background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah semuanya sudah settle..sekarang hanya menunggu masa untuk hantar thesis pada supervisor utk signature n hantar pada fakulti n library..pastu hanya menunggu untuk praktikal..lepas ni aku akan mula bkerja semula..tempat pilihan? erm..aku xtau nak kat mana..klu bole mmg nak balik kuantan tp...
sekejap je masa berlalu..dah tiga tahun aku kat parit raja..,macam2 peristiwa pahit manis yg aku tempuhi..antara kawan2, keluarga, orang sekeliling...kadang2 sesuatu yang terjadi tu, bukan kita minta..tapi aku bersyukur sebab aku berjaya tempuhi semuanya..berkat sokongan kawan2, suami n anak tercinta...banyak juga yang aku pelajari sepanjang aku kat sini..ada masa kita kena pentingkan diri sendiri..ada masa kita kena fikirkan orang di sekeliling kita..
sudah lumrah kehidupankan..semua yang kita tempuhi ada hikmah yang terselindung disebaliknyer..kadang2 disebabkan kita terlalu ikut emosi..kita saling menyalahkan. begitu juga aku..aku perlu lebih bersabar, berserah, berdoa n usaha untuk menjadi yg lebih baik..
erm..pada syawalrina n shahir..moga fahri cepat sembuh yer..moga korang tabah mengharungi semuanya..

Saturday, April 23, 2011

Mampukah aku??

10 Tips kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Mampukan aku? sentiasa dalam fikiran..betapa tertekannya rasa setiap hari..

Friday, April 15, 2011

Curik masa jup!!


Aduh..sungguh meletihkan.. perkara yg xleh nak gambarkan camne..bulan april 2011 adalah bulan yg penuh dgn dugaan..adakah ni sebab keje last minit? rasa macam x sebab start uat keje2 psm awal jugak..entah la..ni rhat kejap sementara tunggu supervisor checking poster sebelum print yg betul2 kompom nak di print nnt.. ni nak rehat, baring xbole..jadi ni la keje..curik masa ni tulis blog. hahaha..

erm..kesian kat ins...nak tau kenapa? mungkin sebab umminya pun sibuk n berada dalam tekanan, seminggu dua ni macam2 perangai dia buat..sikit2 nangis, menjerit2, nak manja2 la..campak barang sana sini..nak memanjat la..aduh..umminya dah la byk keje..rumah pun tunggang langgang nih. ha..ni la akibatnyer..asyik merengek2 xtau nak apa..abahnya letak dalam ni.. baru diam..(bukan kes penderaan ek..). si kecik ni nak umminya melayan sebenaq nya..tp... "ummi banyak keje la syg"..

Nasib baik sempat snap pic nih.

"ins..nanti ummi ganti semula ye masa kita bsama..maaf sbb ummi byk marah2..ins budak yg baikkan.."
mudah2kan nanti masa present PSM aku boleh buat..nak dapat yg tbaik adalah yg xmungkin..semoga semua bjalan lancar n tiada yg salah..amen..


Friday, March 18, 2011

melaka

Naik bot pusing2 Melaka..seronok..tapi klu naik bot waktu malam..lagi cantik, banyak lampu2 yang di pasang..
ni pemandu bot..sambil bawa kami pusing2 Melaka..saambil2 tu jugak mulutnya xberhenti bercakap memperkenalkan kami dengan apa yang ada di sekeliling
sempat lagik posing..tengok la muka ins tu..dah penat sangat tu..lepas je amik pic ni..terus dia tido dalam keadaan duduk..sebab dah ngantuk sangat..kesian anak ummi..
Abtara Buah hati tersayang..seronok yer naik bot..lenkali kita naik malam lak yer

Beca + Zoo

Ni la muka-muka penat yang terpaksa berjalan lagi sebab ummi ajak gi zoo...walaupun penat teramat, terpaksa gagahkan juga diri..memang dah lama sgt teringin bawak ins gi zoo ni..sebab ins suka binatang..ins pun exited bila masuk.. tp pic xdapat amik banyak sebabnyer.....ummi pun penat n dah lupa nak amik banyak2..
Ni lak pic yang pertama kali naik beca (in Melaka). cantik x beca ni? kami berdua naik..sempit x? hehehe pandai2 la..dah dua2 badan besar, beca lak tempat duduknya sempit..patut dilebarkan lagi.. hehehe cover diri sendiri la tu..

Monday, March 14, 2011

Melaka 2011

Ni pic masa dalam Menara Taming sari. ni la first time naik..memang best sangat2..cantik permandangan atas tu.. klu malam mesti lagi cantik.. erm..nnt nak ajak cik abg g malam lak.tp...bila yer..
tengok la muka ins tu..xtau nak cakap takut ke apa..
ni sebelum masuk Menara Taming Sari..beratur orang nak naik..patut la sentiasa ramai org datang..memang best! ins, walaupun ngantuk n penat, tetap gagahkan diri demi ummi nyer
ni sempat lagik posing kat replika keretapi..sementara menunggu Menara Taming Sari bukak
ummi n abah pun nak posing gaks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...