background

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath Anniversary Years Ticker

Jom Join Saya..

Monday, May 18, 2009

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

TIPS DR.FADZILAH KAMSAH-AMALAN HIDUP ORANG CEMERLANG

TATACARA MAKAN & MINUM

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha kearah itu (ada semangat) dikeesokan harinya.

3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah mengikut Sunnah dan dapat pahala dan juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi adalah hampir hilang zatnya.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab bagi yg tengah study (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang faham dan ingat lebih kurang 2 jam selepas makan, jadi jika makan pada 8:30pm, lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

AMALAN DIDIK DIRI SENDIRI

1.Amalkan apa-apa yangg baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat and kalau tidak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa
penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Saturday, May 9, 2009

Saturday, May 2, 2009

yang terindah

hidup ni..macam2 dugaan ada..kadang2 perkara yang kita tak jangka..ada yang menyedihkan, ada yang menyakitkan dan ada juga yang menggembirakan..semuanya akan lebih mematangkan kita.. sekarang aku mengandung,,emosinya berlainan masa belum mengandung..macam mana aku nak kawal? ada masa boleh,,ada masa aku terikut2..moga abang dapat memahami keadaan aku..tapi boleh ker? sanggupkah dia? entahlah..setakat ni alhamdulillah aku gembira sangat..
anak, adalah anugerah terindah yang Allah swt kurniakan.. 'Terima Kasih' Tuhanku..

Friday, March 13, 2009

Tiga Bulan

Alhamdulillah..dah tiga bulan ayu mengandung. mudah-mudahan semuanya selamat hendaknya..alahan pun dah kurang walaupun masih ada muntah-muntah lagi.. sekarang ni makin sibuk dengan projek dan tugasan.. pening gak nak buatnya..tapi kena buat jugakkan..dah tanggungjawab..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...