background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Monday, August 1, 2011

Kembali berkerja lagi..

Salam..kini aku kembali bekerja lagik setelah 3 tahun memerah otak menimbu ilmu..kini nak memerah otak lak untuk dicurahkan ilmu2 pada pelajar2ku..Dapatkah aku?
dengan suasana baru, keadaan baru, kawan2 baru, semuanya baru..moga2 ini adalah yang terbaik untuk aku n masa depan aku..
bertubi2 dugaan datang menimpa..tapi, akan aku lalui semua ni dengan penuh sabar berkat doa n sokongan suami, anak n keluarga..Semoga berkat sambung kerja semula ni yang serentak dengan awal ramadhan ni..aku boleh lalui semua ni dgn tabah..
ni awal2 masuk keje dah rasa boring sebab xde keje yang nak di buat..dengan mengantuk tetiba datang..jadual masih lom dapat..dah tiga tahun cuti mengajar nih..nak kena praktis semula nih..boleh kew? macam baru masuk keje jew..

Saturday, June 18, 2011

Masa Berlalu

Sekejap je masa berlalu..sekarang aku tengah praktikal kat JKR Batu Pahat..pasni dah masuk keje semula..mula2 masuk praktikal rasa masa berjalan terlalu lambat..lambat nak tunggu habis seminggu..sekarang ni dah nak masuk minggu ke lima, sekejap lak..tinggal lima minggu je lagik... pastu dah keje, konvo..n alhamdulillah aku akan memegang sijil ijazah... syukur, sesuatu yang tak pernah aku bayangkan..
erm..keje..keje..keje..risau bila memikirkan.. kemana aku akan dapat tempat untuk posting nanti..? korang rasa kat mana? yang aku mengharapkan sangat, dapat kat POLISAS. kalu dapat ngajar senibina best la..seronok sket..tempat lain semua jauh2..adakah mereka akan menerima aku di sana?

Friday, May 6, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Tingkatnya usia

Salam to all...

Harini genap umur 29 tahun..wah..dah tua ke aku ni..?setahun je lagik nak masuk 30an.. anak baru sorang nih. hahaha... syukur alhamdulillah kerana DIA masih memanjangkan umurku hingga ke hari ini..ucapan dari suami pagi tadi membuatkan aku betul2 bahagia. aku tak inginkan hadiah, cukuplah sekadar ucapan sebagai tanda ingatan n penghargaan dari orang yang tersayang.malam tadi aku tunggu2 gak ucapan dari cik abang, tapi masing2 terus tido, padahal dari petang lagi abang asyik dok ingatkan yang esok(harini la) birthday aku. last2 pagi tadi je ucap, tu pun dalan telefon.. sedey gak kejap..sekarang ni aku tinggal sorang2 kat umah..rasa macam sayu lak..mengharungi hari lahir berseorangan..erm..sensitif lak arini..

xapalah..ni aku nak bagi ucapan untuk diri sendiri, muga kau dapat menjadi isteri, ibu n anak yang solehah pada suami tercinta, insyirah n keluarga yang tercinta. moga iman aku bertambah n aku tak lalai dalam mengingati DIA. moga aku sentiasa diberkati, dilimpahkan rezeki n kebahagiaan di dunia n akhirat.
Allah SWT sentiasa memberi kita kesempatan dengan umur yang panjang, kesenangan, kekayaan, cukup makan, minum tapi adakah kita sentiasa ingat DIA? aku pun banyak leka dalam hidup ni..ampunkan dosaku Ya Allah SWT..aku banyak tidak mengingatiMu, banyak leka dalam menjalankan ibadahMu..

Alhamdulillah

Alhamdulillah semuanya sudah settle..sekarang hanya menunggu masa untuk hantar thesis pada supervisor utk signature n hantar pada fakulti n library..pastu hanya menunggu untuk praktikal..lepas ni aku akan mula bkerja semula..tempat pilihan? erm..aku xtau nak kat mana..klu bole mmg nak balik kuantan tp...
sekejap je masa berlalu..dah tiga tahun aku kat parit raja..,macam2 peristiwa pahit manis yg aku tempuhi..antara kawan2, keluarga, orang sekeliling...kadang2 sesuatu yang terjadi tu, bukan kita minta..tapi aku bersyukur sebab aku berjaya tempuhi semuanya..berkat sokongan kawan2, suami n anak tercinta...banyak juga yang aku pelajari sepanjang aku kat sini..ada masa kita kena pentingkan diri sendiri..ada masa kita kena fikirkan orang di sekeliling kita..
sudah lumrah kehidupankan..semua yang kita tempuhi ada hikmah yang terselindung disebaliknyer..kadang2 disebabkan kita terlalu ikut emosi..kita saling menyalahkan. begitu juga aku..aku perlu lebih bersabar, berserah, berdoa n usaha untuk menjadi yg lebih baik..
erm..pada syawalrina n shahir..moga fahri cepat sembuh yer..moga korang tabah mengharungi semuanya..

Saturday, April 23, 2011

Mampukah aku??

10 Tips kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Mampukan aku? sentiasa dalam fikiran..betapa tertekannya rasa setiap hari..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...