background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Tuesday, June 30, 2009

Usia 24 Minggu


Kita akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan kita. Berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahgian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya kita dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan

Usia 23 Minggu


Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik.Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik.Perubahan yang berlaku ialah rambut, tekstur kulit, kuku, dan warna kulit.Rambut menjadi lebat dan berkilauan. kulit menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Usia 22 Minggu


Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi semakin aktif. Sebaik-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan, atau bunyi dalam uterus tersebut. Kita sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejka dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dengan perut kita.Insyaallah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh.Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang

Usia 21 Minggu


Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan.Jadi penjagaan kesihatan agar sentiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berta yang boleh membebankan bahgian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Usia 20 Minggu


Pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340g.
( Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu )
( Kita akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain )

Usia 19 Minggu


Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan.Sesetengah ibu akan berlaku stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...