background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Tuesday, November 29, 2011

Keletah si Manja

Salam to All..

Dah lama sangat tak update blog ni..ye ke..kalau tengok baru seminggu lebih je kot. hehehe.. sebenarnya banyak cerita yg nak masukkan tp kebetulan masa idea n isi2 ni penuh dalam kepala, lapop lak xde depan mata. so, tpaksa tunda la hajatnya tu.. bila dah tunda, jawabnya hilanglah segala2nya..
Sementara menunggu watu kelas kul 10 ni, aku tulis la kejap mana2 yang patut.. nak cerita pasal apa yer?.. hurm..kalau pasal si kecik cilik tu, macam2 cerita ada..sampai xtau nak cerita pasal apa..ok la..pasal malam tadi ni. sekarang dalam 2 minggu ni insyirah makin manja..kalau ummi nya ada kat rumah, berkepit, mengekor je kejenya.. umminya xboleh bgerak ke mana2..nak mandi, solat, semua dia tak bagi. macam mana tu..? malam tadi, disebabkan keletihan yang teramat dahsyat, aku nak ajak la si kecik ni masuk tido awal..penat 3 hari berjalan shopping. bila ajak, ins tak nak ikut, nak tengok tv katanya..so, 'ins tak nak tido, ummi tido dulu la..' aku terus masuk bilik. lepas tu, aku dengar dari dalam bilik, tok ummi nya bertanya kat ins, 'tok ummi nak tido dah, ins nak tido dgn tok ummi tak?' ins jawab tak nak.. ' ins nak tido dengan tok abah?' ins jawab tak nak..' habis tu, ins nak tido depan tv?' ins angguk.. ' sorang2?' ins angguk.. pastu tetiba ins nangis.. tok ummi bawak la ins ni masuk bilik n baringkan sebelah aku.. aku peluk la pujuk.. nak tau ins buat apa? dalam nagis2 tu, dia terus bangun n tarik tangan tok ummi n ajak tok ummi kuar.. merajuk kononnya sebab aku tak pujuk dia masuk bilik tadi..
pastu aku kuar la dr dalam bilik n baring sblh ins depan tv..mula2 dia tak layan..pastu aku cium pipi n pujuk la..baru la dia senyum n peluk aku... alahai..kuatnya merajuk...ikut sapa la... aku ker? ye la..aku merajuk pun xde sapa yg pujuk.. en abg xsuka pujuk.. :-( ops...
hehe..sambung balik cerita tadi..lepas aku dah pujuk tadi, aku ajak la si kecik yg manja ni masuk bilik, mula2 dia tak nak gak, lepas tu bila aku cakap 'ummi dukung ye masuk bilik..sygggg syirah' baru la lembik seluruh badannya mbiarkan ummi nya angkat masuk bilik utk tido.. dah masuk bilik, x terus tido. bgurau2 dulu mlayan bmacam2 ptanyaan dia.. mana abah la, mana tok ummi la, mana tok abah la, mana cik ina la.. n jawapan aku senang jew..semua dah tido.. baru dia senyap.. pastu nak cakap dengan abah.. kol la kejap sblm tido..dah kol n bcakap dgn abah, baru nak tido..dah ngantuk.. ish..macam2 keletah si kecik ni.. tp itu la.. kletah ni la yg mbuatkan ummi n abahnya rindu walaupun bpisah kejap, wpun sejam..

Monday, November 21, 2011

Kerja Sampingan


Salam semua.. dalam kehidupan ni makin lama taraf hidup kan makin tinggi. semua orang xkira muda or tua, masing2 berusaha nak tambah pendapatan hidup.. ye la, kerja yang ada dengan pendapatan yang tak seberapa menjadikan semua orang berlumba-lumba nak uat bisnes sendiri or kerja sampingan lain...tak kecuali jugak dengan aku..tp bukan aku yang jalankan bisnes ni..adik aku, ina yang usahakan perniagaan online ni.. aku hanya tolong melalui belakang jer..kongsi modal.. kalau korang semua ada masa, jenguk2 la blog ni yer..kalau2 la ada yang korang berminat..


untuk permulaan ni hanya ada beberapa jenis je koleksi baju kanak2..insyaAllah bulan 12 ni akan bertambah lagi koleksinya.. setakat ni alhamdulillah jualan memberangsangkan.. apa kata korang tengok sendiri apa yang ada, baru puas hatikan..

