Sale...Kebetulan pulak aku baru dapat gaji penuh (alhamdulillah..).. apa lagi, cuti 3 hari, en abg lak ada lawatan kerja ke sabah (nak ikut tak dapat).. aku ajak la ummi n adik (Raihana) gi shopping kat Kuantan. memang shopping sakan.. tak pernah aku shopping sesakan n sepenat camni..sampai sakit2 seluruh badan ni.. bukan sebab membawa barang yg dah di 'shopping'kan tp mendukung n melayan kerenah si kecik cilik ni di shopping mall kat MegaMall... aduh.. meletihkan!!
mana taknya, aku bkejaran dengan ins dalam shopping mall.. aku blari2 anak, si kecik ni makin laju..tp nasib baik la dia tnampak kedai kek yg ada paparkan kek 'Angry Bird' kat kedai.. ins bhenti tu la baru aku dapat tangkap si kecik ni.. lelah gak aku di buatnya.. orang keliling senyum je tengok aku blari. hehe..tak dapat aku bayangkan betapa tak lawanya aku lari..tp sebab tpaksa..
ada satu part tu, aku bhenti kedai kasut.. wah..ins ni blagak macam orang dewasa memilih kasut.. ambik satu, belek2 pastu letak, amik satu, belek2 letak..dengan sebelah ketiaknya kepit mainan masak2 yg beli kat parkson.. hurm..bercerita camni, rindu lak ummi kat insyirah..



Ni la antara aktiviti insyirah kat shopping mall..menjaga kesihatan..

Keletah si Manja

Salam to All..

Dah lama sangat tak update blog ni..ye ke..kalau tengok baru seminggu lebih je kot. hehehe.. sebenarnya banyak cerita yg nak masukkan tp kebetulan masa idea n isi2 ni penuh dalam kepala, lapop lak xde depan mata. so, tpaksa tunda la hajatnya tu.. bila dah tunda, jawabnya hilanglah segala2nya..
Sementara menunggu watu kelas kul 10 ni, aku tulis la kejap mana2 yang patut.. nak cerita pasal apa yer?.. hurm..kalau pasal si kecik cilik tu, macam2 cerita ada..sampai xtau nak cerita pasal apa..ok la..pasal malam tadi ni. sekarang dalam 2 minggu ni insyirah makin manja..kalau ummi nya ada kat rumah, berkepit, mengekor je kejenya.. umminya xboleh bgerak ke mana2..nak mandi, solat, semua dia tak bagi. macam mana tu..? malam tadi, disebabkan keletihan yang teramat dahsyat, aku nak ajak la si kecik ni masuk tido awal..penat 3 hari berjalan shopping. bila ajak, ins tak nak ikut, nak tengok tv katanya..so, 'ins tak nak tido, ummi tido dulu la..' aku terus masuk bilik. lepas tu, aku dengar dari dalam bilik, tok ummi nya bertanya kat ins, 'tok ummi nak tido dah, ins nak tido dgn tok ummi tak?' ins jawab tak nak.. ' ins nak tido dengan tok abah?' ins jawab tak nak..' habis tu, ins nak tido depan tv?' ins angguk.. ' sorang2?' ins angguk.. pastu tetiba ins nangis.. tok ummi bawak la ins ni masuk bilik n baringkan sebelah aku.. aku peluk la pujuk.. nak tau ins buat apa? dalam nagis2 tu, dia terus bangun n tarik tangan tok ummi n ajak tok ummi kuar.. merajuk kononnya sebab aku tak pujuk dia masuk bilik tadi..
pastu aku kuar la dr dalam bilik n baring sblh ins depan tv..mula2 dia tak layan..pastu aku cium pipi n pujuk la..baru la dia senyum n peluk aku... alahai..kuatnya merajuk...ikut sapa la... aku ker? ye la..aku merajuk pun xde sapa yg pujuk.. en abg xsuka pujuk.. :-( ops...
hehe..sambung balik cerita tadi..lepas aku dah pujuk tadi, aku ajak la si kecik yg manja ni masuk bilik, mula2 dia tak nak gak, lepas tu bila aku cakap 'ummi dukung ye masuk bilik..sygggg syirah' baru la lembik seluruh badannya mbiarkan ummi nya angkat masuk bilik utk tido.. dah masuk bilik, x terus tido. bgurau2 dulu mlayan bmacam2 ptanyaan dia.. mana abah la, mana tok ummi la, mana tok abah la, mana cik ina la.. n jawapan aku senang jew..semua dah tido.. baru dia senyap.. pastu nak cakap dengan abah.. kol la kejap sblm tido..dah kol n bcakap dgn abah, baru nak tido..dah ngantuk.. ish..macam2 keletah si kecik ni.. tp itu la.. kletah ni la yg mbuatkan ummi n abahnya rindu walaupun bpisah kejap, wpun sejam..

Monday, November 21, 2011

Kerja Sampingan


Salam semua.. dalam kehidupan ni makin lama taraf hidup kan makin tinggi. semua orang xkira muda or tua, masing2 berusaha nak tambah pendapatan hidup.. ye la, kerja yang ada dengan pendapatan yang tak seberapa menjadikan semua orang berlumba-lumba nak uat bisnes sendiri or kerja sampingan lain...tak kecuali jugak dengan aku..tp bukan aku yang jalankan bisnes ni..adik aku, ina yang usahakan perniagaan online ni.. aku hanya tolong melalui belakang jer..kongsi modal.. kalau korang semua ada masa, jenguk2 la blog ni yer..kalau2 la ada yang korang berminat..


untuk permulaan ni hanya ada beberapa jenis je koleksi baju kanak2..insyaAllah bulan 12 ni akan bertambah lagi koleksinya.. setakat ni alhamdulillah jualan memberangsangkan.. apa kata korang tengok sendiri apa yang ada, baru puas hatikan..

Beli Rumah

Nak beli rumah? Jom beli.. hehe...macam beli goreng pisang jew.. sebenarnya dah lama nak ada rumah sendiri. tp sebelum ni (masa bujang) lom terfikir nak ada rumah sendiri..terasa macam awal lagi. bila dah kawen, ada anak, baru terasa rugi sangat tak beli rumah awal2.. harga rumah makin lama makin naik..naiknya bukan sikit.. klu di izinkan, aku nak beli rumah ada ada tanah la sket..bukannya rajin nak bcucuk tanam..tp bila mood tu ada, leh la jugak menanam ulam2..hehe sekarang ni aku tunggu slip gaji yg bgaji penuh, nak beli rumah..sebelum ni dah booking satu rumah ni. nak tau berapa nilai bookingnya? hehe rm1 jew..biar betul!.. bila gaji dah penuh, baru la bole betul2 kompom kan..hehehe dalam kepala ni macam2 terfikir bila ada rumah sendiri.. bila dah exited ni, macam2 research la yg dibuat (mmg sepatutnya pun..). selain tanya dengan member2 yang dah beli rumah sendri, melalui intenet pun ada gaks.. jom tengok apa yang ayu dah carik..tp ni sebahagian la..


Panduan Kepada Pembeli Rumah


Thursday, September 8, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...