Beli Rumah

Nak beli rumah? Jom beli.. hehe...macam beli goreng pisang jew.. sebenarnya dah lama nak ada rumah sendiri. tp sebelum ni (masa bujang) lom terfikir nak ada rumah sendiri..terasa macam awal lagi. bila dah kawen, ada anak, baru terasa rugi sangat tak beli rumah awal2.. harga rumah makin lama makin naik..naiknya bukan sikit.. klu di izinkan, aku nak beli rumah ada ada tanah la sket..bukannya rajin nak bcucuk tanam..tp bila mood tu ada, leh la jugak menanam ulam2..hehe sekarang ni aku tunggu slip gaji yg bgaji penuh, nak beli rumah..sebelum ni dah booking satu rumah ni. nak tau berapa nilai bookingnya? hehe rm1 jew..biar betul!.. bila gaji dah penuh, baru la bole betul2 kompom kan..hehehe dalam kepala ni macam2 terfikir bila ada rumah sendiri.. bila dah exited ni, macam2 research la yg dibuat (mmg sepatutnya pun..). selain tanya dengan member2 yang dah beli rumah sendri, melalui intenet pun ada gaks.. jom tengok apa yang ayu dah carik..tp ni sebahagian la..


Panduan Kepada Pembeli Rumah


Thursday, September 8, 2011

Mandi Laut II










Mandi Laut

Salam..pening betul kepala ni..dua tiga hari ni asyik pening jew..kat mata ni senak..migrain kew? dah lama aku tak kena migrain ni..ok la..aku try slow2 k..bukan pe, nak cite pasal baru2 ni la..keseronokan si kecik ni bermain air.sekarang ni dah sebulan lebih aku menetap n berulang dari Pekan ke Kuantan (tempat keje). letih jugak la..

ni nak cerita satu situasi yang amat seronok ni..hujung minggu yang lepas baru2 ni Pak ngah ajak kami semua (ummi, aku, suami, ina, imal n insyirah) pergi mandi manda kat pantai kg. serandu..


Pic sebelah ni, gambar sebelum kami nak bertolak..

sesampai kat sana, mula2 dalam kereta insyirah cakap takut (bila dia nampak air). aku buat tak tahu je la..bila dah siap2 angkat barang nak berpiknik ni, ina
(adik aku) bawak ins main air kat kawasan mata air berdekatan situ. punyalah seronok si kecik ni..tadi dalam kete cakap takut..lepas tu si kecik ni nampak abahnya turun nak main air laut..sibuk je si kecik ni nak ikut..mel
ompat2 n berlari2 tengok ombak..makin seronok lak dia..pastu ina ambik alih jaga ins main air. abahnya pergi mandi bersama2 dengan imal n pak ngah..bila ins nampak je diorang ni mandi kat kawasan yang lebih dalam..menjerit2 dia.. "abah..abah..nak gi kat abah..". aii..berani sungguh dia nak gi ni..dah xde takut dah..
erm..camne aku nak cerita keseronokan insyirah bermain air..pe kata kita tengok pic jew k..


gambar ins dengan pak ngah..tengok la senyumannya tu.. ==>>









Pic atas kete (atas storm)
muka tak sabar


Wednesday, September 7, 2011

Penceraian dalam Islam..

Assalamualaikum pada semua..

kat sini ada beberapa isu yang ayu cukup tak seronok sebenarnya nak berbicara..tak tahu nak salahkan siapa tapi..semua dah ketentuan DIA.. kita sebagai manusia kena kuatkan semangat n perlu sentiasa berfikiran positif. tapi pada yang mengalaminya, di saat ini, kadang2 mereka tak dapat nak berfikir secara positif dan kat sinilah orang2 di sekeliling perlu memainkan peranan yang sepatutnya. dengan memberi semangat dan nasihat..

apa2 pun, kita terus pada masalah ni k..

boleh klik je kat web bawah ni untuk tau apa kes nya..
http://truefren-u.blogspot.com/2011/09/perceraian-di-dalam-islam.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...